Kredit foto: IG Linda Rafar
Penyanyi Azlinda Rafar atau lebih dikenali sebagai Linda Rafar, 41, berkongsi keadaan dirinya yang tercedera ketika membuat persembahan.
Menerusi posting di Instagramnya itu, kejadian berlaku ketika dia membuat persembahan di sebuah majlis perkahwinan, kelmarin.
Menurut Linda, dia terjatuh dari tangga pelamin ketika di hujung persembahan menyebabkan kedua-dua kakinya bengkak dan sukar berjalan.
"Semoga ada rahmat di sebalik yang berlaku. Mohon semua pengikut dapat doakan Linda ya," tulisnya.
Di ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan nasib penyanyi itu dan mendoakan agar beliau cepat sembuh. - CARI
|