CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 18945|Reply: 2

[Dunia] Isteri dibelasah suami kerana 'kuat' buat siaran langsung TikTok

[Copy link]
Post time 5-2-2026 08:25 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA – Seorang wanita muda di Kecamatan Sananwetan, Kota Blitar, menjadi mangsa kekerasan rumah tangga selepas didakwa berselisih faham dengan suaminya berkaitan siaran langsung di platform TikTok.

Kejadian itu kini dalam siasatan polis setelah mangsa membuat laporan.

Mangsa, EA,19, dan suspek, D,18, diketahui berasal dari Kecamatan Sanankulon, Kabupaten Blitar, dan menyewa sebuah bilik di Jalan Mendut, Kecamatan Sananwetan.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah, Polres Blitar Kota, AKP Rudi Kuswoyo, kes itu terbongkar selepas mangsa menghubungi pusat panggilan polis pada Ahad sekitar jam 2.30 petang waktu tempatan.


“Setelah menerima laporan, pihak polis segera ke lokasi dan mendapatkan keterangan daripada kedua-dua pihak,” jelasnya.

Kejadian dipercayai bermula dengan teguran suami agar mangsa tidak sering melakukan siaran langsung TikTok.


Teguran itu berkembang menjadi perselisihan faham yang kemudiannya berlarutan membawa kepada tindakan fizikal.

Mangsa didakwa ditarik rambut, dilarang keluar bilik sewa, dan dipukul.

Akibatnya, EA mengalami pelbagai kecederaan termasuk lebam di mata kiri, pipi kiri, leher, kaki kiri, serta benjolan di bahagian belakang kepala.
Mangsa telah diminta menjalani pemeriksaan perubatan untuk tujuan dokumentasi.


Polis menegaskan siasatan masih diteruskan secara mendalam dan intensif.



“Untuk perkembangan penetapan suspek, maklumat lanjut akan disampaikan selepas siasatan selesai,” tambah AKP Rudi.

Peristiwa itu menyorot isu kekerasan dalam rumah tangga (KDRT) dan kepentingan pencegahan serta kesedaran masyarakat terhadap komunikasi dan penggunaan media sosial dalam hubungan keluarga. - Agensi



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2026 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Indonesia lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 03:45 PM | Show all posts
asyik bertiktok ja, laki naik hantulah ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.039291 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list