CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2649|Reply: 24

Nak minta tolong..

[Copy link]
Post time 19-10-2008 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Salam..

Saya tak tahu nak buat tajuk apa, saya dalam kebuntuan...
kisah mak dan ayah saya...

Saya cuma nak pendekkan saja kisah yang menghatui saya ini. Saya tak lena tidur dan asyik menangis sepanjang malam dan siang.
Mak saya telah berzina dengan lelaki lain, bila ayah saya tanya dia tak mengaku dan ayah saya telah melafazkan..
''jika kau berzina, maka antara kita dah tak ada apa-apa lagi,'' dengan maksud ceraikan mak.

Kisah ini berlaku sudah setahun lebih, dan kini mak saya mengaku dengan ayah yang dia benar2berzina

Apa yang harus dibuat dalam kes ini..?

Ayah saya seorang yang berpenyakit, umurnya yang hanya melewati 60 tahun seolah2 sudah berusia 80 tahun. Ayah sering sugul dan menangis, saya sangat kesian dan sedih melihat ayah, tapi apa yang boleh saya lakukan? menangis bersamanya, memujuknya bersabar..... apa lagi yang saya boleh lakukan...???? saya nak bantu ayah tenang, kerana saya sendiri tak boleh tenang dan asyik menangis di sepanjang malam.

Ayah dah maafkan semua kesalahan mak... ayah sangat baik dan sabar, namun dia sering menangis, merintih... saya jadi semakin sedih melihat ayah. Mak pula, walaupun dia dah mohon maaf dengan ayah dan berkata dia sudah bertaubat, tapi layanan dia tetap tidak sempurna pada ayah... saya tak nampak di mana taubat dia, dia tetap garang dengan cucu2nya.. tetap suka mengata2 orang lain, tetap marahkan ayah di hadapan kami dan menyindir2 ayah... (mak tidak tahu saya sudah tahu hal ini sebab ayah cakap kepadanya ayah tidak bagitahu sesiapa)

Bantulah saya menenangkan ayah, bantulah saya untuk buat mak saya berubah... mak seorang yang sangat keras kepala.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2008 11:16 AM | Show all posts
Ya Allah....besarnyer dugaan yg ko dpt..
aku just boleh ckp bykkan bersabar...aku bersimpati ngan ko..

pada nasihat aku ko jumpa ngan imam tempat ko...mintak pendapat dia...
benda besar ni...bukan leh buat main2
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 11:21 AM | Show all posts

Balas #1 pepasir\ catat

hmmm.... besar juga dugaan mu.....

dan terruskan lah tenangkan bapa mu, kesian dia....

dan teruskan niat nak ubah mak mu itu....kesian dia juga....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2008 11:53 AM | Show all posts

Reply #2 baroque's post

Saya tak boleh pecahkan rahsia ini... ayah sudah memesannya dan saya jaga amanah ayah ini sampai pecah dada saya pun.

Ayah juga tidak ingin memalukan mak, dan ayah tak ingin saya menjadi malu kerana perbuatan mak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2008 11:56 AM | Show all posts

Reply #3 ussopp's post

Sebelum ini saya hanya menonton drama2 di tv tentang isteri/suami curang. Ia hanyalah sebuah drama saja...tapi bila semua ini terjadi kepada keluarga saya, saya rasa ia seperti sebuah mimpi, dan saya harap bila saya terjaga dari tidur mimpi itu hilang.

