CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5905|Reply: 21

Kanak-Kanak Dipakaikan Baju Seksi Undang Pedofilia - Nak Salahkan Siapa?

[Copy link]
Post time 16-10-2018 11:52 AM | Show all posts |Read mode






Sejak kemunculan laman media sosial, ada satu keghairahan yang sukar dibendung dalam kalangan ibu-ibu iaitu memaparkan kecomelan anak-anak mereka. Tidak mengira sama ada golongan artis, insta famous, sosialite mahupun orang biasa, kelihatan ramai ibu berlumba-lumba mengumpul jumlah pengikut yang banyak demi kepuasan diri sendiri.


Ada di antaranya sanggup membeli baju berjenama mewah lagi seksi demi mendapatkan jumlah 'like' dan komen yang tinggi. Hal ini secara tidak langsung membuatkan generasi Alpha tersebut digrooming hinggakan penampilan mereka sendiri kelihatan seperti wanita dewasa.



Tidak padan dengan baju seksi, mereka bergaya pula dengan aksesori wanita dewasa. Tetapi, awas! gambar-gambar ini sebenarnya menarik perhatian manusia yang mengalami gangguan jiwa. Golongan ini sanggup menganiayai kanak-kanak sama ada secara fizikal atau pun mental. Mereka dikenali sebagai kumpulan pedofil iaitu lelaki atau wanita dewasa (segelintir) mempunyai kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak.




Kredit foto: Twitter





Dengan baju ala-ala berkemban, seluar pendek paras peha, beg tangan serta solekan dan rambut yang didandan menyamai penampilan wanita dewasa membuatkan kanak-kanak ini sendiri lebih matang daripada umurnya.



Fenomena tidak sihat ini menjadikan dunia yang kita tinggal ini bertoksid, kerana mengundang mata-mata jahat untuk 'membogelkan' objek pemuas nafsu mereka. Siapa lagi jika bukan golongan pedofil yang menjadikan kanak-kanak sebagai fantasi mereka. Bagaimanapun, ada juga yang menyatakan gambar tersebut adalah sekadar berkongsi kecomelan budak tersebut.







Foto-Twitter





Majoriti netizen berpendapat yang kanak-kanak tidak boleh diajar berpakaian sebegitu kerana ia mengundang lebih banyak mudarat berbanding kebaikan. Apatah lagi ia dikongsi di media sosial yang membuatkan siapa sahaja boleh mempunyai akses untuk menyerang kanak-kanak tersebut.








"Bila ibu bapa jadikan anak sebagai bahan sosial media, kanak-kanak lain pula yang menjadi mangsa."



Pertubuhan Hak kanak-kanak sedunia sudah pun mengharamkan penganjuran peragaan kanak-kanak. Ini jelas menunjukkan kesedaran bahaya dunia maya terhadap kanak-kanak di luar negara sangat dititikberatkan berbanding kurangnya kesedaran hal ini di Asia.



Jadi, anak berpakaian seksi salah siapa?







Carian Internet




"Satu lagi, mak ayah yang dye rambut anaknya dan simpan ekor, bagi pakai rantai besi. Nak ajar anak jadi samseng ke?"

Betul juga, jika dilihat gaya segelintir kanak-kanak ini, yang beriya-iya menjadikan mereka ini 'dewasa' ini ialah ibu bapa sendiri. Ini mungkin disebabkan ibu bapa tidak merasa bergaya ketika mereka kecil membuatkan mereka mahu anak-anak merasainya. Tetapi, adakah ini berbaloi dengan keseronokan yang mereka cari?








Ramai netizen berpendapat anak-anak perlu menikmati zaman kanak-kanak mereka. Selekeh di zaman ini adalah perkara biasa. Dengan rambut kusut masai, baju kotor, panjat pokok dan sebagainya adalah momen yang harus diingati oleh mereka. Tidak perlu ibu bapa bersungguh-sungguh mahu mereka menjadi dewasa melalui pakaian sebegini yang hanya akan menyumbang lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.










Carian Internet




Hal ini kerana pedofilia sangat tidak boleh dijangka. Alangkan kanak-kanak yang berpakaian biasa pun boleh mengundang naluri tidak waras mereka, apa lagi melihat kanak-kanak comel ini berpakaian seksi sebegini.





