CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5337|Reply: 30

Puasa Enam

[Copy link]
Post time 6-11-2006 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Puasa enam

Terjemahannya: Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: siapa yang berpuasa sebulan Ramadan kemudian diperikutkan puasa enam hari dari bulan Syawal adalah pahalanya sama seperti puasa setahun, (riwayat Muslim).

Huraiannya
Kelebihan ibadat puasa pada enam hari pada bulan Syawal amatlah besar, sehingga pahalanya dapat menyamai puasa setahun. Ini juga dijelaskan dalam hadisnya yang lain seperti berikut iaitu setiap hari sama dengan 10 kebaikan, jadi 30 hari sama dengan 300 hari dan tambah dengan enam hari sama dengan 60 hari, jadi jumlah semuanya adalah 360 hari iaitu menyamai bilangan hari dalam setahun.


Kesimpulannya
Fadilat ibadat puasa enam pada bulan Syawal amatlah nyata sehingga kalau dapat dilaksanakan pasti seseorang itu akan beruntung besar dan dapat menerima ganjarannya di sisi Tuhannya nanti.


*boleh tak waktu kita Puasa Enam nih, kita sekalikan dgn puasa kita yang tertinggal dlm bulan Ramadan tu hari?

TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2006 10:42 AM | Show all posts

Assalamualaikum..

saya forumer baru kat sini..baru jer daftar...salam ukhuwah utk semua forumer disini..

saya ingin mengucapkan selamat berpuasa enam di bulan syawal ini..segala amalan yang kita lakukan mendapat kerahmatan dariNya...aminn..
sekian...:lebai:
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 10:52 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

setahu aku, boleh.. kita kena berniat nak qadakan puasa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 10:53 AM | Show all posts
mmg boleh. tp lebih afdal kalo dulukan yg posa 6 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 11:18 AM | Show all posts
bleh ke kalau gabung puasa tiga sekali : pose enam, ganti ramadan ngan nazar?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2006 12:29 PM | Show all posts
assalamualaikum semua ... menurut setahu kita, baru aje kita tanya dgn ustaz, kalau kita ada hutang puasa ramadan ... sebaiknya lah (lebih afdal) puasa qada itu di dahulukan. eg.  kita berhutang puasa ramadhan 5 hari , jadi nya kita kena bayar dahulu puasa qadha itu dengan niat ... "sahaja aku puasa qada bulan ramadan di bulan syawal kerana Allah Ta'ala" jadi nya ada lagi satu hari untuk mencukupkan 6 hari ... maka selepas selesai kita qada yang 5 hari itu ... kita sambung lah lagi 1 hari ... jadinya 6 hari di bulan syawal ... selesai 6 hari itu ... kita tanya hati kita ... adakah kita masih larat untuk berpuasa 5 hari lagi untuk menjadi 11 hari: ia itu 5 hari yang qada, 6 hari yang sunat. kalau boleh maka kita teruskan ... ini yang terbaik. kalau kita hanya puasa 6 hari (5 qada + 1 sunat), pendapat ulama ini memang di bolehkan tetapi ... kita adalah di antara umat SAW yang kedekut untuk beramal.  Adalah yang tebaik jika dapat kita habiskan dahulu hutang puasa sebelum kita tambahkan lagi 6 hari bagi puasa sunat di bulan syawal.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2006 12:31 PM | Show all posts
Originally posted by aladin at 6-11-2006 10:53 AM
mmg boleh. tp lebih afdal kalo dulukan yg posa 6 tu.


membayar hutang puasa adalah Wajib ... puasa 6 adalah Sunat ... jadinya mestilah kita dahulukan yang WAJIB,
Reply

Use magic Report

fireunicorn_85 This user has been deleted
Post time 6-11-2006 04:06 PM | Show all posts
Originally posted by awoks at 6-11-2006 11:18 AM
bleh ke kalau gabung puasa tiga sekali : pose enam, ganti ramadan ngan nazar?


