Debaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih berakhir apabila Pegawai Pengurus PRK Semenyih, Datuk Mohd Sayuthi Bakar mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) Zakaria Hanafi meraih 19,780 undian, sekali gus merampas kerusi DUN Semenyih.
Kredit foto: AWANI
Memetik Astro AWANI, Zakaria berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Muhammad Aiman Zainali dengan 1,914 undian majoriti.
Sementara itu, calon bebas Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang yang hanya memperoleh 725 undi, memuat naik status di Facebooknya seolah-olah menggambarkan dirinya sudah bersedia berdepan kekalahan itu.
Kredit foto: MalaysiaKini
Rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada Uncle Kentang dan memintanya supaya tidak terus menyerah kalah.
Kredit foto: FB Uncle Kentang
Seorang lagi calon iaitu dari Parti Sosialis Malaysia (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul menerima 847 undi.
Memetik Astro AWANI, keputusan rasmi itu diumumkan di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) sebentar tadi.
"Dengan ini saya mengisytiharkan bahawa Zakaria Hanafi dariapda Barisan Nasional telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi bahagian negeri N24 Semenyih," kata Datuk Mohd Sayuthi. - CARI |