CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40|Reply: 0

Sokongan bantu pesakit berubah

[Copy link]
Post time 10-10-2011 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Penyakit ujian untuk  perbaiki diri, kenali erti hidupSESI merawat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah menemukan saya dengan pelbagai latar belakang manusia serta permasalahan dihadapi mereka  banyak mengajar serta memberi kesedaran ada sebab kenapa Allah merencanakan kehidupan kita sebegitu.\n\n\n\n  Seorang pesakit memohon bantuan  menghilangkan ketagihan dadah yang dideritai sejak 10 tahun lalu. Ditanya kenapa tiba-tiba ingin berubah, beliau yang berumur awal 30-an, menegaskan  kasihankan ibu yang sudah tua dan tidak berdaya. Hidup tidak keruan  menguatkan hatinya  mendapatkan bantuan.\n\n\n\n\n\n Sebagai manusia kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan ada kesilapan itu berulang walaupun hati sedar apa yang dilakukan  salah bukan saja di sisi undang-undang malah  ajaran agama, kerana menyebabkan kerosakan kepada diri sendiri.Apa yang penting, kita masih diberi hidayah untuk berubah dan membetulkan  kesilapan. Tidak kira apa juga alasannya, kesempatan diberikan perlu direbut kerana kita tidak tahu bila lagi kesedaran akan datang jika saat itu gagal dimanfaatkan.Pesakit tadi pernah dipenjara disebabkan kesalahan dadah tetapi  membanggakan dia  memilih untuk menghentikan penyakit dihidapi. Memang naluri anak muda, suka mencuba perkara dilarang walaupun asalnya mereka tahu kesan akibat tindakan itu.Sokongan  penting untuk membantu ahli keluarga  berdepan masalah. Jangan kerana dia  mencari penyakit, kita biarkan dia sendirian mencari penawar. Menjadi kewajipan  keluarga membantu saudara mereka yang terjerumus dengan penagihan dadah.\n\n\n\nKesudian ibu menerima walaupun banyak kali anak mencuri duitnya untuk mendapatkan bekalan dadah akhirnya menyedarkan anak dosa dilakukan dan menguatkan tekad  untuk berubah. Inilah rencana Allah dan ada sebab mengapa hamba-Nya diberikan  pelbagai ujian.Begitu juga  pasangan homoseksual yang datang  mencari penawar  virus HIV yang menyerang tubuh mereka akibat terjerumus dalam hubungan dilarang agama. Walaupun hakikatnya  tahu HIV tiada penawar, tetapi  ia  tidak menghalang mereka  berusaha.Selepas mengetahui kesan akibat daripada perbuatan menyalahi  agama itu, mereka mengambil keputusan  kembali kepada  agama. Selalu kita berkata, biar lambat ja-ngan tidak berubah langsung. Sebenarnya kita tidak pernah terlambat kerana selagi kita berpeluang mengubah keadaan, itulah masa disediakan untuk kita.Mereka berusaha mencari ubat kepada penyakit yang dihadapi ialah kerana mereka memikirkan masa depan. Remaja atau golongan muda sering dikaitkan dengan sikap terburu-buru apabila membuat keputusan dan terlalu mengikut hati menyebabkan mereka tersalah langkah.Penyakit atau musibah daripada  Allah hanyalah medium untuk menyedarkan kita kesilapan yang dilakukan dan mengambil langkah terbaik menghadapinya, bukan terus melakukan kesilapan sama. Jangan salahkan sesiapa di atas perkara tidak baik  menimpa kita.Perjalanan hidup dilalui kita atau orang lain ada tujuannya. Allah menjadikan manusia berbeza latar belakang, corak pemikiran serta kurniaan nikmat. Kenapa wujudnya perbezaan ialah supaya kita saling belajar dan berfikir. Jangan sekali-kali menyalahkan Allah, keadaan atau orang lain di atas perbuatan kita dan jangan sekali-kali mudah berserah atau berputus harap. Naluri itu hanyalah ujian dan bagaimana kita berdepan dengannya, itulah gunanya akal fikiran yang hanya manusia memilikinya.Oleh itu, apa juga keadaan yang kita atau orang lain lalui, ada tujuannya iaitu supaya kita berfikir bukan hanya berserah kepada takdir. Seperti yang saya selalu pesan kepada mereka yang datang mendapatkan rawatan, Allah menguji hamba-Nya kerana kasih sayang-Nya kepada hamba itu.Justeru, dalam kita berusaha mendapatkan kasih sayang Allah untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi, hendaklah banyak bersabar, berusaha serta tidak putus berdoa. Kesilapan bukan bermakna kita tidak disayangi tetapi itu adalah sebab untuk membolehkan kita mengerti erti hidup. Semoga kita mengambil iktibar dan berusaha memperbaiki diri.(Ayat penenang hati untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. Surah Ar-Rahman, ayat 21 hingga 60 (dibaca pada sebelah malam) dan surah Yasin, ayat 72 hingga 80 (dibaca pada waktu siang). Baca surah ini dan kemudian berdoa kepada Allah).

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.186651 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list