tak boleh.
sunat + sunat = boleh
sunat + wajib = boleh
wajib + wajib = x boleh
sunat + wajib + wajib = x boleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2006 05:15 PM | Show all posts
hendaklah dilaksanakan yang wajib dan kemudian laksanakan yang sunat...
1. qada+nazar: tak boleh
2. qada+sunat: tak boleh
sama dengan solat: tak boleh dikumpulkan yang wajib dan yang sunat...
tapi jika puasa itu termasuk dilaksanakan pada hari isnin dan khamis, maka ianya akan mendapat pahala sunat hari tersebut (isnin dan khamis)...wallahu'alam
Reply

Use magic Report

fireunicorn_85 This user has been deleted
Post time 6-11-2006 07:32 PM | Show all posts

Reply #9 gigi.tembaga's post

aku baru je dgr kat tv hari tu..x silap aku kat al-kulliyah ke halaqah tv9..ustaz tu ckp blh qada+sunat..
tp qada+sunat+nazar x blh..
Reply

Use magic Report

3sya This user has been deleted
Post time 6-11-2006 09:21 PM | Show all posts
banyak betul pendapat....!!

rasanya....saya buat puasa qada la dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 12:17 AM | Show all posts
Originally posted by merahbaiduri at 6-11-2006 12:31 PM


membayar hutang puasa adalah Wajib ... puasa 6 adalah Sunat ... jadinya mestilah kita dahulukan yang WAJIB,



betul.. cuma maksud saya, kalo nk kejarkan pahala puasa 6 tu, dulukan la yg nk dikejarkan. tp pendapat merahbaiduri tu betul jugak..:hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 02:22 AM | Show all posts
...ok...katakan aku telah tertinggal puasa selama 6 hari kerana uzur.... tetapi boleh tak aku mengqadakan puasa sekali dengan puasa 6 (sunat) dengan 2 niat tetapi 6 hari puasa sahaja???  
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 09:21 AM | Show all posts
mawar rasa tak digalakkan sgt le
sebab pose ganti tu ibarat mcm hutang(so wajib dibayar)
pose sunat lak ibarat sedekah(sebab nak pahala lebih)
so hutang bayar le hutang
sedekah kita sedekah lak mende lain
mana boleh kita kata inilah saya bayar hutang dan juga sedekah
kira 2 in 1 le

jd lebih baik tunaikan pose ganti dulu
kemudian baru le kita tunaikan yg sunat pulak
rasanya itu lebih afdal..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 09:39 AM | Show all posts
terus terang, apa yang aku faham selama ini ialah boleh berpuasa ganti dan sunat serentak..  
takde pun dengar konon ianya tak digalakkan..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 10:01 AM | Show all posts

Reply #3 Gemukkkkkkk's post

Puasa enam terbaik - Tunaikan secara berasingan

Oleh ZUARIDA MOHYIN

MENURUT Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Wan Abdul Fatah Wan Ismail, ibadat puasa mengandungi fadilat yang amat besar tanpa mengira sama ada ia wajib ataupun sunat.

  

Kenyataan ini, di sandarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis Qudsi riwayat Imam Bukhari bermaksud: Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendiri akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.

  

"Hakikatnya, hadis ini menyebut secara umum, tanpa mengira puasa itu sunat ataupun wajib. Di antara fadilat paling besar yang terdapat di dalam puasa enam dan puasa yang lain, iaitu Allah s.w.t. menjauhkan orang yang melakukannya daripada api neraka dengan jarak tujuh puluh tahun.

  

"Sabda Rasululullah s.a.w. dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim bermaksud: Sesiapa yang berpuasa semata-mata mencari keredhaan Allah s.w.t., nescaya akan Allah menjauhkannya daripadanya api neraka sejauh tujuh puluh tahun.

  

"Maka jelaslah di sini, dengan berpuasa kita akan dapat menyelamatkan diri daripada azab Allah s.w.t., walaupun ia hanya puasa sunat," kata Wan Abdul Fatah sewaktu ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

  

Tambah beliau, mereka yang melaksanakan puasa enam juga akan diberi ganjaran seperti berpuasa setahun. Ini dijelaskan di dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, diikuti enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya seperti ia berpuasa selama setahun genap.

  

Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil daripada sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang riwayat Imam an-Nasai bermaksud: "Berpuasa pada bulan Ramadan seolah-olah berpuasa selama sepuluh bulan dan puasa enam pada bulan syawal seperti berpuasa dua bulan."

