CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5867|Reply: 12

[Tempatan] Kerajaan mahu gantung anggota parlimen Bersatu, Wan Saiful, 6 bulan kerana gelar Anwar korup

[Copy link]
Post time 5-3-2024 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan mahu gantung Wan Saiful 6 bulan kerana gelar Anwar korup

https://www.malaysiakini.com/news/698206

Diterbitkan:  Mar 4, 2024 10:01 PM⋅
Dikemaskini: 10:01 PM



Kerajaan berhasrat menggantung anggota parlimen Bersatu Wan Saiful Wan Jan daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan kerana mendakwa Perdana Menteri. Anwar Ibrahim menyalahgunakan kuasa.

Menurut kertas aturan urusan mesyuarat di Dewan Rakyat esok, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi akan mengemukakan usul untuk menggantung Wan Saiful (PN-Tasek Gelugor) esok.

Usul itu akan dikemukakan selepas sesi soalan jawab lisan tamat pada jam 12 tengah hari.

Wan Saiful membuat kenyataan tersebut Rabu lalu ketika membahaskan titah titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di parlimen.

Berdasarkan hansard Parlimen - Wan Saiful mengulas titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membanteras rasuah sebelum baginda dilantik sebagai Agong pada Disember lalu.

"Korup itu maksudnya menyalahgunakan kuasa. Ampun tuanku, orang itu yang menyalahgunakan kuasa itu akan menghadap tuanku setiap minggu sebelum mesyuarat kabinet," kata Wan Saiful.

Kenyataan itu jelas merujuk kepada Anwar selaku perdana menteri, yang mengadakan mesyuarat pra-kabinet dengan Yang di-Pertuan Agong setiap minggu.

Dakwaan itu mencetuskan kekecohan, sehingga memaksa Wan Saiful menarik balik kenyataannya atas arahan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul.



Wan Saiful berkata dia kesal dengan arahan speaker, tetapi tetap mematuhinya.

Dalam usul yang dikemukakan Zahid, seperti yang tertera dalam aturan mesyuarat, Wan Saiful juga didakwa telah menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong untuk mempengaruhi Dewan rakyat.

“Kenyataan yang dibuat Yang Berhormat Tasek Gelugor merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen, serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

“Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat Wan Saiful Wan Jan, ahli parlimen Tasek Gelugor hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam bulan dari tarikh usul ini diluluskan,” menurutnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Minggu lepas claim individu nama farhan kononnya dr kerajaan nak merasuah dia. Tp bila suruh repot sprm tanak pula. Buang masa dewan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Wadehekkk ..
Bukan ke mp2 kebal dari undang2 ke bila berbahas dalam parlimen...
So betui la org ckp kau korup...puihh
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tunggu kes korap dia di mahkamah mac ini. Tu yg  dia dah  ngelupur..tuduh orang lain korup. Ujung ujung  dia mungkin  direhatkan tanpa gaji  6bulan
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:33 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 5-3-2024 12:45 PM

Si katik bodoh ni terang2 kantoi membohong dlm parlimen..damage beyond repair..smpai walaun pun malu-maluin nak masuk bekap






Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali jangan la tuduh Nuar korup  Wan Sepol woi.... Tuduh orang korup sesuka hati tu hak ekslusif Nuar.

Lain kali ko tuduh je Nuar peliwat.... Takde sape boleh nafikan tuduhan tu termasuklah mahkamah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2024 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama je ko dgn bang non, sama2 corrupt...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2024 01:03 PM | Show all posts
alahai cpt koyak lak...bkn ahlul politik ni smua kalis kecaman ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 5-3-2024 12:49 PM
Lain kali jangan la tuduh Nuar korup  Wan Sepol woi.... Tuduh orang korup sesuka hati tu hak ekslusi ...

Last year dh ada yg tuduh nuart peliwat dlm parlimen sistur, klau x silap Razi jidin, yg terpekik terlolong suh tarik balik mp ulu langat......nuart tersenyum sinis x terkata apa pun......org dulu2 ckp diam tnda setuju
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 5-3-2024 03:52 PM
Last year dh ada yg tuduh nuart peliwat dlm parlimen sistur, klau x silap Razi jidin, yg terpekik  ...

Nuar peliwat Tue bukan tuduhan..Dan fitnah..itu mmg da dijatuhkan hukuman dgn makhamah..even pmx da jadi pmx.. pun x nak cabar keputusan makhamah utk clearkan Nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2024 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
oklatu85 replied at 6-3-2024 10:11 AM
Nuar peliwat Tue bukan tuduhan..Dan fitnah..itu mmg da dijatuhkan hukuman dgn makhamah..even pmx d ...

Tu la pasal....tp ada pengikut dia nk mintak laksanakan qazaf sbb pitenah nuart
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 09:31 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 7-3-2024 09:35 AM
MissYouSayang replied at 5-3-2024 12:20 PM
Wadehekkk ..
Bukan ke mp2 kebal dari undang2 ke bila berbahas dalam parlimen...
So betui la org ckp  ...

kalo dalam Dewan tu DSAI kata Wan Chepul & Eddy Wang korup?

bole?

--

kalo btol korup..

naper x report SPRM?

kalo tuduh orang..

kena tunjuk bukti..

bukan suka2 tuding jari macam:

dia ni pencuri

dia tu perogol

dia tu perasuah

tuduh kena ada bukti

kalo ko suka2 tuduh tanpa bukti - ko x der karisma jadi pemimpin



Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2024 09:33 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 7-3-2024 09:36 AM

jika DSAI tak buat perbuatan meliwat

semoga mereka2 yg menuduh liwat..

dilaknat Allah SWT dunia, alam barzakh & akhirat

mcm doa sumpah laknat Bijan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.073782 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list