View: 208|Reply: 0
|
'Usia Boas faktor kecil'
[Copy link]
|
|
Lampard dan rakan tekad rebut kembali mahkota EPL daripada United\rPEMAIN tengah Chelsea, Frank Lampard bertekad, dia dan rakan sepasukannya akan kembali merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang terlepas daripada genggaman musim lalu kepada United apabila musim baru bermula Ogos ini.\r\n\n\n\n\r “Sepanjang di bawah era (Roman) Abramovich, kami mengharungi enam atau tujuh tahun penuh kejayaan dan ia adalah normal untuk anda tidak memenanginya setiap tahun,” kata Lampard yang berada di ibu negara kelmarin bagi perlawanan persahabatan menentang skuad pilihan kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.\r\r\n\n\n\n\n “Harapan diletakkan ke atas kami cukup tinggi tetapi kadangkala anda mungkin tercicir berdasarkan kualiti tinggi di luar sana. Kami akui Manchester United berhak menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu dan saya semua sependapat dengan kemampuan Barcelona menjuarai Liga Juara-Juara.\r“Kami mendapat pengajaran berharga musim lalu dan dengan kualiti yang ada pada pasukan sekarang, saya rasa kejayaan dapat dicapai jika tumpuan penuh diberi. Musim lalu, tumpuan kami hilang seketika, jadi kesilapan sebegitu tidak boleh diulangi.”\rLampard juga tidak mahu memikirkan mengenai siapa bakal dibawa masuk pengendali baru, Andres Villas-Boas pada jendela perpindahan sepanjang bulan ini, kerana baginya, ia hanya sebagai tambahan kepada kekuatan skuad sekarang.\rMengenai kehadiran Villas-Boas, Lampard tidak nampak ia sebagai satu masalah kerana apa yang penting ialah corak permainan cuba ditampilkan pengendali muda itu. “Usia bukan masalah kerana Andres mempunyai pengalaman luas dalam bidang kejurulatihan dan corak permainan yang cuba diterapkan juga selari dengan keupayaan kami,” kata Lampard.\r\n\n\n\n\r“Peluang mengembara bersama Andres dalam siri Jelajah Asia ini cukup penting buat kami untuk mencari persefahaman dan jurulatih memahami bakat dan kemampuan setiap pemain. Keyakinan kami juga kini semakin memuncak kembali bagi mencapai kejayaan di peringkat domestik mahu pun antarabangsa.”
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|