CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 55256|Reply: 352

Bermazhab Haram dan Sesat

[Copy link]
Post time 13-2-2005 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Emak I ada ikut kuliah mingguan di kedutaan Arab Saudi bawah bimbingan Ustaz Abdullah Yassin. Pernah mak I kata dia tak ikut mana-mana mazhab sebab kalau ikut mazhab bermakna membuat-buat satu yg tak pernah dibuat nabi dulu. Ini boleh masuk dalam bidaah dan katanya lagi semua bidaah itu sesat dan haram.
Dalam forum ni I tengok ramai yg suka bermazhab-mazhab so eloklah tinggalkan mazhab ini sebelum masuk neraka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2005 04:24 PM | Show all posts
Yang berkata seperti ini hanya golongan-golongan Wahabi sahaja. Mereka kata tak ikut mazhab tapi mengambil juga fatwa-fatwa dari Imam-imam mazhab dan membenarkan pula fatwa tersebut.
Mungkin ada orang-orang Wahabi disini yang boleh buat penjelasan. Kalau dalam forum ini mungkin Nahzalus atau Moasri boleh menghujjahkannya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2005 06:44 PM | Show all posts
mmm, sy rasa kena perlu ada usaha dari yg arif utk jelaskn hal ni dgn lebih terperinci lagi.
Bukan apa, rasa skrg dah makin meluas pengaruh Wahabi dlm masyarakat.
Banyak juga kata2 yg tidak enak didgr.
Bila semua amalan yg selalu diamalkan oleh masyarakat Mesia, org label sebagai bidaah, dan bidaah pula masuk neraka, ramai la golongan tradisionalist x puas hati.
Ada yg kata baca Yaasin setiap malam Khamis tu bidaah.
Ziarah kubur waktu raya Bidaah.
Dan memacam lagi.
Dn sebagai org awam naklah tahu panduan bermazhab ni mcm mana?
Bole ke x bole?
Kalu x de mazhab, nak amik Fekah kat mana?
Kalu x de mazhab, so kita kena ikut sapa sebenarnya?
Harap ustaz2 bagi lah pencerahan skit kat org awam yg macam kita ni, agar terpandu.
Baca tulisan thread ni pun buat kita berfikir banyak kali, last2 confius sendiri mana satu nak ikut ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2005 12:44 AM | Show all posts

Ahlul Sunnah Wal Jamaah tu SESAT ker

Saya tertarik dengan artikel yang mengatakan bab Mazhab tu sebagai sesat dan haram. Sikit punya haru... Takkan lah kita nak menyesatkan mak bapak kita , datuk nenak kita atau nenk moyang kita yang sejak dahulu lagi dah bermazhab Syafei bab Fekah, Imam Ghazali bab Tasawuf dan Abu Hassan Asyari bab usuludin?

Betui2 la si penuduh kena tarbiah dengan ulamak wahabi . Wahabi ni pun dulu asal dia dari Ibnu Tamiyah, anak murid Imam Hambali. Tapi otak dah tak betul, Ibnu Tamiyah  kata Allah turun ke bumi t seperti dia turun ke mimbar.

Asal usul Wahabi tu tiada ilmu tasawuf. Sebab mereka tu boneka kerajaan British sejak Perang Dunia 1. Raja Saud jadi Pemerintah Saudi mengantikan Ayah Al-Malik Hussin yang berfahaman ahlul sunnah (keturunan Rasululah) atas putar belit Innggeris.

