CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5739|Reply: 26

Fatin Afeefa Harap Dapat Suami Yang Tak Kedekut Dengan Isteri

[Copy link]
Post time 10-9-2021 12:30 PM | Show all posts |Read mode
Andai jodoh sudah tiba, pelakon sensasi, Fatin Afeefa, 27, tidak menolak kehendak takdir. Tidak sesekali menutup pintu hati terhadap insan bernama lelaki, namun cinta bukan segala-gala buatnya.


Dan, persoalan hati bukan lagi topik yang akan dikongsinya secara terbuka. Selagi boleh disimpan, segala suka duka dilalui akan terus tersimpul kemas di sudut hati.


Namun, cinta sememangnya indah dan wangi untuk disulam, namun ia belum tentu menjanjikan kebahagiaan.


Sejak bahtera perkahwinannya menjunam ke lautan sepi, Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin pernah dikaitkan dengan beberapa lelaki, namun segala-galanya belayar begitu sahaja.


Foto: IG




Kini, kemesraan bintang yang pernah mencetuskan fenomena menerusi filem Tentang Bulan bersama anggota kumpulan Hip Hop popular, K-Clique iaitu Noki menjadi bualan ramai.


Saling berbalas komen dan kelihatan mesra ketika bersiaran menerusi Live Instagram (IG) seakan memberi bayangan hubungan yang terjalin bukan berlandaskan seorang teman.


Spekulasi semakin hangat diperdebatkan apabila dilihat keluar makan bersama.


Meskipun tiada sebarang pengesahan, namun dari bahasa tubuh dan renungan mata seolah-olah menterjemahkan ada sesuatu yang cuba disembunyikan.




  



Enggan terus berteka-teki, BH Online mendekati Fatin dan mendasari hatinya berhubung gosip panas yang hangat diperkatakan.


Tergelak besar di hujung talian saat diajukan persoalan adakah sedang dilamun cinta, Fatin menjelaskan, mungkin jawapannya agak klise, tetapi itulah hakikatnya. Perhubungannya dengan Noki hanya berpaksikan 'teman tapi mesra'.


"Mungkin ramai tidak tahu, saya sudah lama mengenali Noki. Hubungan jadi rapat selepas ada perancangan berkolaborasi.


"Namun, projek kolaborasi ini tidak dapat diteruskan disebabkan karya ciptaan Noki tidak bersesuaian dengan jiwa saya. Biarpun projek tertangguh, namun tidak salah sekiranya kami berkawan baik.


"Ramai salah faham dan anggap saya dan Noki menjalinkan hubungan istimewa kerana pernah melihat kami keluar makan bersama. Persepsi mereka juga berdasarkan komen yang saya tinggalkan dalam IG Noki.




  



"Bagaimanapun, ia bukan bermakna saya dan Noki bercinta," katanya kepada BH Online.


Wanita kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui, dia memang suka beri komen bentuk emoji pada mana-mana perkongsian yang melintas dalam garis masa IG.


"Saya bukan sahaja komen dalam IG Noki, malah ada teman-teman artis lain juga.


"Saya hairan juga kenapa netizen hanya nampak komen yang ditinggalkan dalam IG Noki, tetapi dalam IG rakan artis lain tidak pula dihiraukan," katanya sambil ketawa.




  



Sepanjang mengenali jejaka kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu, pelakon yang memulakan kerjaya seni pada usia 8 tahun itu mengakui, Noki seorang lelaki yang baik.


"Saya selesa dengan sikap Noki. Dia bukan sahaja kawan yang baik, malah pandai menjaga hati saya.


"Jujurnya, Noki memiliki sifat yang lelaki yang saya cari iaitu lembut dalam berbicara.


"Noki juga pendengar yang baik. Jika saya ada masalah, saya akan cari Noki mengadu dan mendapatkan nasihat," katanya.




  



Disebabkan gosip, Fatin mendedahkan, dia menerima mesej peribadi berbaur ugutan peminat wanita Noki.


"Ada peminat menghantar mesej memberi amaran agar saya tidak menyakiti hati Noki. Saya membalas mesej dan berjanji akan menjaga hati Noki sebaiknya.


"Selain itu, saya kerap mendapat mesej yang mendoakan agar saya dan Noki ditakdirkan bertemu jodoh.


