CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 28806|Reply: 21

[Jenayah] Wanita mengamuk di kedai makan, sebabkan kecederaan dengan garpu didenda RM11,800

[Copy link]
Post time 4-2-2026 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Wanita yang mengamuk di sebuah kedai makan didenda RM11,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan berasingan.

Nurfarahanim Soaid, 29, mengaku bersalah atas pertuduhan itu di hadapan Majistret Anis Hanini Abdullah dan Mohd Harith Mohd Mazlan di dua mahkamah berasingan.

Bagi pertuduhan pertama, Nurfarahanim mengaku dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Mohamed Hussain Mubarakali dengan cara menampar dan menumbuk mangsa.

Justeru dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, yang membawa hukuman maksimum penjara setahun, denda sehingga RM2,000, atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Amal Aziemah Abd Kohar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Dalam rayuannya, Nurfarahanim memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai tiga anak, menghidap gangguan bipolar sejak 2021, dan memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) sejak 2018.

Anis Hanini kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,800, atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Bagi pertuduhan kedua di mahkamah berasingan, Nurfarahanim mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Muniasamy Rathinavel Nadar menggunakan senjata berbahaya, iaitu garpu.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau alatan berbahaya, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda, sebatan, atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ketiga, dia juga mengaku melakukan khianat dengan memecahkan tiga kaca pameran makanan restoran yang menyebabkan kerosakan harta benda.

Kesalahan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara satu hingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

Semua kesalahan itu berlaku di Restoran SK Naina di Jalan Tawas Baru 1, Taman Tasek Damai, pada jam 6.26 pagi, 28 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya S Nishaalini mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Robert S Gnanarajan.

Nishaalini menggesa mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan mengambil kira tertuduh menunjukkan tingkah laku agresif di tempat awam dan menggunakan garpu, yang boleh dianggap sebagai senjata berbahaya, untuk mencederakan mangsa.

"Dia juga menggunakan pisau pemotong daging untuk menghempas kaca pelindung di restoran yang menunjukkan tingkah laku agresif. Pemilik restoran mengalami kerugian berjumlah RM45,000, termasuk kos harta benda yang rosak dan kerja-kerja pembersihan," katanya.

Dalam rayuan, Gnanarajan memohon denda minimum dengan menjelaskan bahawa anak guamnya adalah seorang ibu tunggal yang sedang menerima rawatan kerana gangguan bipolar dan mengalami kesukaran mengawal tindakannya.

"Dia menjual kuih dengan pendapatan hanya RM500 sebulan," katanya.

Mohd Harith kemudian menjatuhkan hukuman denda RM6,000 bagi pertuduhan kedua dengan hukuman penjara 12 bulan jika gagal bayar, dan RM4,000 bagi pertuduhan ketiga dengan hukuman penjara 10 bulan jika gagal menjelaskannya.

Disiarkan pada: Februari 4, 2026 @ 1:36pm










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 02:18 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 02:19 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 02:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 02:22 PM | Show all posts

hancur

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tahan ganas

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2026 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Air kencing negatif ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
rugi 45k tu camne bole claim insurance ke si bipolar ni yg kena bayar?
mudah2 je nak merosak harta org
hujung2 claim tak mampu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2026 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dicederakan tu pekerja ke? Lawa nama
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2026 08:13 PM | Show all posts
ingatkan kalau ada kad oku kebal dari apa apa hukuman. boleh buat apa sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 08:55 AM | Show all posts
ciksom replied at 4-2-2026 08:13 PM
ingatkan kalau ada kad oku kebal dari apa apa hukuman. boleh buat apa sahaja.

type yg tu je kot

ni M

masak arrr


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Minah ni claim diri ada penyakit bipolar
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cmnela ank2 dia .sapala jaga
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa dah elok tapi sayang
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Owh..  ingatkan kalau ada kad oku selamat dari sekarang tindakan undang2. Selama ni mcm byk kes senyap gitu je yg ni lak sangkut mmg aiol percaya la cakap jiran lama aiol dulu yg diarg ok buat apa pun lepas
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 04:30 PM | Show all posts
ultra78 replied at 5-2-2026 02:31 PM
Rupa dah elok tapi sayang

Kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ciksom replied at 4-2-2026 08:13 PM
ingatkan kalau ada kad oku kebal dari apa apa hukuman. boleh buat apa sahaja.

Tu la nk tnya soklan yg sama gak....sbb klau kes langgar waima mabuk bila tunjuk kad oku or kad unchrr teruih lepas bebas bak burung nan terbang
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2026 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 5-2-2026 08:55 AM
type yg tu je kot

ni M

Tu la....bro yassin yg bipolar pun sangkut tp ank Benson tan blh plk lepas
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 12:52 AM | Show all posts
Adakah disebabkan bapa dia bernama  Soaid Maka Wanita ini dikenakan hukuman walaupun dia memiliki kad OKU?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 09:25 AM | Show all posts
tp ada kad OKU? selalu mcm lepas jer?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.205753 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list