"Syinta tak pernah janjikan bulan dan bintang. Apalah salah Syinta asyik difitnah macam-macam."
Kredit foto: IG Safiey
Walaupun dikecam hebat, single Syinta Gila nyanyian Safiey Ilias yang baru beberapa bulan dilancarkan diterima baik peminat dan sering meniti di bibir orang ramai tanpa mengira had umur.
Bagaimanapun, usahawan berjaya itu menerima kritikan mendakwa kononnya beliau kedekut kerana tidak memberi sebarang bayaran kepada penari dan pelakon tambahan yang menjayakan muzik video lagu berkenaan.
Safiey kemudian membalas dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa kesemua mereka melakukannya secara sukarela tanpa dipaksa dan mengharapkan bayaran.
Kredit foto: Hangat
Menurut Safiey, dia tidak pernah menjanjikan sebarang bayaran dan perkara itu sudah dimaklumkan terlebih dahulu kepada yang berminat.
Luahan hatinya itu bagaimanapun mendapat reaksi negatif daripada haters yang seolah-olah mendakwa Safiey tidak menghargai usaha mereka yang terlibat dalam menjayakan muzik video berkenaan.
Namun, ramai juga peminatnya memberi sokongan moral kepada Safiey dan meminta dia tidak melayan komen negatif orang ramai yang dengki akan kejayaannya.
Kredit foto: IG Safiey
Katanya, Safiey bakal menghasilkan single baru dan akan menjalani penggambaran di Bangkok bulan Februari tahun depan. Betul ke tu? - CARI |