Tapi ternyata semua ini benar dan ia terus menghantui saya
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2008 05:21 PM | Show all posts

Reply #5 pepasir's post

mak kau buat bende tu sebelom atau selepas kawen ngan bapak ko?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2008 10:27 AM | Show all posts

Reply #2 baroque's post

takyah laa tanya imam... simpan dalam forum ni udah... ko ingat dia nak bgtau ke sumer ni kalo tak wujud forum camni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 10:29 AM | Show all posts

Reply #1 pepasir's post

ape pun... meremang bulu roma...

nasihat mak kamu betul2... marah la mak kamu dgn niat utk ubah perangai... sblm kita mati...

aku pun berpesan pada diri aku jugak...

stop living with the past....live for the future...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2008 10:38 AM | Show all posts
aku pun x pandai nasihat... tapi itu je yang aku mampu katakan...

semoga jadi pengajaran pada kita semua... berdoalah byk2 agar jangan berlaku lagi dalam masyarakat kita...

dan lebih baik jgn tau sape lelaki itu... takut menyakitkan hati lagi ada....:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 10:42 AM | Show all posts
langkah pertama aku is kalu mestilah rujuk hal ni kat pejabat agama. Sbb aku risau ni mak kau ni mcm dah jth talak wlu dia dah bertaubat. lg pun ayah kau dah lafazkan mcm tu.   mmg besar kes n dugaan ni. Apapun kau kn jd anak yg rapat ngan ayah. bg dia sokongan moral n semangat utk trskan kehidupan ini dlm sebaik2 iman. Ckplah pd dia bila kita diuji maknanya Allah sdg berbicara ngan kita. ok
aku harap sgt ayah kau tabah. Sabar.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 10:59 AM | Show all posts

Balas #11 wjc610\ catat

aku setuju part ni...

sbb skrg mak n ayah ko tu jatuh talak ke tak?
takutnye.. dah jatuh talak, lg susah.

++walaupun ko janji pecah perut etc, tapi ni aku raselah mcm xleh buat main2 gak ek hukum hakam ni.
ntah la.. aku ni cetek... aku suka kasi pdgan dr ikut akal logik aku je.

pepun.. aku rase xsalah ko try tanya pejabat agama or imam mcm sapa suggest td.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 11:34 AM | Show all posts
my 2 cents...

sekalung tahniah buat anda kerna Allah memilih anda utk mendapat darjat anak yg soleh...
sekalung takziah buat anda juga kerna menghadapi dugaan yg besar didunia. moga dugaan ini menjadikan anda seorg insan yg tabah... moga syurga menjadi balasan terhadapmu saudaraku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2008 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by trusnowan at 20-10-2008 10:38 AM
aku pun x pandai nasihat... tapi itu je yang aku mampu katakan...

semoga jadi pengajaran pada kita semua... berdoalah byk2 agar jangan berlaku lagi dalam masyarakat kita...

dan lebih ba ...


Dah tahu sape lelaki tu
pembantu restoran mak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2008 12:34 PM | Show all posts

Reply #10 wjc610's post

Ayah dah pun akad nikah semula dengan mak, maafkan kesalahan mak dan menggesa`mak bertaubat nasuha.

Saya sedih kerana ayah terlalu baik, dalam masa yang sama dia trauma dan tertekan dengan kelakuan mak, pada kamilah dia meluah perasaan dan menangis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2008 12:36 PM | Show all posts

Reply #10 wjc610's post

kalau mak menjadi lebih baik dari sekarang ini, nampak keilkhlasan dan terpancar nur dari taubatnya, saya tidak rasa semuanya sangat membebankan perasaan saya.. tapi peribadi mak kelihatan sama saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2008 01:02 PM | Show all posts
Originally posted by mejik at 20-10-2008 11:34 AM
my 2 cents...

sekalung tahniah buat anda kerna Allah memilih anda utk mendapat darjat anak yg soleh...
sekalung takziah buat anda juga kerna menghadapi dugaan yg besar didunia. moga dugaan in ...


Saya terlalu jauh untuk mendapat darjat tersebut... kerana di hati saya sangat membenci mak.
Ayah seringa menasihati saya, walaupun mak jahat kepada dia, tapi itu adalah mak saya dan saya jangan derhaka pada mak...

