CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2287|Reply: 6

"Tolong Hormat Keluarga Arwah" - Netizen Gesa Padam Video Kemalangan M

[Copy link]
Post time 17-12-2018 01:02 PM | Show all posts |Read mode
Ketika rakyat masih terkejut dengan kematian Mohd Hafiz Nor Azman, masih ada pihak yang tidak sensitif menyebarkan video kejadian di laman sosial tanpa memikirkan perasaan keluarga Allahyarham.









Tindakan admin laman Twitter berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai yang masih bersedih dengan kejadian menimpa pelumba pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha - CKJ Racing bagi kategori CP150 itu.


Kesemua mereka menggesa agar video berkenaan dipadam bagi menghormati keluarga dan kenalan Mohd Hafiz.



Hormat keluarga arwah








Pun begitu, segelintir pihak merasakan tindakan itu tidak salah memandangkan sukan sedemikian sememangnya berisiko tinggi, namun bersetuju jika video terbabit dipadam bagi menjaga perasaan keluarga Mohd Hafiz.




Tak perlu padam kot...








Namun, difahamkan sehingga kini masih tiada sebarang tindakan diambil admin laman Twitter berkenaan.





Kredit foto: Twitter



Media sebelum ini melaporkan, Mohd Hafiz disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Kota Tinggi selepas terbabit dalam kemalangan ketika pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Bandar Penawar, Johor, yang berlaku kira-kira 4 petang semalam.





Kredit foto: Astro AWANI/Twitter




Kredit foto: Kosmo!/Twitter




Lapor Harian Metro, bapa mangsa yang juga bekas pelumba, Nor Azman Mad Darus percaya kemalangan berlaku selepas pelumba di hadapan Mohd Hafiz terlanggar penghadang di tepi litar menyebabkan penghadang itu terkeluar ke tengah litar.


"ada masa sama, arwah tidak sempat mengelak menyebabkannya melanggar objek yang terpelanting keluar dari litar sehingga motosikalnya terjatuh," katanya.


Takziah kepada keluarga Mohd Hafiz. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2018 01:27 PM | Show all posts
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 03:41 PM | Show all posts
benda live kat tv kot..
kejadah nak memaki suruh delete bagai..
bukannya video accident rakam tepi jalan nampak dia terlentang berdarah bagai..
nama pun race i.e high risk..
kalau macam tu, jangan siar apa-apa racing sport..
so video accident masa race tak bergentayangan serata alam..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Alfatihah........
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe: benda live kat tv kot..kejadah nak memaki suruh delete bagai..bukannya video accident rakam tepi jalan nampak dia terlentang berdarah bagai..nama pun  ...

  Stuju babe!
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2018 04:49 PM | Show all posts
ala..ingat ada link video
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2018 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn gado..sedekah fatiha bgus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.041323 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list