View: 79|Reply: 0
|
Wales sedia bakar ‘roti’ Perancis
[Copy link]
|
|
Selepas ‘panggang’ Samoa, Fiji, Namibia\rAUCKLAND: Wales yang akan menentang Perancis pada separuh akhir Piala Dunia hari ini harus dilabel selaku pilihan kerana memiliki barisan berbakat dengan kombinasi permainan mantap di bahagian pertahanan dan serangan.\r\n\n\n\n\r Diketuai kapten, Sam Warburton yang baru berusia 23 tahun, Wales bangkit daripada kekalahan perlawanan pembukaan peringkat kumpulan 17-16 kepada Afrika Selatan dengan menundukkan Samoa, Namibia dan Fiji sebelum menyingkirkan Ireland 22-10 di suku akhir, minggu lalu.\r\r\n\n\n\n\n Tetapi mereka terpaksa membuat perubahan di posisi penting susulan perlawanan itu dengan pemain serba boleh, James Hook kembali beraksi di posisi kegemarannya fly-half selepas Rhys Priestland, antara bintang Wales di Piala Dunia, disisihkan kerana cedera bahu ketika menentang Ireland.\rJurulatih Wales, Warren Gatland memilih menyenaraikan Hook dan bukannya pemain veteran Stephen Jones, yang diletakkan di bangku simpanan.\r“Masa mencemburui Rhys,” kata Gatland. “Kami bernasib baik kerana tidak ramai pemain yang cedera dalam pertandingan ini dan bertuah kerana James dapat beraksi semula,” kata jurulatih kelahiran New Zealand itu yang menyifatkan ia adalah ‘keputusan sukar’ ketika memilih antara Hook dan Jones untuk menyarung jersi nombor 10.\rPerlawanan hari ini adalah penampilan pertama Wales di separuh akhir sejak Piala Dunia 1987 apabila mereka menewaskan All Blacks.\r\n\n\n\n\rPerancis mara dalam kelompok empat pasukan terakhir walaupun tewas dua kali di peringkat kumpulan kepada New Zealand dan perlawanan terakhir menentang Tonga sebelum bangkit mempamerkan taring sebenar dengan menewaskan England 19-12 untuk ke separuh akhir dan awal minggu ini jurulatih Perancis, Marc Lievremont mengumumkan tiada perubahan dalam skuadnya. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|