Melihat senario sebegini sepatutnya ibu bapa di luar sana sedar dengan apa yang mereka hadapi. Mungkin anak mereka yang seksi itu tiada masalah kerana diawasi 24 jam, tetapi bagaimana dengan nasib kanak-kanak lain yang lebih terdedah dengan pemangsa yang hanya menunggu masa untuk memusnahkan masa depan mereka? - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
over nau pakaikan anak tube macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau post muka mak bpk yg kepam busuk tu, nk dpt 10 likes pun susah, post gambar anak yg lebih dpt likes.
Kawan aku masukkn anak dia dlm kelas modelling. Dah perna dpt jobs jgk pun. Tapi aku tak leh nk like gambar2 anak dia yg jd model ni. Make up tebal, pakaian seksi for a child memang i takkn minat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:16 PM | Show all posts
Kanak2 biarkan mereka berpakaian sebagai kanak2 tak perlu nak cepat2 mendewasakan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:52 PM | Show all posts
Salahkan pedofilia tu... ko dah kenapa???
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye btl salah pedo tu la. Budak tu bukan salah apa pun. Kalau budak tu bogel sekali pon mmg tak bersalah.

Pedo tu x patut hidop atas muka bumi pon.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2018 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang.pedo nampak ek dgn bebudak gini
Tp.pic kat atas tu agak keterlaluan.pada iols..

Pakaian bebudak yang biasa pon pedo boleh buay modal apatah lg yang kt atas...pedo neh xpatut hidup lah..sama dgn perogol anak sendiri...elok bg buaya makan je ...atau harimau...jimat sket maintainance
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 01:30 PM | Show all posts
bagi mek tak payah la pakaikan seksi meksi ke anak anak, lebih baik mencegah dari awal..pakaikan baju kanak kanak yang comel comel tuuu, banyak kannn..tube macam tak sesuai..macam tak boleh bernafas budak tu..jangan jadikan anak anak mangsa fesyen..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 01:58 PM | Show all posts
husband sy pun siap pesan kalau nk beli baju utk anak perempuan beli yg ada lengan.. jgn nk beli yg sleeveless ke apa..

manusia sekarang pun ramai yg dh sakit..pada kanak2 pun boleh jd tempat pemuas nafsu diaorg..
jd ibubapa better cegah dari awal la..ajar anak2 utk berpakaian sopan..

xyh la syok sendiri pakai kan anak baju seksi2 pastu upload..ada je kawan2 kt fb buat mcm ni..kadang2 diaorg bangga pulak bila ada yg memuji kecomelan anak diaorg.. sampai sy pun pelik adakah diaorg x alert dgn kes semasa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian kekanak ni. X merasa jadi kanak2 ribena kalao gitu gayanya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 04:24 PM | Show all posts
erkkk macam tak selesa je gayanya..
bukan nak suruh budak kecik bertutup litup pun, tapi overdressing pun hada kalau gini kekdahnya..
suka baju budak2, cantik2 belaka...

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 04:43 PM | Show all posts
mak bapak sepatutnya pakaikan anak anak dorang baju yang sesuai ngan usia anak mereka

iols suka tengok si lara

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 04:49 PM | Show all posts
baby kecik pun jadik mangsa rogol. dunia sekarang. tak salah dengar nasehat yg baek.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 04:56 PM | Show all posts
justchu replied at 16-10-2018 12:54 PM
Ye btl salah pedo tu la. Budak tu bukan salah apa pun. Kalau budak tu bogel sekali pon mmg tak bersa ...

betul...

si pedo yang giler.....
iman xde....dah tahu sakit bawak2 la jumpa dr sakit jiwa....
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 04:58 PM | Show all posts
ada diantara manusia makin gila
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 05:01 PM | Show all posts
Ko nak bandingkan dengan retis seksi tak sesuai la dek.
Budak ni makpak yang bagi pakai dia baju.
Retis seksi tu sebab kebodohan dia sendiri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 05:10 PM | Show all posts
mieymiey replied at 16-10-2018 05:01 PM
Ko nak bandingkan dengan retis seksi tak sesuai la dek.
Budak ni makpak yang bagi pakai dia baju.
...

stujuk ya amat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 05:44 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 16-10-2018 04:56 PM
betul...

si pedo yang giler.....

dah sakit, menyusahkan org....tak psl2 org hidup ketakutan. elok la mati kalau tak reti berubah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak setuju budak kecil pakai seksi & makeup tebal harus tak setuju juga dgn rancangan mcm tom tom bak tu..kecik kecik dah diajar mgedik joget nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pedo la salah..mesia ni panas,takkan nak pakaikan anak2 kecik ni pakai long sleeve, bertudung bagai.ni dah cam taliban..tidak ler i nak pakai kan tube dengan panties jah.tapi setakat sleeveless dengan short pants takpe kot..pedo la buduh,otak letak kat telor.budak kecik pon boleh horny..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.088649 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list