View: 17086|Reply: 5
|
Takut Tanggung Dosa, Nora Danish Beri Baju Seksi Kepada Rakan Bukan Islam
[Copy link]
|
|
Pelakon Nora Danish berkata dia mengambil keputusan menderma semua pakaian lama yang mendedahkan aurat kepada rakan-rakan bukan Islam.
Memetik Kosmo, Nora berkata dia enggan menjual pakaian tersebut kerana bimbang akan menanggung dosa jika menjual kepada individu yang membelinya.
“Pakaian zaman saya seksi dulu semuanya sudah diberikan kepada rakan-rakan bukan Islam secara percuma je. Sebab kalau saya nak jual pakaian itu tidak boleh, ibaratnya saya akan tanggung dosa mereka yang akan membelinya. Lama dah saya ‘let go’ semua pakaian itu, dah tak simpan lagi,” katanya.
Sementara itu, Nora berkata dia kini dalam proses untuk memadam gambar-gambar lamanya yang tidak menutup aurat di Instagram namun perlu mengambil masa kerana jumlahnya yang banyak.
“Saya kena buang semua gambar tidak menutup aurat, tetapi mengambil masa sebab jumlahnya lebih 26,000 keping. Baru beberapa ribu dipadam, masih banyak lagi. Saya kena belek satu persatu. Bila tengok gambar lama, saya cakap dalam hati, ‘apa lah aku buat dulu’.
“Namun itu merupakan proses kehidupan. Kalau tidak lalui fasa-fasa itu, mungkin tidak rasa menyesal seperti sekarang,” katanya.
Dalam pada itu, Nora mengakui untuk berhijrah itu mudah namun tidak mudah untuk istiqamah serta berdoa agar kekal berada di jalan yang benar.
“Berhijrah itu mudah, tapi istiqamah sangat mencabar. Bukan sekadar pakaian, tapi juga menjaga solat awal waktu dan aspek lain. Saya selalu berdoa agar Allah kekalkan rasa sedih dan rasa berdosa dalam diri supaya sentiasa beringat.
“Kalau tanya petua istiqamah, saya sendiri tiada jawapan. Cuma sentiasa berdoa agar dikelilingi orang baik yang mengingatkan saya,” katanya.
SUMBER: Kosmo, Rotikaya
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bpbbppbp at 26-2-2025 12:57 AM
Semakin matang, alhamdullillah. Eloklah tuu klau bgi ke org Islam mcm mnggalkkan seksi pulakk. Stuju dgn nora dikelilingi org baikk sgt menggalakkan utk istiqomah. Sbb nnti kita kne tempias or terikut ikut dgn kebaikan yg dbuat |
|
|
|
|
|
|
|
Deja vu pulak penghijrahan rahimah rahim.
|
|
|
|
|
|
|
|
You seksi memang cantik dan comel je huntok ditatap...acik pun suka tengok 
Tapi, Alhamdulillah. u ken do it girl.
Hijrah dulu. istiqomah itu akan datang seiring usaha dan doa. memperhamba, meminta, merayu, mengemis itu method masing2.
Sementara itu....
Nora Danish vs Nora Ariffin  |
|
|
|
|
|
|
|
Berjanji dgn Allah ni hanya diri sendiri je yg boleh kontrol diri..bila kita betul2 nk buat kerana Allah..sb perjanjian yg sungguh2 tu antara diri kita dgn Allah..tp bukan mudah untuk konsisten..apa pun teruskan istiqomah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus nowa sekarang..truskn usaha2 murni syaya bg 5 bintang |
|
|
|
|
|
|
| |
|