CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10542|Reply: 0

[Tempatan] Lebih tiga jam tangkap buaya tembaga 900kg

[Copy link]
Post time 10-5-2024 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Buaya tembaga yang berjaya ditangkap diserahkan APM kepada JHL Lahad Datu.

LAHAD DATU: Seekor buaya tembaga berjaya ditangkap selepas tersangkut pada pukat penduduk kampung dalam kejadian di Sungai Nipah Tambisan di Felda Sahabat, pada Rabu lalu.

Buaya jantan yang mengalami kudung pada kaki depan sebelah kiri itu dianggarkan seberat 900 kilogram dan hanya berjaya ditangkap selepas lebih tiga jam operasi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lahad Datu, Kapten (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung pada jam 9 pagi.


"Sepasukan anggota APM dikejar ke lokasi sebaik menerima laporan tersebut dan operasi menangkap buaya dilakukan dengan menggunakan kaedah tali.

"Kami mengambil masa selama lebih tiga jam untuk menangkap buaya tersebut disebabkan haiwan itu cuba melawan balik dengan melibaskan ekornya ketika ditarik menggunakan tali," katanya Ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya lagi, buaya itu kemudian berjaya dibawa naik ke darat dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu.
Sementara itu, Pembantu Hidupan Liar Lahad Datu Sylvester Wong mengesahkan ada menerima haiwan reptilia yang diserahkan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Desa Kencana

"Berdasarkan laporan, buaya itu telah tersangkut pada pukat penduduk kampung di sungai tersebut sebelum diserahkan kepada pihak kami pada keesokan harinya," katanya

Tambah Slyvester lagi, buaya yang ditangkap itu adalah buaya jantan dewasa dan kali ini adalah bersaiz sepanjang 5.1 meter.
"Kita anggarkan berat buaya ini adalah kira-kira 900 kilogram," katanya. - Sinar Haria

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.047140 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list