Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan terhadap suami pengasuh bayi berusia 11 bulan, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal yang mati akibat didera.
Memetik BH Online, Mahkamah Sesyen Kajang, semalam menjatuhkan hukuman itu terhadap Hazmi Majid, 36, atas dua tuduhan memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa.
Kredit foto: Utusan Online
Mengukut fakta kes, tukang gunting rambut berkenaan memasukkan jari ke dalam kemaluan dan dubur mangsa di sebuah rumah di Apartmen Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi, antara jam 10.30 pagi dan 1.30 petang, pada 7 November lalu.
Hazmi didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Sebelum itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan perlu menyara isteri dan tiga anak.
Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noor Hafizan Zakaria bagaimanapun memohon hukuman berat dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius dan membabitkan mangsa berumur 11 bulan yang tidak berdaya mempertahankan diri sendiri.
“Tertuduh adalah suami kepada pengasuh mangsa yang sepatutnya turut menjaga dan bukannya mengambil kesempatan ke kanak-kanak itu.
“Kesalahan terhadap bayi dan kanak-kanak juga semakin menular dalam kalangan masyarakat hari ini,” katanya. - CARI
BACA JUGA: Suami Pengasuh Zara Berdepan Hukuman Gantung Mandatori
BACA JUGA: Selaput Dara Dan Dubur Koyak, Bayi 9 Bulan Maut |