"Jika peminat mendoakan yang baik-baik, saya terima dengan hati terbuka," ujarnya.


  



Empat tahun menjalani hidup bersendirian tanpa ditemani seorang lelaki bergelar suami, Fatin berkata, dia tidak melihat situasi sebagai satu tekanan.


Malah, pelakon drama Asalkan Dia Bahagia dan The Gadis itu tidak pernah hidup kesunyian.


"Saya selesa hidup sendirian. Saya boleh fokus dengan kerjaya di samping membesarkan dua cahaya mata. Walaupun ramai beranggapan hidup saya sunyi tanpa suami, namun hakikatnya, saya tidak sempat sunyi.


"Bohonglah jika dikatakan tiada lelaki cuba mendekati, tetapi saya banyak menolak. Saya tidak bersedia untuk menerima kehadiran lelaki dalam hidup.


"Bukanlah serik, tetapi saya lebih selesa kehidupan bebas yang dilalui. Jika berkahwin, seterusnya melahirkan anak, bagaimana saya mahu fokus terhadap kerjaya lakonan yang baru kembali semula," luahnya.




  



Andai ditakdirkan jodoh kembali bertandang, Fatin menekankan, dia mendambakan lelaki yang bakal menjadi teman sehidup sematinya bukanlah seorang yang berkira.


"Jika ada lelaki yang ingin menjadikan saya calon isteri, dia perlu menepati ciri-ciri diharapkan. Paling penting, bukan lelaki yang kedekut dengan isteri.


"Kalau terlalu berkira, maknanya 'good bye'. Saya juga bukannya wanita materialistik.


"Apa yang saya harapkan adalah limpahan kasih sayang daripada seorang suami," ungkap Fatin menterjemahkan isi hatinya.




  



Menyorot semula perjalanan kerjaya, nyalaan sumbu kerjaya seninya bernafas melalui kontroversi. Pelbagai kisah panas melingkari hidupnya sehinggalah kisah sensasi lebih kerap diperkatakan berbanding lakonan.


Bagaimanapun, Fatin dilihat semakin aktif dan banyak membintangi drama dan filem hebat, sekali gus sering menjadi pilihan pengarah berkaliber.


Siapa sangka, filem Showtime 1958 arahan Anwardi Jamil menyaksikannya bergandingan dengan aktor, Shah Iskandar bukan sahaja mendapat perhatian antarabangsa.


Malah, Anwardi dipilih sebagai Pengarah Terbaik Asia dan Sinematografi Terbaik untuk Filem Cereka dalam Asian Cinematography Awards 2021 yang berlangsung di Manila, Filipina pada Mei lalu.


Mengulasnya, Fatin berkata, status isteri dan ibu menyebabkannya terpaksa berkorban dan melupakan dunia lakonan buat seketika, beberapa tahun lalu.


"Saya akui, terpaksa membataskan kerjaya lakonan demi tumpuan kepada keluarga menerusi perkahwinan lalu.


"Namun, saya kembali fokus dalam lakonan selepas bercerai. Saya bersyukur mendapat banyak peluang termasuk bekerja dengan ramai pengarah hebat.


"Saya teruja apabila mendapat tahu filem Showtime 1958 mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, meskipun belum ditayangkan berikutan pawagam tidak dibuka disebabkan pandemik COVID-19.




  



"Rasa kecewa tentulah ada, tetapi saya reda situasi pandemik yang tidak mengizinkan pawagam beroperasi," ujarnya.


Bercerita watak Rosnani, Fatin berkata, dia berdepan cabaran besar membawa karakter bintang legenda yang dihormati.


"Apabila diberitahu membawakan watak Datuk Rosnani Jamil, apa yang terlintas dalam fikiran, ini adalah ibu kepada pengarah filem ini.


"Bukan mudah membawakan watak ikonik masih hidup. Saya rasa seperti mahu balik ke rumah akibat ketakutan apabila Rosnani atau Mak Nani datang ke lokasi penggambaran.


"Bagaimanapun, Mak Nani sangat baik dan banyak memberi tunjuk ajar. Cabaran lain, perlu berbahasa baku sepanjang penggambaran dan mengenakan korset.


"Tersiksa kerana badan saya agak berisi dan perlu memakai korset dari awal pagi hingga lewat dinihari," cerita Fatin.




  



Terdahulu, Fatin bercerai dengan bekas suami, Adam Shahz pada Mei 2017 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.


Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Adam Aisy Arrian, 8, dan Ivy Herra Sophia, 6.


Selain filem Showtime 1958, sebuah lagi filem lakonan Fatin yang masih belum ditayangkan adalah bergenre seram berjudul Bisikan. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2021 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut dpt laki kedekut sbb tu mampu berscandal je ye tak btw pic dia edit terlalu sgt sampai dlm tv nampak lain giloss. Tak segan ke eh
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 03:42 PM | Show all posts
dia ke yang skandal laki india sampai bini orang tu mengaruk kat twidder?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 03:51 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 10-9-2021 03:42 PM
dia ke yang skandal laki india sampai bini orang tu mengaruk kat twidder?

dari gossip2 yg berkeliaran tu macam tu....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sukati ko la semoga bahagia sampai bulan december ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 04:09 PM | Show all posts
Panjang nak mampos postnye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2021 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh bkn ke aritu dia ckp xpercaya dgn perkahwinan
Ye la dgn bf pun dah mcm laki bini, nak nikah buat apa kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Artikel kalah subjek karangan Spm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2021 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak salah tu hari baca sini dia cakap tak percaya pd perkahwinan
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2021 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
yeleeeee
moga cepat kawen sementara masih ada rupa, ku berdoa dapat laa jerung sebijik
tu pun kalau jerung tu jenis tak kisah terima anak2 ko

sesetengah nak yang memang single mingle tingle dingle.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
purplelilac replied at 10-9-2021 02:24 PM
Takut dpt laki kedekut sbb tu mampu berscandal je ye tak  btw pic dia edit terlalu sgt sampai d ...

Sorang lg adik anzalnaa yg dulu ngn alif aziz tu. Beza beno dlm cite kol 6  ngn eyka farhana tu.

So not flawless.
Hukkk
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok kat tv berkerak amat
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 01:26 PM | Show all posts
fake people
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mn paten ni buat hair treatment tu ya?.
Lawalah rambut dia.
Nampk sihat dan tebal.
Buat keratine treatment kat salon mahu dalam rm400 if rambut panjang.
Ke dia makan biotion ek?.
Ke makan apa apa vitamin?.
Mmg rambut dia lawalah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 05:19 PM | Show all posts
comel la pulak anak2 dia... tak jadi pulak nak kecam...

btw jangan berkira tu macam something wrong somewhere apa yang dia cuba maksudkan.. sebab dia pun gold digger sebelum ni... tu yang iols terfikir benda lain

hati2 lah yerrr dekkk yang nak kan janda nii... pastikan duit berkepuk2 ataupun uolss boleh kahwin dengan @kiah_mai_pulak jerr... kak kiah katanya tak berkira... dapat tolong hantar cod kek dia pun dah cukup ataupun tolong dia korek belakang rumah untuk kambuihhh stok2 yang tak laku...

ciri2 laki kak kiah suka yang boleh kendali bulldozer dan backhoe...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
bluebutter replied at 11-9-2021 05:08 PM
Mcm mn paten ni buat hair treatment tu ya?.
Lawalah rambut dia.
Nampk sihat dan tebal.

Dia kan model sugardoll
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2021 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols nak tanya bigboss sugardoll ini sape sebenarnya? Yg perempuan itu. Asal mcm products dia ini ramai orang guna?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
missyL replied at 11-9-2021 09:13 AM
Sorang lg adik anzalnaa yg dulu ngn alif aziz tu. Beza beno dlm cite kol 6  ngn eyka farhana tu.
...

Huehue adik anzalna itu paling tak lawa kan dlm adik bradik dia.
Iols pernah comment kat dia kata akak sulung dia paling cantik, terus sheols deleted comment iols
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 11-9-2021 05:19 PM
comel la pulak anak2 dia... tak jadi pulak nak kecam...

btw jangan berkira tu macam something wro ...

Btw macamana gf mas khan anak naza itu boleh kawan dgn dia ini retis yang gred C? Haha
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2021 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
800214 replied at 11-9-2021 07:06 PM
Dia kan model sugardoll

Iya ke?.

Jap nak google sat.
Macih ya on info tu.
My hair cantik tapi tipis. Long hair.
Nak lebatkan macam faten ni haa.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 10:30 AM GMT+8 , Processed in 0.105481 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list