Sekali pandang, seperti sebuah jambatan lebuh raya yang sempurna tiba-tiba menghilang di tengah lautan tanpa penghujung jalan. Kelihatan pelik, bukan?
Itulah keunikan jambatan ini. Keanehannya adalah kerana separuh daripadanya merupakan laluan bawah air.
Øresund adalah sebuah jambatan yang menghubungkan ibu kota Copenhagen, Denmark ke bandar Malmö, Sweden.
Jambatan yang dibuka pada tahun 2000 ini mempunyai laluan biasa dengan jarak lapan kilometer dari pantai Sweden ke pulau buatan Peberholm di tengah-tengah selat.
Kemudian, bermula dengan laluan bawah air iaitu Terowong Drogden sepanjang empat kilometer dari pulau buatan tersebut ke pulau Amag, Denmark.
Menurut beberapa sumber seperti TwistedSifter dan Earth Porm, ia merupakan terowong bawah air yang menggabungkan kereta api dan kenderaan bermotor seperti kereta dan lori.
Øresund direka oleh firma kejuruteraan Denmark COWI dan arkitek utamanya ialah George K.S. Rotne. Jambatan dan terowong berjalan di selat Øresund dioperasikan secara bersama oleh kedua-dua negara ini.
Untuk menggunakan Øresund, anda perlu membayar tol.
Pulau buatan Peberholm dibina dari bahan yang dikorek dari dasar laut dan sebahagian besar terowong dibina oleh unsur-unsur konkrit yang diletakkan di atas tanah dan ditarik keluar serta diturunkan ke dalam parit yang dikeruk.
Flora dan fauna di pulau buatan ini juga berkembang secara bebas serta tidak terganggu selain menjadi tempat tinggal para ahli biologi. Persatuan Botani Lund telah mengenal pasti lebih daripada 500 spesis tumbuhan yang berlainan dan berfungsi sebagai tempat pembiakan yang popular untuk burung serta habitat lain yang jarang berlaku.
Menarik bukan? Apa kata anda? - CARIorg/wiki/Undersea_tunnel |