CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10701|Reply: 8

[Tempatan] Rasuah Imigresen terlalu kritikal, SPRM dicadang wujud cawangan baharu di KLIA

[Copy link]
Post time 23-9-2024 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 23-9-2024 05:30 PM

Rasuah Imigresen terlalu kritikal, SPRM dicadang wujud cawangan baharu di KLIA
Ilah Hafiz Aziz
[email protected]
September 22, 2024


Pelancong menunggu giliran untuk pemeriksaan daftar masuk di kaunter Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Foto hiasan NSTP/Mohd Fadli Hamzah


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran mewujudkan cawangan baharu di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebagai usaha menangani kelemahan dan membanteras sindiket 'counter setting' yang tidak berkesudahan di situ.

Saranan itu perlu memandangkan masalah membabitkan integriti di KLIA dilihat serius dan kritikal kerana langkah penguatkuasaan serta operasi sering dilakukan, namun tidak digeruni penguat kuasa imigresen dan sindiket.



Penganalisis rasuah, Noor Mohamad Shakil Hameed, berkata wajar bagi SPRM mempertimbangkan cadangan itu kerana ejen sindiket yang dilihat cukup licik dan sentiasa mencari jalan untuk memujuk pasukan penguat kuasa dengan pelbagai tawaran rasuah yang lumayan.

"Masalah yang berlaku di pintu masuk utama negara pastinya dapat diatasi apabila pihak kerajaan dan jabatan Imigresen melakukan transformasi menyeluruh secara tegas dan drastik, termasuklah tindakan memperkasa nilai integriti anggota supaya boleh jadi benteng ampuh untuk katakan tidak kepada rasuah dalam apa juga keadaan sekalipun.

"Bagaimanapun, keberadaan cawangan SPRM juga akan membangkitkan rasa takut dalam kalangan anggota dan pegawai Imigresen yang bertugas agar sentiasa berpegang kepada nilai integriti yang tinggi," katanya kepada BH.



11 punca masalah, pegawai mudah didekati sindiket

SPRM sebelum ini, menyenaraikan 11 masalah dan kelemahan utama membabitkan Jabatan Imigresen sehingga membuka ruang kepada sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi 'counter setting'.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata masalah utama disebabkan kelonggaran dalam aspek kawalan dalaman ketika bertugas yang menyebabkan pegawai imigresen mudah didekati oleh ejen sindiket.

Katanya, kelemahan lain ialah pusingan tempat kerja bagi pegawai imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 tidak sistematik.

Mengulas lanjut, Mohamad Shakil berkata, sangat jelas menunjukkan gejala rasuah di situ membabitkan jumlah bayaran yang cukup lumayan, berdasarkan jumlah rampasan wang tunai serta barangan lain termasuk kenderaan.

"Ini kerana sindiket melalui ejen mampu menawarkan jumlah rasuah yang agak sukar untuk ditolak jika anggota dan pegawai benar-benar tidak memiliki nilai integriti yang tinggi," katanya.



Dalam memastikan aktiviti itu tidak berterusan, kerajaan mahupun Jabatan Imigresen tidak boleh sekadar fokus kepada aktiviti pembetulan terhadap penemuan SPRM sebaliknya memfokuskan kepada aspek pencegahan dalam jangka sederhana dan jangka panjang supaya ia dapat dikekang sepenuhnya dan tidak berulang.

"Kita mencadangkan imigresen memfokuskan kepada aspek penggunaan teknologi digital termasuk kecerdasan buatan (AI) yang boleh mewujudkan sistem automasi sepenuhnya di kaunter daftar masuk termasuk memperluaskan penggunaan kiosk layan diri.

"Sudah tiba masanya kerajaan menyediakan kemudahan penggunaan kamera badan dalam kalangan anggota dan pegawai Jabatan Imigresen bagi mengukuhkan lagi integriti pasukan penguat kuasa berkenaan, seperti yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

"Ia ternyata sangat berkesan dan mula menjadi 'fear factor' supaya tidak berlaku salah guna kuasa dan salah laku dari kalangan petugas serta individu yang berurusan dengan agensi masing-masing," katanya.

Jabatan Imigresen perlu segera meneliti secara terperinci kesemua 11 kelemahan yang didedahkan SPRM khususnya berkaitan kelonggaran dalam aspek kawalan dalaman ketika bertugas yang menyebabkan pegawai imigresen mudah didekati oleh ejen sindiket.

"Malah, sistem penyeliaan perlu diperkasakan dengan mana-mana penyelia yang gagal melaksanakan tugas dengan berkesan wajar diambil tindakan tatatertib atas dasar cuai dan tidak melaksanakan tugas dengan betul," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2024 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pihak yg menawarkan atau pihak pemberi kena sama2 dibenteras habis2habisan bersekali dgn penerima
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kayos kayos staff immi yach...
Dapat hasil counter setting
Pergh...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Harapnya staf sprm semua berintegritilah..kalau terjangkit perangai staf immi...hmm sedih jur

Teringat acik zaibo ex wife adp dulu tu..gigih tinggalkan laki sendiri demi adp
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutla KL ni kiri kanan atas bawah bangla saja...rupanya dah lama dorg buat kerja haram ni..skrg je baru kantoi lepas kena push kaw2 dgn Pmx
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau warganegara sendiri pun rasuah, baik upah guard nepal aje jadi pegawai imigresen.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2024 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 23-9-2024 06:28 PM
Kalau warganegara sendiri pun rasuah, baik upah guard nepal aje jadi pegawai imigresen.

(pastu) tiber....semenjak 2 menjak ni ramai pulok warga nepal aku nengok....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2024 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau anak beranak staff immi ni kena bunuh/rape dgn PATI, baru setimpal balasan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2024 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ganti dgn robot aje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-9-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.053905 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list