Jika anda peminat acara sukan, pasti anda tahu bahawa pada tahun 2022 nanti, sukan Olimpik akan diadakan di Beijing, China. Olimpik yang bakal berlangsung pada musim sejuk itu nanti secara rasmi dinamakan sebagai 'Winter Olympic'.
Sehubungan itu, kerajaan China menggerakkan usaha membuang segala papan tanda yang sering dianggap lucu oleh pelancong.
Jika anda pernah melancong ke Beijing, pasti anda pernah terserempak dengan terjemahan lemah pada papan tanda mereka, hampir di mana mana sahaja sama ada di taman, tandas, perhentian bas dan sebagainya. Dan sudah pasti ianya sangat kelakar!
Jom kita lihat sebahagian papan tanda awam yang hampir tidak masuk akal maksudnya.
Mungkin ianya bermaksud terima kasih kepada peradaban, kini semua orang dapat ke tandas?
Err, sesiapa sudi?
Ikan goreng tepung memang memberi kebahagiaan!
Sila muntahkan di sini.. Okey, okey...
'Penagih' sila ke kiri...
Mungkin patut cuba sekali?
Api, tolong tolak saya...
Nak suruh kita jadi macam Harry Potter ke?
Jika anda nak jatuh, lakukan dengan berhati hati, okey!
Misteri apakah yang yis ada?
Boleh letak anak anda yang degil di dalam bilik ini
Harap-harap di Malaysia tidak adalah terjemahan tidak masuk akal sebegini. Kongsikan papan tanda yang paling kelakar pernah anda jumpa! - CARI
|