CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10245|Reply: 0

Amorim buat United bertambah 'tenat'

[Copy link]
Post time 5-2-2025 07:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-2-2025 12:04 AM


Gary Neville (kanan) mengkritik pencapaian Ruben Amorim yang baru beberapa bulan bersama Manchester United. - Foto REUTERS
MANCHESTER: Gary Neville mengkritik pencapaian Ruben Amorim yang baru beberapa bulan bersama Manchester United selepas pasukan itu tewas 0-2 di tangan Crystal Palace di Old Trafford.

Ia adalah kekalahan ketujuh dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di bawah kendalian Amorim - lima daripadanya adalah kekalahan di laman sendiri sekali gus menimbulkan kerisauan terhadap prestasi Red Devils.

Neville menjangkakan situasi akan menjadi lebih buruk buat United sebelum musim ini berakhir dan senario membimbangkan ketika ini mampu merencatkan perancangan bagi musim hadapan.

"Saya ingatkan semuanya akan menjadi bertambah baik selepas Ruben Amorim tiba," katanya menerusi audio siar Gary Neville.

"Saya jangkakan dengan semangat dan sistem baharu, pemain akan segera menyesuaikan diri, jadi kita dapat menyaksikan kebangkitan United.

"Namun sebaliknya yang berlaku. Kini ia menjadi bertambah buruk dan ini satu perkara yang mengejutkan."

Dia menambah 'United akan berdepan lebih banyak masalah menuju ke penghujung musim dan ini adalah satu kerosakan.'

"Ini akan merosakkan permulaan musim hadapan. Dia perlu lakukan sesuatu dan dia tidak boleh mengubah pendekatannya kerana dia perlu berjuang untuknya.

"Saya rasa dia lebih banyak tewas di United berbanding 75 perlawanannya bersama Sporting sebelum ini," katanya. - AGENSI







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:54 PM GMT+8 , Processed in 0.059893 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list