CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6697|Reply: 37

Turkish man creates anti-hunger cookie for those fasting

[Copy link]
Post time 12-8-2011 08:17 PM | Show all posts |Read mode






ANKARA: Seorang pembuat biskut di wilayah barat laut Edirne, Turki, Arif Meric, mendakwa berjaya menghasilkan biskut khas yang boleh menahan seseorang daripada berasa terlalu lapar ketika berpuasa.

Arif terkenal kerana pernah menawarkan hidangan istimewa kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, ahli gusti sumo, ahli politik dan artis. Beliau menghasilkan biskut itu khususnya bagi mereka yang menghadapi kesulitan berpuasa meskipun selama beberapa jam selain memudahkan seseorang itu daripada terlalu rasai cuaca hari panas di bulan Ramadan dengan membekalkan tenaga kepada mereka. Biskut yang dinamakan ‘Sehr-i Ramazan’ itu disifatkan Arif sebagai berkhasiat kerana ia tidak mengandungi tepung, mentega dan garam, lapor agensi berita Anatolia.

“Jika Ramadan berlangsung pada musim panas, seseorang akan berpuasa selama 16 jam sehari dan hilang banyak tenaga. Itu sebabnya kami menghasilkan biskut ini untuk memberikan mereka tenaga.

“Ia mengandungi rempah, madu, kacang pistachio, gula dan putih telur. Pakar kesihatan meminta kita supaya menjauhi mentega, garam dan tepung.

“Ini kerana bahan terbabit akan menyebabkan masalah kesihatan terutama bagi yang berpuasa, kami menghasilkan biskut ini yang akan membuat orang ramai tidak berasa lapar.
“Apabila anda makan hanya sekeping biskut ketika sahur dan berbuka puasa, anda tidak akan berasa lapar sepanjang hari.

“Ini kerana biskut ini adalah sumber tenaga,” katanya sambil menambah sebanyak 259 gram biskut dijual pada harga 5 lira.

Arif yang dikenali sebagai duta sukarelawan pelancongan oleh penduduk di Edirne turut menghantar pes badam dan biskut kepada Rumah Putih melalui Jawa-tankuasa Edirne, yang turut menyertai Majlis Berbuka Puasa Kebangsaan dianjurkan Obama pada 5 Februari 2009.

Beliau juga pernah menawarkan khidmat pemakanan khas kepada ahli gusti sumo yang datang ke bandar terbabit bagi menghadiri pertandingan ‘Kirkpinar Oil Wrestling’ ke-649. – Agensi               

sos: Hurriyet

brkesan ke biskut neh?? mengatasi rasa lapar? 5 Turkish Liras lebeykureng 10hengget...kalua rganyer mahal sangat, tak berbaloi rasanyerr..anya krana nak tahan lapo...x pon kiter pi tnya ngan monster cookie  psalsekot neh...brkesan ato x..?!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2011 02:02 PM | Show all posts
cube nak try sket...kr mesia xde ke
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2011 09:03 PM | Show all posts
tak aci arr cam tueeeee...

cam ner nak rasa lapo time pose kalo tak dok feeling rasa lapo pun....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 02:09 PM | Show all posts
kat malaysia ni kita puasa xsampai 9 jam je
tu pon ramai yg longlai
kat sana sampai 16 jam (tak dpt bayangkan), memang lojikla makanan camni diperlukan
16 jam tanpa makan dan minum, akan drain byk tenaga
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2011 02:47 PM | Show all posts
Bestnye....saiz gedabak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 03:52 PM | Show all posts
baik anta biskut nih ke somalia
org islam pose.. dah masuk maghrib boleh makan dah..
org somalia pose.. lom tentu ade ke idok makanan nak berbuke..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2011 03:53 PM | Show all posts
bekesan ka? nk jugakk
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 04:23 PM | Show all posts
Apa kata amalkan makan kurma je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2011 10:30 PM | Show all posts
bagus utk diet nie...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2011 10:34 PM | Show all posts
sesuai untuk mereka yang berpuasa during summer...yang hari siang dia panjang. bayangkan bukak poser lebih kurang pukul 9 mlm...mmg dehydrated and kelaparan tahap dewa ok. kalau berpuasa kat norway, sweden, lagi lah lama bila summer. bersyukur kita ni berpuasa di malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 08:51 AM | Show all posts
Hantar la ke Somalia.....kesian tengok orang somalia kebuluran... :cry::cry:
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 12:17 PM | Show all posts
Reply 6# ajis_kg


    Betul-betul aku setuju. Kalo betul berkesan laaa biskut nie. Ngo-ngo yg hantar bantuan kemanusiaan kat Palestin,Somalia,..mana2 jer kat dunia baik beli. Lama skit diorg tahan berlapar. Sedeih tgk gambar kanak-kanak Somalia....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 12:26 PM | Show all posts
Hantar la ke Somalia.....kesian tengok orang somalia kebuluran...
larikesurga Post at 16-8-2011 08:51


setuju sangat.....

kebanyakkan org2 yg berposa sbb agama ni.. kl buka makan sampai tak hengat,,

better bg kt org yg berposa sbb miskin dan mmg tak mampu nak beli makanan
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 02:46 PM | Show all posts
bukan malaysia pose 13.5 jam ke? lebih kurang la....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 04:11 PM | Show all posts
kat malaysia ni kita puasa xsampai 9 jam je
tu pon ramai yg longlai
kat sana sampai 16 jam (tak dp ...
xcalibur07 Post at 14-8-2011 02:09 PM



hang bukak puasa pukul berapa?
belah mana ceruk mesia ni puasa x sampai 9jam?
puasa yang yong ekkkk?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 06:21 PM | Show all posts
saya setuju dengan semua pernyataan di atas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2011 08:00 PM | Show all posts
Reply 15# fariepari


dia mamai tuhh..
dok ingat masa bekerja kutttt....
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2011 11:14 PM | Show all posts
time sahur bukanya lalu sangt nak makan, kang tak habis biskut ni, lapar jgk
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 07:59 AM | Show all posts
tengok saiz ler...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2011 02:16 PM | Show all posts
Reply 15# fariepari

hihi malu dgn diri sendiri
terima kasih atas teguran anda
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.085686 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list