Susulan kemunculan sulung Johnny Depp di laman TikTok menerima sambutan padu, bekas isterinya iaitu Amber Heard tampil dengan respons berbaur sindiran.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Jurucakap Amber menyampaikan mesej yang menyindir kenyataan ‘bergerak ke hadapan’ dalam kapsyen kemunculan sulung Johnny di laman TikTok.
Kredit foto: Vanity Fair
"Seperti yang dikatakan Johnny, dia akan bergerak ke hadapan. Tetapi, hak wanita kini bergerak ke belakang.
Keputusan mahkamah tempoh hari menghantar mesej kepada mangsa keganasan rumah tangga untuk takut.. dan jangan bersuara."
Terdahulu, Johnny membuat kemunculan di laman itu dengan sebuah video yang berjaya meraih tujuh juta pengikut, serta lebih 11 juta tontonan dalam masa 14 jam.
Hantaran tersebut adalah kompilasi klip-klip Johnny melambai kepada para peminatnya, bermain gitar di atas pentas, dan menulis menggunakan ‘typewriter’.
Kapsyen pada hantaran sulung itu didedikasikan buat penyokong setianya.
sembang kari...fight utk hak wanita kunun. nak fight utk hak wanita, jangan menipu dalam court, kau tak habis2 dengan cerita delusional kau tu...evidence satu pon ko tak dapat tunjuk. puiii~
An interesting discussion may be valued at comment. I do believe that you ought to write on this topic, may well certainly be a taboo subject but usually individuals are not enough to communicate on such topics. To a higher. Cheers