Sebelum ini, kita sudah meninjau perkembangan terkini hero drama Pangako Sayo, Jericho Rosales. Jadi, kali ini kita tinjau pula perkembangan terkini heroinnya yang sering menjadi sebutan.
Kecantikannya semakin menyerlah dalam drama seterusnya iaitu Sanay Wala Nang Wakas yang juga bergandingan bersama Jericho Rosales. Nama Arabella Grace Garcia adalah nama watak yang dipegangnya dalam drama tersebut.
Kredit foto: pinoyexchange.com
Nama sebenar beliau ialah Kristine Hermosa. Dalam bahasa Sepanyol, Hermosa bermaksud cantik. Sesuai dengan namanya, kejelitaan Kristine membuatkan ramai aktor Filipino jatuh hati dengannya.
Kredit foto: forums.soompi.com
Bakatnya mula dicungkil seawal usia 12 tahun. Ketika itu, beliau menemani kakaknya Kathleen menghadiri sesi uji bakat. Tidak hairanlah jika dia ditawarkan berlakon seawal usia 12 tahun kerana kecantikannya pasti sudah boleh terlihat.
Kristine dan kakaknya Kathleen
Kredit foto: entertainment.abs-cbn.com
Kristine pernah berkahwin dengan aktor kacak Diether Ocampo, yang merupakan hero kedua dalam drama Sanay Wala Nang Wakas. Sayangnya, jodoh mereka tidak panjang.
Kredit foto: pinoexchange.com
Kristine sekali lagi mendirikan rumah tangga dengan Oyo Sotto, seorang pelakon dan juga hos pada tahun 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang anak yang diberi nama Ondrea Bliss, Kristian Daniel, Marvic Valentin, dan Kaleb Hanss.
Walaupun sudah beranak empat, Kristine masih lagi cantik seperti anak dara. Rahsianya, beliau sering mengamalkan gaya hidup sihat. Beliau dan suami sering dilihat bersukan bersama-sama.
Kristine Hermosa kini berusia 35 tahun dan masih aktif dalam bidang lakonan. Terkini, beliau membintangi drama bertajuk Bagani. Drama ini baru sahaja siap ditayangkan di Filipina pada Ogos lalu.
Jom lihat gambar-gambar terkini Kristine Hermosa bersama suami dan anak-anak beliau!
Kredit foto: IG Kristine Hermosa
Makin tua, makin cantik pula mereka ini, kan? Awet muda gitu! Siapa masih meminati lakonan Kristine dan Jericho? - CARI |