CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1899|Reply: 3

MEMBUKA PINTU KHAZANAH

[Copy link]
Post time 27-8-2007 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Tuan-tuan yang mulia,

Allah swt adalah tuhan yang mencipta langit dan bumi, tidak ada tuhan selain Allah. Allah swt maha kaya, Allah swt maha pemurah, Allah swt maha hebat. Didalam kehidupan kita didunia ini, tidak dapat tidak kita selalu memerlukan pertolongan, kadang-kadang apabila kita berhadapan dengan situasi yang mencemaskan, kita imbas kembali...kemanakah arah harapan hati kita?..adakah kita mengharapkan pertolongan Allah swt terlebih dahulu atau pertolongan dari makhluk.

Jika harapan hati kita terus memandang kepada kekuasaan Allah swt, Alhamdulillah. Jika kita terus memandang kepada makhluk..maka marilah kita belajar-belajar untuk bersandar kepada kekuasaan Allah swt. Sebagaimana yang dipraktikkan oleh nabi SAW dan para sahabat-sahabatnya. Nabi saw, apabila berlaku sahaja sesuatu maka tidak ada tempat lain lagi melainkan kepada Allah swt tempatnya mengadu. Begitu juga dengan para2 sahabatnya, apabila mereka perlukan sesuatu, atau minta perlindungan, atau apa-apa sahaja maka Allah swt lah tempat harapan dan pergantungan mereka. Inilah sebenarnya perkara yang perlu kita usahakan dalam kehidupan kita.

Tuan-tuan yang mulia, jika kita ingin bercakap dengan saudara kita melalui telefon, kita dail, jika betul no insyaallah boleh dapat, bagaimanapun beberapa syarat lain perlu juga ada, contohnya bateri hp yang mencukupi, ada kredit yg cukup, penerima sudi bercakap dan mendengar. Jika syarat-syarat tersebut semuanya sempurna insyaallah, kita boleh bercakap-cakap dengan saudara kita itu dengan jelas dan selesa. Yakni setelah syarat-syarat dipenuni.

Begitu juga dengan Allah swt, dia maha kaya dan maha kuasa, dan dia sendiri telah mengumumkan bahawa dia adalah tempat orang-orang beriman bertawakkal, meminta pertolongan, dan pula Allah swt tidak pernah tidur dan lalai. Setelah kita tahu kenapa kita masih mencari selain Allah swt tempat mengadu?, inilah kerugian yang besar, ibarat kata pengemis yang mengemis kepada fakir, tidak ada apa yang dapat diberikan. Begitulah kita, apabila kita bersandar kepada kekuatan dan kemampuan makhluk, kita akan keciwa, jika kita terus bergantung kepada Allah swt, kita akan berjaya. Sebab Allah swt telah memberitahu bahawa dia tempat orang-orang beriman bertawakkal dan berserah diri. Untuk mendapatkan perkara yang besar ini..kita perlu ada latihan dan percubaan...insyaallah bersambung...

[ Last edited by  kuman at 27-8-2007 11:31 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2007 11:39 AM | Show all posts
biasanya kita bersyukur apa yg kita minta tuhan berikan.pernah tak kita bersyukur dgn apa yg kita x minta dan tuhan berikan?

pernah bersyukur dgn udara yg diberikan? kemampuan kaki melangkah dan tangan mengangkat? kalo sehari kita x melepaskan angin,sudah cukup buat kita tersiksa spt setahun lamanya...pernah kah kita bersyukur ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2007 12:30 PM | Show all posts
Sambungan...

Apabila kita selalu berada dikelilingi oleh sebab, maka kita selalunya akan mengambil sebab yg terdekat dan mudah didapati, contohnya apabila sakit kepala kita terus cari panadol, cara ini dibolehkan tepi dengan syarat hendaklah kita iktiqadkan dalam hati bahawa ubat tak boleh menyembuhkan penyakit, ubat tak boleh beri mudarat dan manafaat, caranya" saya makan ubat Allah yang sembuhkan".

