CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1153|Reply: 1

Setiausaha Kerja Umno Nafi Pejabat Parti Digeledah Pihak Berkuasa

[Copy link]
Post time 12-10-2018 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, tular maklumat yang menyatakan ibu pejabat parti itu digeledah secara serentak pagi Jumaat oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).




Kredit foto: carian internet



Memetik laporan Astro Awani, pejabat Umno hari ini tampil dalam satu kenyataan membuat penafian berhubung maklumat palsu yang sengaja disebarkan oleh pihak tertentu.


Memetik portal rasmi parti berkenaan, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Mohd Sumali Reduan memaklumkan bahawa gambar-gambar yang tular di media sosial itu merupakan kerja-kerja penyusunan dan kemaskini fail-fail pentadbiran yabg dijalankan di ibu pejabat Umno.


“Berita yang mengatakan Ibu Pejabat Umno digeledah adalah tidak benar kerana gambar-gambar yang tular adalah kakitangan Umno sendiri yang sedang melakukan kemaskini dan tugasan harian dalam proses penyusunan semula dokumen.”


Sebaliknya kata beliau, Umno sentiasa memberikan kerjasama kepada mana-mana pihak dalam apa-apa juga keadaan.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2018 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Muhd Sumali ni husband Anne Ngasri ke?  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.759371 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list