CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25446|Reply: 0

Perancis, Kanada buka konsulat di Greenland

[Copy link]
Post time 6-2-2026 12:10 PM | Show all posts |Read mode




COPENHAGEN, Denmark – Kanada dan Perancis yang menentang keras hasrat Presiden Donald Trump menguasai Greenland, membuka konsulat masing-masing di ibu negeri wilayah autonomi Denmark itu, Nuuk semalam sebagai sokongan padu kepada kerajaan tempatan.

Sejak kembali ke White House tahun lalu, Trump berulang kali menegaskan bahawa Washington perlu menguasai Greenland yang strategik dan kaya dengan mineral atas sebab keselamatan.

Walaupun Denmark dan Greenland berkongsi kebimbangan keselamatan Trump, mereka menegaskan bahawa kedaulatan dan integriti wilayah tersebut tidak boleh dirundingkan.

“Dalam satu segi, ia adalah kemenangan bagi penduduk Greenland untuk melihat dua sekutunya membuka perwakilan diplomatik di Nuuk,” kata pakar sains politik Universiti Greenland, Jeppe Strandsbjerg.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan rancangan Paris untuk membuka konsulat semasa lawatan ke Nuuk pada Jun 2025 di mana beliau menyuarakan solidariti Eropah dengan Greenland dan mengkritik cita-cita Trump.

Konsul Perancis yang baru dilantik, Jean-Noel Poirier sebelum ini pernah berkhidmat sebagai duta ke Vietnam.

Sementara itu, Kanada mengumumkan pada akhir tahun 2024 bahawa ia akan membuka konsulat di Greenland untuk meningkatkan kerjasama dua hala. – AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.310505 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list