Bagaimanapun jika kita berada dalam situasai yang terhimpit seperti tersesat didalam hutan, kompas tak ada, tak tau mana haluan yang betul, perut pula lapar dan makanan tak ada, malam hampir tiba. Maka dimanakah letaknya hati kita ketika itu. Jika dalam situasi seperti ini maka kita akan merasa diri kita terlalu lemah dan kerdil, tidak ada daya dan upaya, tidak ada sebab untuk keselamatan kita, akhirnya kita berserah kepada Allah swt dan memohon bantuannya. Apabila hati kita telah putus asa dari makhluk, dan putus asa juga dengan diri kita yang dah lemah longlai tak mampu melangkah lagi. harapan kita hanya Allah swt sahaja lah ketika itu yang boleh membantu kita, insyaallah ketika ini datanglah pertolongan Allah. Perkara ini tidak perlu kita ragukan dan menjadi tanggung jawab Allah swt menolong orang-orang yang benar-benar meminta kepadanya dengan bulat hati.

Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, niscaya hilanglah siapa yang kamu seru kecuali Dia, Maka tatkala Dia menyelamatkan kamu ke daratan, kamu berpaling. Dan manusia itu adalah selalu tidak berterima kasih.(Al-Israa':67)

Atas perkara yang diatas, kita pula tidak pernah merasai keadaan seperti itu, maka kita tidak pernah melihat bantuan Allah swt. Bagaimanapun tidak perlulah kita mencuba mencari keadaan diatas, kecuali apabila terjadi maka kita syukurlah kerana Allah swt telah mengujikita dalam suasana tersebut dan kita dapat melihat sendiri bantuan darinya.

Bagi kita yang ingin mengadu kepada Allah swt, maka syarat- yang diatas mestilah ada, yakni hati kita sentiasa kosong dari mengharapkan bantuan dari makhluk, kecuali kepada Allah. Apabila hati kita benar-benar kosong dari selain Allah, maka Allah swt akan medengar permintaan kita dan memberikan bantuan kepada kita. keyakinan kita kepada Allah swt hendaklah bulat.

Atas perkara ini latihan adalah sangat diperlukan dengan niat belajar untuk betulkan keyakinan kita kepada Allah swt dan membulatkan tekat dan meletakan harapan hanya kepada Allah swt. caranya adalah dengan perantaraan solat.

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',(Al-Baqarah:45)

Dizaman nabi SAW dan para sahabat2nya solat dua rakaat sahaja boleh menyelesaikan masalah dunia dan akhirat, ada kisah dengan 6 rakaat solat sahaja, kisar gandum berputar sendiri dan mengeluarkan gandum(kisah saidina Ali), ada juga sahabat yang membeli sekeping tanah yang kering kontang, untuk menyuburkannya dia solat beberapa rakaat kemudian minta kepada Allah swt turunkan hujan, maka hujanpun turun, tetapi yang anihnya hujan turun hanya ditanahnya sahaja tetapi di luar sempadan tidak ada hujan. Ada juga yang kaldainya mati dalam perjalanan,  maka dia solat dan minta kepada Allah swt minta bantuan, maka Allah swt hidupkan semuala keldainya, dan umur keldai itu lebih panjang pula dari umur tuannya, ada jiga kisah bagaimana tentera islam yang menyeberanggi lautan dengan menunggang kuda, hanya dengan meminta kepada Allah swt selesaikan masalah mereka kerana tak ada sampan nak dinaiki, akhirnya mereka bertaubat dan solat 2 rakaat, kemudian mereka menyeberangi lautan tersebut dalam keadaan kaki kuda pun tak basah.



insyaallah bersambung....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2007 04:00 PM | Show all posts
Dan pada hari ini, sebagaimana para sahabat2 meminta kepada Allah swt, kepada Allah swt juga kita meminta, tuhan yang sama. Bagaimanakah perkara ini bolehkah kita capai?.. jawapannya boleh, yakni dengan kaedah yang sama yang diamalkan oleh nabi SAW dan para2 sahabat2nya.