Betui2 Inggeris buat kat Arab Saudi dengan tukar Ayah Al-Malik Hiusin macam mereka serah Palestin ketangan Yahudi. Hasilnya sejak jadi Pemerintah Bumi Mekah dari dulu sampai kini , pemerintah Arab Saudi yang berfahaman Wahabi(tanpa mazhab) langung tiada ROH Islam untuk membantu bangsa Palestin apatah lagik Iraq dari tangan Amerika dan yahudi. Sedangkan bumi Arab Saudii Allah limpahkan kekayaan minyak . Tunggulah pada tahun ni , Raja Saudi di ramal berangkat ke alam roh..Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2005 12:42 PM | Show all posts
Saya sokong pendapat syeikhbelalang. Sekarang ni banyak golongan anti mazhab. Mereka ingat dengan mengamalkan Al-Quran tanpa ijmak ulamak dah gerenti masuk syurga... Ingat senang ker nak buat macam amalan pada zaman Rasululah dulu... Kalau gitu tak yah ler ngaji kitab Al-Quran kerana masa zaman Rasululah dulu mana ada kitab. Al-Quran dibukukan masa zaman khalifah Uthman.

Mampu ker anda semua nak ikut sistem zaman Rasululah? Atau zaman para tabiin dahulu. Zaman 300 tahun selepas zaman Rasululah.Puak anti mazhab ni rata2 adalah berfahaman salafi dari fahaman Wahabi yang bersalah silah dari Ibn Tamiyah.Ibn Tamiyah hidup 700 tahun selepas zaman nabi. Mana mampu mentafsir Sunnah Nabi dan kitab-Al-Quran mengikut akal beliau.

Sedangkan guru Ibn Tamiyah iaitu Imam Hambali sendiri pun bermazhab Ahlul Sunnah. Inikan kerajaan arab Saudi nak mengamalkan A-Quran tanpa mazhab.
Silap2 bukan yang anti mazhab ni masuk syurga mungkin masuk neraka sebab terkeluar dari iktikad Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Wallahuam.:gado:
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2005 03:03 PM | Show all posts
Saya rasa ada silap faham ni. Saya rasa ada baiknya kita baca buku Hafiz Firdaus ni. Buku ni bagus. Saya dah baca.

http://www.al-firdaus.com/PedomanMazhab/index.php
Reply

Use magic Report

Follow Us
sauber This user has been deleted
Post time 15-2-2005 05:16 PM | Show all posts
Salam,
Saya bersetuju dengan tuan rumah yang kita tak seharusnya bermazhab, sila refer Al-Quran

6:159. Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu (Muhammad) bukanlah daripada mereka dalam apa-apa pun. Urusan mereka hanyalah kepada Allah, kemudian Dia akan memberitahu mereka apa yang mereka telah buat.

"Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka," (23:53), dan

"Daripada orang-orang yang memecahkan agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, tiap-tiap golongan berbangga dengan apa yang di sisi mereka," (30:32).

Adakah anda masih mau bermazhab sedangkan Allah melarangnya?
Adakah anda berbangga dengan mazhab anda dan merasa aman dengannya?

Tidakkah anda perhatikan kisah perpecahan sunni dan syiah? Tidakkan anda mengambil iktibar pengajaran dari Alquran?
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 15-2-2005 06:08 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

sayapun tertarik hendak dengar hujah orang wahabi kat sini....sekadar nak jadikan teladan supaya tidak tertipu dengan hujah-hujah sumbang mereka itu yang menggunakan slogan kembali kepada al quran dan hadis.

Saya sangat mengalu-alukan sebarang pendapat dari pihak wahabi.

Sekian.

Untuk yg mahu mengetahui pendapat ahli sunnah wal jamaah yg di wakili oleh 4 mazhab yg dianggap oleh orang wahabi itu haram dan sesat sila ke :

http://www.hizmetbooks.org/Advice_for_the_Muslim/index.html

atau

www.sunna.info (bahasa arab dan bahasa inggeris)

(bagaimanapun seperti yg kebanyakan kita sedia maklum, mereka ini akan sedayaupaya berhempaspulas untuk menunjukkan bahawa mereka ini benar....saya harap jgnlah jadi seperti Syeikh Syaltut (yg terkenal dengan hujahnya bahawa nabi isa sudah mati dan tidak akan turun lagi ke dunia ini di akhir zaman nanti)  yg di akhir hayat mengaku bahawa beliau telah tersalah dgn membawa fahaman wahabi dan menyesatkan ramai orang.  Sila rujuk perkara ini kepada FATWA MUFTI BRUNEI IAITU Datuk Seri Utama Awang haji Ismail bin Umar Abdul Aziz )

