CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1516|Reply: 0

Renung dan fikir....

[Copy link]
Post time 19-2-2010 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Disebalik hiruk pikuk di tengah kota raya, keindahan lampu neon dan keindahan pemandangan bangunan pencakar langit, marilah kita merenung seketika tentang maksud Tidak Ada Yang Maha Hebat Melainkan Allah swt.

Zaman silih berganti, dunia semakin berkembang, teknologi semakin pesat. Namun janganlah kita dikaburi oleh itu semua. Segala keindahan, kehebatan, kekuasaan dan pencipta yang agung adalah Allah swt. Jika kita memikir dan merenung sedalam-dalamnya kita akan dapati bahawa apa yang kita nikmati ini semuanya datang dari Allah swt. Janganlah kita kagumi teknologi terkini melebihi dari kagum kepada Allah swt.

Dunia dirasa semakin kecil dengan adanya teknologi telefon, kita boleh bercakap dengan orang lain dalam jarak beribu batu. Kita boleh pergi dari satu negara ke negara lain dalam beberapa jam sahaja dengan kapal terbang. Dan teknologi bom Atom yang telah memusnahkan bandar Hiroshima dan Nagasaki di jepun dengan izin Allah swt.

Mari kita renung, dari manakah datangnya tenaga elektrik, siapakah yang mencipta dan menyediakannya. Jika ditanya kepada kanak-kanak mereka jawab TNB. Jika di renung kembali, Allah swt yang sebenarnya pencipta segala itu. Punca elektrik dijana dari empangan sungai, arang batu, cahaya matahari dan lain-lain, semua punca asas ini disediakan oleh Allah swt. Manusia hanya boleh mengambil manafaatnya sahaja untuk menjana elektrik, mengolah punca tadi menjadi medan magnet lalu menghasilkan elektrik. Jika tidak ada sungai, arang batu, cahaya matahari dan medan magnet, manusia tidak boleh berbuat apa-apa.

Dengan erti kata lain, sains adalah cabang ilmu ukur untuk mencari dan mengkaji sesuatu perkara atau kemudahan yang telah di sediakan oleh Allah swt untuk kegunaan manusia. Masih banyak lagi perkara yang tersembunyi dan tidak terbilang jumlahnya, ada yang akal manusia tidak mampu mencapainya, hanya dengan bantuan maklumat dari Al-Quran dan Hadist sahaja ia dapat dibongkar. Mari kita terus merenung...kehebatan Allah swt.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.753457 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list