Saya menangis semahu2nya... ayah masih sabar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2008 01:21 PM | Show all posts
hebatnya dugaan mu pasir, semoga kamu tabah menghadapinya dengan positif.Jangan sesekali membenci ibumu, kamu tidak layak.Dosa ibumu balasan dan hukuman biar yg ESA tentukan. Kamu, anak yg dikandung selama 9bulan, dilahirkan penu kesakitan dibesarkan cukup makan pakai tidak layak membenci akan ibumu.

terigt aku dgn kisah nabi idris, aku bercerita serba ringkas.nabi idris bertanya kan pada malaikat siapakah jiranya di syurga kelak, maka malaikat menunjukkan nya siapa gerangan jiranya. sesampai dirumah tersebut, alangkah terkejutnya nabi idris karna org itu membela dan melayani 2ekor babi dengan penuh kasih sayang.rupanya kedua babi tersebut adalh ibu bapa kandung lelaki itu. Allah taala menukarkan kedua ibu bapa lelaki tersebut menjadi babi diatas dosa mereka, Tetapi si anak tidak sesekali menghindari ataupun membuang kedua org tuanya itu,malah dia terus mentaati kedua ibu bapanya.memandikan mereka membelai mereka bersihkan mereka DLL.seolah-olah menjaga dan melindungi mereka seperti tiada apa yg berlaku terhadap kedua org tuanya itu

jadikanlah teladan. walaupun besar dosa ibumu, sebagai anak kamu tidak layak sesekali menjatuhkan hukum keatasnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-10-2008 03:52 PM | Show all posts

Reply #17 abudin's post



Saya tak dapat mengangkat muka untuk memandang wajah mak... saya pendam perasaan benci dalam hati yang jauh kerana takut derhaka, kerana janji saya pada ayah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2008 05:49 PM | Show all posts
Baek tu ayah ko..... klu kene org laen dah makan penampo....

Rujuk le pejabat agama utk selanjutnyer....
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 01:00 AM | Show all posts
Originally posted by pepasir at 21-10-2008 12:36 PM
kalau mak menjadi lebih baik dari sekarang ini, nampak keilkhlasan dan terpancar nur dari taubatnya, saya tidak rasa semuanya sangat membebankan perasaan saya.. tapi peribadi mak kelihatan sama saja.


Salam...

Sebagai anak adalah menjadi tanggungjawab untuk taat kepada kedua ibu bapa selagi tidak menyalahi hukum dan batas agama.

Adalah sukar bagi anak untuk nasihat ibu atau bapanya sendiri, melainkan mereka yang minta nasihat. Dalam kes ni kena banyak doa dan sabar. Orang yang paling layak bawa ke tengah kes ni adalah ayah awak sendiri, cuma mungkin dia perlukan bantuan dan semangat untuk mengatasi masalah ni sebab tu dia luahkan perasaannya pada anak.

Mungkin juga mak awak dah bertaubat, tapi bukannya mudah berubah dalam masa yang singkat. Persekitaran juga menyebabkan seseorang itu menjadi sukar berubah. Kalau ada masa buatlah cadangan bercuti dan keluarlah dari suasana kerja.

Yang penting tunjukkan taat dan berbaik pada ibu, walaupun pahit. Tiada manusia yang tidak melakukan kesalahan, sebaik-baik manusia adalah yang selalu bertaubat. Kalau tak bertaubat itu urusan dia dengan Allah.

Yang penting jaga adab dan tanggungjawab sebagai anak, bantulah ayah setakat yang mampu. Bantulah ibu juga kalau dia memerlukan, kalau dia seperti tidak memerlukan apa2 bantuan dan tidak hiraukan anak2 bincanglah dengan ayah baik2 pasal masalah dalam rumah.

Semoga Allah beri petunjuk kepada ayahmu untuk membuat pilihan terbaik, dan semoga Allah bantu ibumu untuk berubah.

[ Last edited by  mnm77 at 22-10-2008 01:02 AM ]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.533422 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list