Tiada siapa dapat melawan takdir apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini dalam kehidupan. Mangsa rogol misalnya, terpaksa berdepan dengan pelbagai kesusahan akibat perbuatan tidak bermoral orang lain.
Kredit: iPleaders
Seorang remaja perempuan berusia 11 tahun dari Argentina ditimpa nasib malang apabila diperkosa suami kepada neneknya sendiri hingga hamil.
Lebih menyedihkan lagi apabila dia tidak dibenarkan menjalani proses menggugurkan kandungan oleh pihak hospital. Sebaliknya, dia diberi pilihan untuk menjalani pembedahan Caesarean bagi mengeluarkan foetus berusia lima bulan itu.
Di Argentina, terdapat undang-undang di mana pengguguran kandungan diharamkan kecuali bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kesihatan dan mangsa rogol.
Namun, pihak hospital biasanya tidak melayan mana-mana permohonan pengguguran sehingga ia sudah terlambat kerana bayi semakin membesar di dalam perut.
Menurut keterangan daripada pakar sakit puan di Hospital Eva Peron iaitu Cecilia Ousset, gadis itu tidak mempunyai saiz fizikal diperlukan untuk melahirkan seorang bayi memandangkan usianya yang baru 11 tahun. Maka, adalah wajar untuk kandungannya digugurkan.
Pihak juri mahkamah juga telah memberikan hak pengguguran terhadap remaja itu, namun pihak hospital tidak mengendahkannya dan tetap meneruskan keputusan untuk menjalankan pembedahan Caesarean ke atas gadis malang berkenaan.
Foetus di dalam perutnya yang baru mencecah usia lima bulan berjaya dikeluarkan dalam keadaan masih hidup, tetapi kemungkinan besar ia tidak dapat hidup lama.
Para aktivitis yang memperjuangkan hak menggugurkan kandungan tidak puas hati dengan keputusan hospital berkenaan. Mereka berkumpul di perkarangan hospital dan menggesa agar wanita diberi hak untuk menentukan apa yang terbaik untuk kandungan mereka sendiri.
Aktivis berkumpul di hadapan hospital bagi membantah tindakan pihak hospital
Sumber: nzherald
Malang sekali bagi mangsa kerana terpaksa mengharungi semua ini pada usia yang masih muda. Apa pendapat anda? Wajarkah hak pengguguran kandungan diberikan kepada setiap wanita? - CARI |