CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 23201|Reply: 38

[Jenayah] 11 alas kaki bercetak seperti Kaabah dirampas Jabatan Agama

[Copy link]
Post time 13-4-2024 09:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 13-4-2024 09:11 PM

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Negeri Johor merampas 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat, di sini, sehari sebelum Aidilfitri lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johkr, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, tindakan itu susulan aduan orang awam terhadap pasar raya terbabit yang menjual alas kaki berkenaan sempena sambutan Aidilfitri.

Menurutnya, pasar raya berkenaan juga sudah dipanggil bagi memberi kenyataan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

“Sebenarnya tindakan pemeriksaan dan pemantauan sudah dibuat sehari sebelum Aidilfitri susulan aduan awam, selain ia tular di media sosial.

“Hasil pemeriksaan, 11 unit alas kaki dengan gambar Kaabah itu sudah dirampas dengan pemantauan juga masih berterusan di seluruh negeri ini.

“Kenyataan tidak dikeluarkan sebelum ini bagi menghormati sambutan Aidilfitri selain meredakan kerisauan awam,” katanya ketika dihubungi.

Sehari sebelum Aidilfitri lalu, tular di media sosial berhubung alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat.

Seorang pengguna memuat naik gambar alas kaki itu, selepas beliau terkejut apabila mengamati gambar tertera adalah Kaabah atau Baitullah al-Haram yang menjadi kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram, Mekah.

“Ingatkan sejadah sebab ada gambar Kaabah, tapi rupanya alas kaki untuk lap kaki,” katanya dalam muat naik di media sosial. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2024 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Saje kaum tu nk cari pasal
Pastu ckp dorg ditindas plak
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2024 09:57 PM | Show all posts
Ala....mintak maaf setel. Kalau Melayu terus 3R...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2024 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin menjadi2 pulak ni. Lepas ni apa pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam potong satu corner dari kain baldu untuk sejadah dan dijahit jadi kain alas ni. Kilang China lagi ke yang dok guna baki bahan2 dari order lain untuk keuntungan maksimum dan pembaziran minimum?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2024 11:25 PM | Show all posts
primarikey replied at 13-4-2024 09:48 PM
Saje kaum tu nk cari pasal
Pastu ckp dorg ditindas plak

Syarikat Bumiputera yang buat.   Jangan lupa demo depan syarikat dan campak molotov tau..




Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2024 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 13-4-2024 10:32 PM
Macam potong satu corner dari kain baldu untuk sejadah dan dijahit jadi kain alas ni. Kilang China l ...

Kilang China la tu ..nak jimat kos buat design...so pakai design lama pencetak lama.. template lama

Sebab tu jangan beli barang mass production.

Selama hari ni memang sejadah semua Made in China dan diorg recycle je corak, templete tu pada product lain contoh karpet atau alas kaki...nak jimat kos.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 14-4-2024 12:14 AM
Kilang China la tu ..nak jimat kos buat design...so pakai design lama pencetak lama.. template lam ...

Oo kisahnya. Macam tu cara kilang jimat kos.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2024 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_almondpecan replied at 14-4-2024 12:16 AM
Oo kisahnya. Macam tu cara kilang jimat kos.

Template tu semua mahal... block2 design tu bukan murah.

Tapi diorang buat untung dari mass production utk dapat jualan tinggi pada harga murah.

So recycle templete tu dan potong je lah.

Bukan nye orang Islam kerja beli sejadah je tiap tahun, ada sesetengah tu nak yang high quality untuk sembahyang.

Ekonomi China bukan nye bagus sangat 5 tahun sebelum ni sampai sekarang.

Kalau beli mug mug ceramic murah tu pun senang pecah macam tak cukup bakar atau campuran tanah liat tu tak berkualiti lagi...berbeza dgn ceramic yg diorg buat secara mass production dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok masuk list ke aeon boikot?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
123456 replied at 13-4-2024 11:25 PM
Syarikat Bumiputera yang buat.   Jangan lupa demo depan syarikat dan campak molotov tau..



Boikot tetap boikot
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 01:13 AM | Show all posts
Ada satu hal yg saya ingin ceritakan di sini iaitu di rumah saya ada beberapa helai sejadah besar yg tidak lagi ingin saya gunaka untuk solat. Entah bila saya beli pun saya tak ingat, ada juga ianya hadiah 'door gift' drp majlis khenduri di rumah teman2.  Saya tak ingin gunakan sejadah2 trs kerana lakaran rajah yg terdapat di sejadah memberi ilusi yg memesongkan. Tak tau kenapa saya boleh terlihat lakaran wajah yg tak sepatutnya ada, apalagi untuk mencecahkan dahi ketika bersujud. Lebih baik saya gunakan sejadah yg polos tanpa ada lakaran masjid dn gunung2. Ataupun saya akan lapik atasnya dgn tuala kecil/kerudung dn sejadah trs hanyalah sekadar lapik untuk duduk istidraj. Sejadah2 yg tidak dipakai lagi tu kadang2 saya gunakan menggantikan tikar buat melipat baju atau baring2an.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 14-4-2024 12:24 AM
Template tu semua mahal... block2 design tu bukan murah.

Tapi diorang buat untung dari mass produ ...

Makin merudumlah nampaknya. Thanks for the info.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
123456 replied at 13-4-2024 11:25 PM
Syarikat Bumiputera yang buat.   Jangan lupa demo depan syarikat dan campak molotov tau..



oh kampeni melayu. patutnya mmg sejadah, tp item code kampeni ni pakai bg kompius acik aeon. ok
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Pesen ffluffy mcm ni mmg rasa cam alas kaki
Ada satu tapi full size so nak lipat tu mmg tegak je kena masuk almari
I yg hat nipis tu pun okay je sbb boleh gantung kat hanger or towel rack. Nak basuh pun senang masuk mesin
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
depa claim itu mini sejadah. bodoh tk tgk ke coraknya gambor apa.  tk tau nk beza mini sejadah dgn alas kaki?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2024 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Samerosie at 14-4-2024 07:38 AM
123456 replied at 13-4-2024 11:25 PM
Syarikat Bumiputera yang buat.   Jangan lupa demo depan syarikat dan campak molotov tau..




Akmal stoskin pun kembang kempis idung bangga kempen boikot cum molotov nya berjaya.  Tak lama lagi katanya aku akan jadi menteri besar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols ingatkan sejadah.. doormat hangpa pakai baldu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 11:07 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 13-4-2024 07:15 PM

Tapi jika gambar kaabah sekalipun tak ada masalah dipijak.



sejadah
button test
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 14-4-2024 07:29 AM
depa claim itu mini sejadah. bodoh tk tgk ke coraknya gambor apa.  tk tau nk beza mini sejadah dgn a ...

Boleh tanya dkt A&R Fashion Collection. Pembekal pakaian muslimah 100% bumiputera apasal diorang taktau mcm mana rupa sejadah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.187153 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list