Pertama sekali kita hendaklah yakin kepada kekuasaan Allah swt, untuk menguatkan keyakinan kita kita lihat, baca dan resapi janji2 Allah dalam Al-Quran diantaranya:

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',(Al-Baqarah:45)

Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu , sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.(Al-Baqarah:153)

Dia lah Tuhan yang menguasai timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan urusanmu.(Muzammil:9)

Katakanlah: "Siapakah yang menyelamatkan kamu dari bencana-bencana di darat dan di laut? (Ketika) kamu berdoa merayu kepadaNya dengan merendah diri (secara terbuka) dan secara bersembunyi, (dengan berkata): "Demi sesungguhnya jika Allah selamatkan kami dari bencana ini nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang bersyukur". (Al-An'aam:63)

Hanya Engkaulah yang kami sembah,  dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.(Al-fatihah:5)

Dari sini jelaslah kepada kita hanya kepada Allah tempat kita meminta pertolongan, meletakan harapan, dan bertawakkal bulat-bulat kepadanya. Sekarang bagaimana caranya untuk kita melatih diri, supaya hubungan kita dengan Allah swt sentiasa betul, keyakinan kita kepada Allah swt juga mencapai ketahap haqqul Yakin. Pertama sekali kita cubalah selalu dan kerap bertaubat kepada Allah swt, supaya diri kita sentiasa berada dalam keadaan selalu bertaubat, sebab Allah swt menyukai orang yang suka bertaubat dan membersihkan diri. Kemudian apabila kita berhadapan dengan sebarang masalah, kita solat dan minta kepada Allah, contohnya sakit kepala, solat dulu kemudian baru cari panadol, begitu juga dengan masalah-masalah lain, contohnya di tempat kerja, dalam urusan rumahtangga, dan apa-apa sahaja kita kedepankan meminta pertolongan kepada Allah melalui solat dan bersabar. Dalam hati kita juga hendaklah sentiasa meletakan harapan dan yakin kepada janji2 Allah swt dan bertawakkal kepadanya sahaja. Kemudian kita solat dua rakaat satu salam, dua rakaat satu salam, sehingga sangka baik kita kepada Allah swt menjadi betul, dan sehingga yakin kita kepada Allah menjadi jazam. Selagi doa kita tidak dimakbulkan teruskan dengan rakaat2 seterusnya, boleh 8 rakkan atau 12 rakaat, dan seterusnya. Jika sudah malas lakukan pula pada malam esoknya pula, kemudian lakukan juga pada hari2 seterusnya, sehingga datang kusyu dan yakin dalam hati, dan sehingga Allah swt makbulkan. Insyaallah dengan cara ini, amalkan selalu supaya yakin kita kepada Allah akan bertambah apabila doa-doa kita satu demi satu makbul, dan makin lama makin cepat makbulnya, kalau mula2 seminggu baru makbul, lama kelamaan 3 hari sudah makbul, lama kelamaan akhirnya dengan dua rakaat sahaja sudah makbul, yakni kekuatan yakin kita telah sempurna seperti mana sahabat2 Rasulullah, dengan dua rakaat sahaja selesai segala masalah.

Allah swt tidak suka kepada orang yang ragu dengan kudratnya, sebab itulah orang yang yakinnya betul kepada Allah swt, dia telah mendapat mengambil sesuatu dalam khazanah Allah dengan perantaraan dua rakaat. Dengan ini hati kita akan merasa kaya dan tenang kerana bersandar dan bergantung terus kepada Allah?, sebab itulah nabi SAW tidak suka menjadi orang kaya, dan dia lebih suka hidup dalam kemiskinan, tapi pada haqiqatnya apa yang beliau inginkan beliau boleh ambil terus kedalam khazanah Allah swt dengan perantaran SABAR, SOLAT dan DOA.

Insyaallah tuan mulia, kita amal dan kita sampaikan. Inilah pusaka Nabi SAW, yang tidak ada pada orang yang tidak beriman kepada Allah swt.


[ Last edited by  kuman at 27-8-2007 04:29 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:36 AM GMT+8 , Processed in 0.134381 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list