Semuga Allah swt melindungi kita semua dari fahaman wahabi yg sangat merbahaya ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2005 06:19 PM | Show all posts
Saya sokong pendapat hafizi tue...
Sejak akhir2 ni pendapat anti mazhab timbul kembali. Sedangkan mereka yang berfahaman anti mazhab ni bukannya arif dalam ilmuan agama. Apatah lagik hendak mengeluarkan fatwa atau berijtihad dalam agama.

Kalau ilmu setakat kail panjang sejengkal janganlah hendak diduga lautan yang dalam. Silap2 lemas dibuatnya. Macam mana nak buat ijtihad kalau ayat2 Al-Quran  diambil dari sudut tafsirannya apatah lagi nak dibuat terjemahan. Bukan kah sikap demikian ibarat bermazhab tafsir jugak?

Baik kita berpegang pada pendapat Imam2 yang Muktabar seperti Imam Ghazali dalam bab Tasawuf dan Imam Syafei dalam bab Fekah.

Sebab kita dalam ilmuan peringkat orang awam (hatta ada phd dalam syariah sekali pun) belum mampu hendak merungkai kazanah Al-Quran seperti mana yang telah dilakukan oleh Imam2 yang besar pada zaman tabiin.

Silap2 bukan kita bermazhab pada Al-Quran tetapi pada setan dan hawa nafsu. Nauzubillah. :no:
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2005 08:28 PM | Show all posts
Saya rasa perbincangan ni perlu diteruskan lagi supaya org2 awam akan dpt memahami status diri mrk utk berpegang dgn yakin dgn apa yg tlh dipelajari selama ni.
Sy x tahu mungkin ada usaha dr pihak yg berkenaan/berwajib utk membantu org awam, artikel/risalah/sebagainya utk menjelaskan perkara bermazhab ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2005 10:52 PM | Show all posts
Betul juga apa yang diucapkan oleh Ustazah Sakinah Mawaddah...
Gua caya sama lu.. Naper tak bagi komen sama... Nak tunggu ulasan orang dulu ker... Saya kat sini pun tunggu komen ustazah gak... Samada menyebelahi ahlul Sunnah Wal Jamaah atau kumpulan wahabi tu...:pompom:

Aper2 pun tak per la ustazah.. Ana memang sayang sama lu..
:hug::love:
Reply

Use magic Report

sauber This user has been deleted
Post time 16-2-2005 09:12 AM | Show all posts
Salam,

Sila refer Al-quran

(39:3). "Dan orang-orang yang mengambil wali-wali selain daripada Dia - 'Kami hanya menyembah mereka supaya mereka mendekatkan kami dalam kedekatan dengan Allah' .... Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada pendusta, yang berdegil dalam ketidakpercayaan"

Tanyalah diri anda sendiri, anda mengaku anda kurang ilmu agama tetapi anda tidak berusaha mencarinya bahkan Al-Quran pun anda abaikan, tinggalkan dan ada yang berpaling. Nabi sendiri menyatakan pada hari yang tiada keraguan padanya bahawa umatnya mengabaikan Al-Quran.

25:30. Rasul berkata, "Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan."  

Dengan ambil jalan mudah, anda wakilkan urusan agama anda pada tuan-tuan syeikh,imam dan sebagainya dengan berbagai alasan.

2:165. Tetapi ada manusia yang mengambil untuk mereka rakan-rakan, selain daripada Allah, dengan mencintainya sebagaimana Allah dicintai, tetapi orang-orang yang percaya, mencintai Allah dengan lebih cinta. Sekiranya orang-orang yang membuat kezaliman dapat melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan kesemuanya adalah kepunyaan Allah, dan bahawa Allah amat keras dalam azab.