  

Manakala di dalam kitab Sabila al-Muhtadin pula, dinyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari pada bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.

  

Selain itu kata beliau, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita pada bulan Ramadan ini kita teruskan juga pada bulan Syawal, walaupun sekadar enam hari.

  

Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana terpaksa atau kewajipan semata-mata tetapi kita melakukannya kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada Tuhannya. Semuanya bertujuan membersihkan diri dan menundukkan hawa nafsu.

  

Malah dari sudut kesihatan, terang Wan Abdul Fatah lagi, pada bulan Ramadan sistem pencernaan kita berehat selama sebulan pada siang hari, iaitu tanpa menerima sebarang makanan ataupun minuman.

Kedatangan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah lagi amalan masyarakat kita suka mengadakan rumah terbuka.

  

"Oleh itu, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.

  

Menjawab waktu yang terbaik untuk berpuasa enam, kata Wan Abdul Fatah secara amnya waktu untuk seseorang itu berpuasa enam ialah bermula pada 2 Syawal sehingga tamat Syawal.

  

"Namun berdasarkan pendapat para ulama, waktu yang terbaik, ialah memulakan puasa enam pada 2 Syawal. Walau bagaimanapun, tidaklah disyaratkan berbuat demikian, bahkan tetap akan mendapat pahala sekiranya melakukannya pada hari-hari lain pada bulan Syawal," katanya yang terbaik puasa enam hendaklah dilaksanakan secara berturut-turut tetapi sekiranya dilakukan secara berselang-seli juga tidak menjadi satu kesalahan. Ini sebagaimana dinyatakan oleh Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni Muhtaj.

  

Menjelaskan beberapa salah faham yang sering kali wujud berkaitan puasa enam, akui beliau persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam di antaranya ialah; Adakah harus menggabungkan dua puasa, iaitu puasa qada dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal? Manakah yang lebih afdal, sama ada digabungkan kedua-duanya ataupun dibuat berasingan?

  

Dalam hal ini, kata Wan Abdul Fatah, di kalangan para ulama mempunyai beberapa pandangan di antaranya;

i. Sudah cukup bagi seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat puasa qada pada bulan Syawal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran, sekali gus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qada terlebih dahulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.

ii. Ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada orang yang berniat kedua-duanya.

iii. ada yang menyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qada yang tertinggal pada bulan Ramadan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain pada bulan Syawal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam, sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah s.a.w. agar berpuasa pada bulan Syawal.

  

"Sebenarnya, bagi mereka yang mengqada puasa pada bulan Syawal dan berniat melakukannya bersama puasa enam, sememangnya telah mendapat pahala. Namun pahala yang diperoleh tentulah kurang daripada orang yang melakukannya secara berasingan, iaitu melakukan puasa qada terlebih dahulu. Setelah selesai qada, baru dilakukan pula puasa enam.

  

"Ini kerana kita berbalik kepada hadis yang dinyatakan sebelum ini, iaitu mereka berpuasa sebulan penuh dalam bulan Ramadan dan diikuti enam hari pada bulan Syawal, menyamai puasa selama setahun.

  

"Kemudian diperjelaskan lagi oleh hadis yang lain, iaitu berpuasa sebulan Ramadan sama dengan sepuluh bulan dan berpuasa enam hari pada bulan Syawal sama dengan dua bulan. Maka gabungan antara kedua-duanya menyamai setahun.

  

"Tapi bagi mereka yang meninggalkan puasa, sekalipun kerana uzur syarie dan tidak cukup bilangan hari seperti yang dinyatakan di dalam hadis, iaitu sebulan Ramadan dan enam hari Syawal, sudah tentulah tidak menyamai mereka yang berpuasa cukup bagi bilangan tersebut.

  

"Maka yang terbaik dilaksanakan ialah secara berasingan," kata Wan Abdul Fatah ini kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah s.w.t., memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan, sebagai seorang hamba mencari keredhaan Allah.

  

Beliau turut mengambil contoh lain seperti solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dua pahala sekali gus, iaitu bersama pahala solat tahiyatul masjid. Namun ia tidak menyamai dengan mereka yang terlebih dahulu solat tahiyatul masjid kemudian solat berjemaah.

