Bukan mudah bergelar ibu tunggal, dan semestinya kagum melihat Fasha Sandha dalam membesarkan anak-anaknya.
Tapi ada sahaja tindakannya menjadi bahan kecaman netizen.
 Kredit foto: IG Fasha Sandha
Macam baru-baru ini Fasha dikritik gara-gara memuat naik video dia sedang mendukung kedua-dua anaknya ketika berada di sebuah stesen kereta api.
Comel je tengok pelakon ini melayan keletah mereka.
Namun di ruangan komen ramai pula yang bising menyatakan Fasha langsung tidak memikirkan keselamatan anak-anaknya.
Tak mahu berdiam diri, Fasha menjelaskan yang ketika itu dia sedang mengejar masa dan kebetulan kedua-dua anaknya mahu didukung.
"Suka hati akulah, anak aku, kau jaga anak-anak kau sudah,"katanya.
 Kredit foto: rotikaya
Betul juga, jadi jagalah anak sendiri dengan cara masing-masing ya. -CARI
|