Menyambut kehadiran cahaya mata adalah pengalaman manis bagi pasangan suami isteri. Lebih-lebih buat pasangan yang sudah lama menunggu dikurniakan rezeki anak kepada mereka. Mendapat seorang anak sudah bersyukur apatah lagi jika dikurniakan sepasang kembar.
Memang ramai pasangan suami isteri yang mengimpikan mempunyai anak kembar kerana bahagia melihat telatah comel anak-anak. Lagipun, ia dianggap bonus kerana si ibu hanya perlu mengalami sekali sahaja tempoh kehamilan tetapi mendapat anak kembar dua, tiga atau empat sekaligus. Menarik bukan?
Kredit foto: Fb: Sharissa Hussein
Begitulah yang berlaku kepada seorang pengguna Facebook ini yang selamat bersalin dan mendapat empat orang anak kembar! Siapa yang tidak gembira atas kurniaan tersebut walaupun terpaksa menghadapi cabaran dan tempoh kehamilan yang sedikit luar biasa.
Bayi kembar empat yang kesemuanya lelaki
Netizen turut teruja!
Ramai netizen yang teruja dan mengucapkan tahniah kepada wanita yang menjadi ibu kepada empat bayi kembar ini. Masing-masing berharap agar mereka turut dikurniakan anak kembar.
Dah boleh tutup 'kilang'
Netizen turut memberi komen yang wanita ini sudah boleh tutup ‘Kilang’ kerana anak-anaknya sudah ramai. Siapa yang tidak rasa beruntung? Sekali bersalin, terus mendapat empat orang anak sedangkan wanita lain perlu bersalin sebanyak empat kali. Jika netizen juga diberi peluang yang sama, mereka pun akan terus berhenti untuk dapatkan anak lagi.
Cabaran hamil dan beranak kembar
Tetapi, netizen sedar bukan mudah untuk membawa perut ketika hamil, menjaga dan mendidik anak-anak kembar yang sama umur dan memerlukan perhatian yang sama pada satu masa. Ada beberapa orang netizen yang mempunyai sepasang anak kembar pun sudah berasa amat mencabar untuk membesarkan anak-anak mereka. Inikan pula kembar empat yang semestinya memerlukan pertolongan daripada suami dan ahli keluarga.
Seronok bukan melihat pasangan yang mempunyai anak kembar? Jika kalian turut mengimpikan mempunyai anak kembar, ada petua dan kaedah yang boleh digunakan selain daripada mempunyai keturunan kembar dalam keluarga. Apa-apa pun ia terpulang kepada rezeki masing-masing. - CARI |