CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2527|Reply: 7

Shakira Berdepan Tuduhan Mengelak Cukai Hampir RM70 Juta Di Sepanyol

[Copy link]
Post time 19-12-2018 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Shakira telah didakwa di sebuah mahkamah di Sepanyol atas tuduhan mengelak cukai pendapatan antara 2012 hingga 2014 sebanyak ASD16 juta (RM67 juta).




Kredit foto: Independent




Pendakwa mengatakan, Shakira atau nama penuhnya Shakira Isabel Mebarak Ripoll, 41, telah menipu untuk mengelak daripada membayar cukai dengan melaporkan Bahamas sebagai kediaman rasminya pada tahun 2012-2014, sedangkan umum tahu dia tinggal di Sepanyol dengan kekasihnya, Gerard Pique, pemain bola negara tersebut.




Kredit foto: US Weekly




Cukai di Bahamas jauh lebih rendah daripada Sepanyol dan Shakira memiliki sebuah pulau peribadi di negara tersebut yang dibelinya pada 2011. Shakira bagaimanapun menafikan semua pertuduhan terhadapnya.



Kredit foto: Pop Sugar




Nama Shakira muncul dalam sebuah laporan dinamakan ‘Paradise Papers’ yang membocorkan cara beberapa orang kenamaan melakukan penipuaan cukai. Turut disebut-sebut dalam laporan itu termasuklah selebriti seperti Madonna dan Bono, penyanyi U2.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakapnya Jumaat lepas, Shakira berkata beliau bukanlah pemastautin tetap di Sepanyol pada tahun tersebut.


Beliau mendakwa tidak berhutang apa-apa dan hanya digunakan oleh kerajaan Sepanyol sebagai ‘kambing hitam’ bagi menakutkan pembayar cukai daripada mengelak tanggungjawab mereka.



Kredit foto: Anadolu




Bagaimanapun, pendakwaraya mempunyai bukti bahawa Shakira hanya keluar beberapa kali dalam tahun tersebut untuk mengadakan konsert, sedangkan kebanyakan masanya Shakira berada di negara berkenaan.


Nampaknya selepas Christiano Ronaldo dan Lionel Messi, semakin banyak selebriti yang bakal berdepan dengan tuntutan cukai di Sepanyol. Anehnya, jumlah yang dituntut tidaklah sebesar mana jika dibandingkan dengan pendapatan lumayan mereka. Kalau betul-betul belum, apa kata Shakira bayar sahaja? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2018 02:08 PM | Show all posts
kaya sungguh shakira ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2018 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kaya bayarlah cukai tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 03:51 PM | Show all posts
rasanya kalo betul dia salah dia byr kot, ini lebih kepada soal "hanya digunakan oleh kerajaan Sepanyol sebagai ‘kambing hitam’ bagi menakutkan pembayar cukai daripada mengelak tanggungjawab mereka."
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Why rich people ngelar byr cukai? Kalu byrn tu tak seberapa banding ngan income deyols? Byk sgt kes camni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2018 09:25 PM | Show all posts
Kat sana orka kena tax 45% kan. hampir separuh dari pendapatan .
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-12-2018 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
borrow replied at 19-12-2018 09:25 PM
Kat sana orka kena tax 45% kan. hampir separuh dari pendapatan .

Gila tinggi punya tax!
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2018 01:09 AM | Show all posts
siyes lah 45%.....bapakk  tinggi gilaaaa.....

pe je lah yg tinggal bila dah tolak cukai segala?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.330379 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list