"Harga nyawa tidak boleh dipandang ringan."
Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menuntut agar kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim mendapat pembelaan.
Kredit foto: ProjekMM
Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza menerusi laman Facebooknya menuntut agar pihak bertanggungjawab menyebabkan kematian Allahyarham diheret ke muka pengadilan dan diberi hukuman sewajarnya.
"Dia terkorban ketika bertugas demi negara hasil dari perbuatan kumpulan pengganas.
"embunuh mesti dihukum bunuh melainkan jika keluarga mangsa memaafkan," tulisnya.
Pada 27 November lalu, Muhammad Adib, 24, dipukul beberapa individu dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman.
Kredit foto: The Star
Memetik Astro AWANi, Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi selepas beberapa minggu bertarung nyawa. - CARI |