Siapakah anda lebih cintai? Imam 4 mazhab dll ? atau Allah sahaja?

2:166. Apabila orang-orang yang diikuti berlepas diri daripada pengikut-pengikut mereka, dan mereka melihat azab, dan tali-tali mereka diputuskan.

Anda fikir imam-imam tersebut akan menyelamatkan anda, namun anda pasti kecewa.

2:167. Dan orang-orang yang mengikuti berkata, "Sekiranya bagi kami dapat kembali lagi, kami berlepas diri daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami." Begitulah Allah akan memperlihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka; aduhai kesalnya mereka! Mereka tidak akan keluar dari Api.

3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu mendapat petunjuk.

Tidak jelaskah perintah Allah ini?

3:105. Janganlah menjadi seperti orang-orang yang berpecah belah, dan berselisih setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka; mereka itu, bagi mereka, azab yang besar,

Telah datang bukti yang jelas dalam Al quran, Allah berfirman jangan kamu berpecah belah tapi mengapa kamu berpaling?

Saudara/saudari, capai lah Alquran yang anda simpan dalam almari, rak buku atau belilah satu untuk diri anda dan keluarga anda. Kiranya anda tak faham maksudnya dalam bahasa Arab, belilah terjemahan atau tafsirnya sekali. Bacalah dengan tekun. Ingatlah firman Allah,

2:1. Alif Lam Mim.

2:2. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan),

Bayangkan seumur hidup anda didunia yang fana ini, anda tak pernah membaca dan memahami Al-quran dari surah 1 hingga 114. Apakah alasan yang hendak diberikan pada hari pembalasan? Adakah seperti orang yang berkata dlm 2:167.

Saya hanya memberi peringatan dan hanya Allah yang memberi petunjuk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 10:10 AM | Show all posts

salam,

Sebelum kelahiran para imam mazhab teraju umat Islam ini telah pun wujud hasil2 ijtihad dan pandangan para ulama dr kalangan sahabat dan tabi'in di dlm masalah perundangan Islam.

Berlainan pula keadaannya dgn para imam mazhab yg masyhur.  Segala pandangan ijtihad mereka diikuti dan menjadi nas bg para pengikutnya yg tidak boleh disalahi.

Segala pendapat imam2 mazhab ini terus diikuti hingga ke hari ini krn semua pandangan ini dicatat dan dibukukan.

Timbul beberapa usul dan dasar yg jelas dan dijadikan petunjuk oleh umat Islam utk menentukan hukum hakam bg permasalahan yg timbul.

Kemudian para pengikut dan anak2 murid mereka berusaha menyebarkan ilmu2 yg mereka pelajari itu dan bersungguh2 mempertahankan fiqah mereka ini.  

Mazhab tersebar luas krn beberapa faktor.  

Nanti I bukak thread kisah hidup beberapa imam mazhab.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 11:16 AM | Show all posts
Kehidupan ramai umat Islam sekarang bukannya berpandukan mazhab tapi cuma ikut-ikutan sahaja. Kepada mereka yang mendabik dada mengatakan ikut mazhab Shafei...persoalan yang dikemukakan adakah mereka benar-benar berpandukan kepada Ijtihad Imam Shafei sendiri.
Inilah yang dikatakan sebagai taklid buta dan penganut mazhab Shafei itu sebenarnya berpandukan hanya kepada ulama-ulama syafeiyah serta bukan dari Imam Syafei sendiri.

Contoh.....pembayaran zakat fitrah. Imam Syafei sendiri mengatakan lain daripada apa yang diamalkan oleh penganut mazhab Syafei sendiri.
Mana ada bahagian untuk muallaf dan amil dalam pembahagian zakat ini??
Cara manakah bayaran yang disebut oleh Imam Syafei ??
Rujuklah kitab Ar-Risalah karangan Imam Syafei dan anda akan lihat banyak pertentangan-pertentangan yang terdapat dalam amalan seharian pengikut yang mendakwa bermazhab Imam Stafei. Ini belum termasuk lagi pertentangan-pertentangan yang berlaku kepada pengikut Abuya yang kononnya bermazhab Syafei.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 11:18 AM | Show all posts
Saya sokong..

:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 11:35 AM | Show all posts
Terima Kasih....Hehehehee!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2005 11:41 AM | Show all posts
setahu saya mazhab ini tidak dibenarkan ketika zaman rasulullah, sebab bagi baginda kenapa perlu wujudnya mazhab sedangkan baginda ada sebagai rujukan. tetapi apabila baginda wafat...barulah timbulnya mazhab2 ni.. ini adalah panduan utk umat nabi muhammad sekarang ni. untuk dijadikan rujukan. kenapa dikatakan sesat pula?

kenapa perbezaan mazhab..ini adalah kerna kefahaman imam2 ketika zaman itu. so itu laa terjadinya 4 mazhab ni. walaubagaimanapun..semuanya betul..bukannya sesat..tu sebab kita disuruh buat pilihan samaada kita nak ikut mazhab yang mana...dan tak salah kalau kita ikut mana2 mazhab sekali pun. tapi kita takleh ler sesuka ati nak guna mazhab tu ikut suka kita..tapi mestilah bergantung kepada keadaan.

bagi saya 4 mazhab ni tak sesat.

saya pelik kenapa orang kalau nak matikan hujah dengan hanya mengeluarkan ayat2 al-quran. mmg laa ayat al-quran adalah bahan rujukan yang paling utama tapi jangan dijadikan sebagai bahan utk mematikan hujah dan menegakkan sesuatu yang tidak benar. memahami al-quran itu mmg penting tapi kalau salah memahaminya adalah sesuatu yang bahaya.

kaji dan fahamilah al-quran itu dengan sebijaknya...bukan sahaja memahami maksud ayat2 didalam al-quran tetapi memahami apa yang cuba disampaikan..

wallahualam...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 11:49 AM | Show all posts
Sokongan Pada Ahlul Sunnah Wal Jamaah

Pada Aliran lain...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by aza at 16-2-2005 11:41 AM:
kenapa perbezaan mazhab..ini adalah kerna kefahaman imam2 ketika zaman itu. so itu laa terjadinya 4 mazhab ni. walaubagaimanapun..semuanya betul..bukannya sesat..tu sebab kita disuruh buat pilihan samaada kita nak ikut mazhab yang mana...dan tak salah kalau kita ikut mana2 mazhab sekali pun. tapi kita takleh ler sesuka ati nak guna mazhab tu ikut suka kita..tapi mestilah bergantung kepada keadaan.


Ikutlah mazhab dengan penuh kefahaman dan keyakinan dan bukannya ikut-ikutan sahaja. Imam syafei sendiri pun tak mengaku membawa mazhab. Cuma pengikut-pengikutnya sahaja yang terlalu mengagungkan beliau sehingga pengikut-pengikut Imam lain dikatakan sesat dan sehingga banyak hadis-hadis palsu timbul untuk menyerang mazhab lain.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 01:21 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 16-2-2005 12:29 PM:


Ikutlah mazhab dengan penuh kefahaman dan keyakinan dan bukannya ikut-ikutan sahaja. Imam syafei sendiri pun tak mengaku membawa mazhab. Cuma pengikut-pengikutnya sahaja yang terlalu mengagungkan beliau sehingga pengikut-pengikut Imam lain dikatakan sesat dan sehingga banyak hadis-hadis palsu timbul untuk menyerang mazhab lain.


saya tak suruh pun mengagungkan mazhab. mengikut dengan mengagungkan itu berbeza. mmg laa kene ada keyakinan, dengan keyakinan tu laa orang masih lagi percaya dengan mazhab2 ni. hanya segelintir sahaja yang tak percaya. ....

yang menimbulkan hadis2 palsu tu adalah orang yang terlalu mengikut perasaan dan mempunyai kepentingan diri sendiri.

wallahualam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.050244 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list