View: 1425|Reply: 5
|
[Tempatan]
'Derita' sejam jari tersepit
[Copy link]
|
|
ANGGOTA bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan jari tangan kiri kanak-kanak lelaki yang tersepit pada lubang pengunci pintu pagar rumahnya di Taman Universiti, Johor Bahru, hari ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Skudai Inggai Anak Bakau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 5.52 petang tadi.
“Sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
“Jari tengah seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun didapati tersepit pada lubang pengunci pagar besi rumahnya,” katanya ketika dihubungi.
Inggai berkata, anggota bomba mengambil masa hampir sejam sebelum operasi menyelamat tamat sepenuhnya jam 6.53 petang.
“Besi pagar itu berjaya dibuka dan jari kanak-kanak berkenaan selamat,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Oktober 2018 @ 10:29 PM |
|
|
|
|
|
|
|
Sian nasib abam bomba ada. Lain kali gi main lego dek jangan main gate |
|
|
|
|
|
|
|
baby iols pun pantang nampak lubang2 ni, sibuk nak masukkan tangan jari |
|
|
|
|
|
|
| |
|