  

Manakala dalam kes-kes yang pernah berlaku, iaitu seseorang telah meninggalkan puasa Ramadan yang besar bilangannya sehingga Syawal tersebut tidak memberikan kesempatan untuknya melakukan dua puasa yang berasingan. Maka yang manakah patut diutamakan, sama ada qada atau puasa enam.?

  

Kata Wan Abdul Fatah, menurut pendapat ulama dalam kitab Sabila al-Muhtadin, sekiranya masa tidak mencukupi untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal kerana mengqada puasa Ramadan, maka dia boleh mengqadanya dalam bulan Zulkaedah.

  

"Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa, sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qada akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah s.w.t," tegas beliau jelas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2006 12:19 PM | Show all posts
pendapat burn pun macam tu....qada adalah WAJIB maka hendaklah mendahulukan wajib barulah sunat....insya allah kita akn mendapat pahala yang sebaiknya dari Allah SWT...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 12:52 PM | Show all posts
Originally posted by burning_ash at 7-11-2006 12:19 PM
pendapat burn pun macam tu....qada adalah WAJIB maka hendaklah mendahulukan wajib barulah sunat....insya allah kita akn mendapat pahala yang sebaiknya dari Allah SWT...


Kesimpulan saya

Puasa 6 dengan qadha
Pilihan 1 : dicombined BOLEH.
Plihan 2 : diasingkan LEBIH BANYAK PAHALA

Puasa 6, qadha dengan nazar
Pilihan 1 : dicombined TAK BOLEH!!
Pilihan 2 : diasingkan Puasa 6 + qadha, nazar BOLEH
Pilihan 3 : diasingkan ketiga-tiga LEBIH BANYAK PAHALA


buatlah yang mana mampu. Inshaallah.

[ Last edited by  always_typo at 7-11-2006 12:54 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2006 11:20 PM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 7-11-2006 12:52 PM


Kesimpulan saya

Puasa 6 dengan qadha
Pilihan 1 : dicombined BOLEH.
Plihan 2 : diasingkan LEBIH BANYAK PAHALA

Puasa 6, qadha dengan nazar
Pilihan 1 : dicombined TAK BOLEH!!
Pilihan 2 : ...



Biarlah dapat berpuasa Enam, jangan sampai berposa, akhlak jadi JAHANAM sebab nak menunjuk yang kau orang berpuasa 6
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2006 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by Hari2mau at 7-11-2006 11:20 PM

Biarlah dapat berpuasa Enam, jangan sampai berposa, akhlak jadi JAHANAM sebab nak menunjuk yang kau orang berpuasa 6


Benar cik Hari2mau. Riyak itu merosakkan ibadat.

Tetapi, bagi saya,  kalau kita nak buat ibadat seperti sedekah sunat dan puasa sunat, jangan tunggu tak dak riyak 100% baru nak buat. Ramai manusia seperti saya ni amat lemah iman dan masih belajar.  Takut nanti sampai bila pun tak buat, rugi gak..

Permasaalahan ini, ada guru ugama saya beri cadangan, mula-mula lawan perasaan TAK MAHU  buat ibadat dahulu (contoh kedekut hendak bersedekah dan malas nak puasa sunat) dengan cara BUAT ibadat tersebut (lawan perasaan kedekut dan malas dan tipudaya syaitan). Kemudian kalau dah biasa bersedekah dan berpuasa, lawanlah perasaan riyak pula untuk meningkatkan kualiti ibadat tersebut.

Kita di akhir zaman ni lemah iman,  tak mampu nak lawan semua sekali gus jadi terpaksa buat berperingkat-peringkat gitu. .

Yang penting kena belajar cara-caranya, buat ibadat sunat tersebut, USAHAKAN YANG TERBAIK MENGIKUT KEMAMPUAN dan TINGKATKAN DARI MASA KE SEMASA dan sentiasa memohon ampun dan maaf dari Allah swt atas kelemahan kita.

Semoga dirahmati Allah sekaliannya.

Wallahua'lam.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:51 PM GMT+8 , Processed in 0.100488 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list