Model keturunan Somalia daripada Amerika Syarikat (AS), Halima Aden antara wanita Muslim yang memecahkan banyak tembok dalam kerjayanya sebagai model terutama sekali dalam mengekalkan pakaiannya yang menutup seluruh tubuh dan berhijab.
Kredit foto: Sport Illustrated
Halima memecah satu lagi rekod selepas terpilih sebagai model berhijab pertama menghiasi majalah sukan Sport Illustrated keluaran terkini.
Biasanya untuk Edisi Renang, majalah ini akan menampilkan wanita seksi dengan bikini dan mendedahkan badan.
Kredit foto: Sport Illustrated
Bagaimanapun, untuk Edisi Renang tahun ini, Halima muncul dengan pakaian yang melambangkan dirinya sebagai seorang wanita Muslim.
Sebelum ini, Halima Aden pernah menjadi berita panas selepas menyertai pertandingan ratu Miss Minnesota USA dan menjadi pilihan Kanye West untuk memperagakan fesyen rekaannya.
Kini dengan menjadi model majalah terkemuka itu, Halima sekali lagi menjadi sebutan pelbagai pihak.
Kredit foto: Sport Illustrated
"Kami di SI Swimsuit mencintai semua jenis kecantikan," kata MJ Dat, editor majalah itu.
"Kami mengagumi Halima dan menjadikannya inspirasi kerana menggunakan popularitinya sebagai duta kemanusiaan bagi Unicef," kata beliau lagi.
Pemilihan Halima sebagai model Sport Illustrated dengan pakaian renang berhijab mendapat reaksi yang positif daripada warga Muslim Amerika.
Kredit foto: Twitter
Walaupun ada sesetengah pihak menyelar aksi beliau yang dikatakan tidak menunjukkan imej Muslim sebenar, ramai yang memuji pemilihan itu kerana memberi imej yang positif kepada warga Muslim Amerika yang sederhana.
Malahan ada yang mencadangkan anak patung Barbie model Halima perlu dikomersilkan.
Yang pasti pemilihan Halima diharap akan membuka pintu kepada ramai lagi golongan minoriti untuk berjaya dalam bidang yang dimonopoli oleh kulit putih. Tahniah Halima! -CARI |