CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 64|Reply: 0

Van Pelt juara edisi ke-2 CIMB

[Copy link]
Post time 31-10-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Overton  gagal saingi kehebatan rakan senegaranya\rSELEPAS mendahului pusingan ketiga kejohanan golf Klasik  Asia Pasifik Malaysia-CIMB kelmarin, Bo Van Pelt  menamatkan saingan hari terakhir dengan cemerlang untuk merangkul kejuaraan edisi kedua di lapangan Kelab Golf & Resort The Mines, semalam.\r\n\n\n\n\r   Pemain Amerika Syarikat (AS) itu merakam tujuh bawah par, 64 untuk muncul juara dengan kelebihan enam pukulan di depan pesaing terdekat, Jeff Overton yang gagal menyaingi kehebatan rakan senegaranya itu.\r\r\n\n\n\n\n   “Saya bermain baik sepanjang hari dan tidak melakukan sebarang bogey,” kata Van Pelt yang membawa pulang AS$1.3 juta (RM3.9 juta) daripada keseluruhan AS$6.1 juta (RM18.7 juta) ditawarkan.  \r“Saya berpeluang menang beberapa kali tahun ini tetapi tidak kesampaian. Jadi pada kejohanan ini, saya bertekad melakukannya dengan lebih baik dan saya berpuas hati dengan corak permainan kali ini.\r“Tahun lalu saya tidak berpeluang menyertai kejohanan ini tetapi saya dengar mereka yang menyertainya cukup seronok di sini. Saya dipujuk isteri dan caddy untuk datang kali ini dan saya menggunakan kesempatan ini sebaik mungkin.”\rVan Pelt yang merangkul kemenangan kedua siri Jelajah PGA selepas kali pertama melakukannya pada Kejuaraan Bank AS 2009, turun dengan kelebihan satu pukulan di depan Overton yang mencatat 2 bawah 69, semalam.\r\n\n\n\n\rPermainan semalam turut menyaksikan Ryan Palmer (AS) melakukan pukulan selubang di lubang 7 par 3 yang melonjaknya ke tangga ketujuh bersama bekas pemain nombor satu dunia, Vijay Singh dari Fiji dan John Senden, Australia.\rPendahulu bersama hari kedua, Fredrik Jacobson dari Sweden di tempat ketiga dengan keseluruhan 16 bawah par 268 - tujuh pukulan di belakang juara dan diekori kelompok tiga pemain, daripada Cameron Triangle, Camilo Villegas dan Mark Wilson yang tercicir satu pukulan.\rAsia Pasifik Klasik Malaysia CIMB yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$6.1 juta (RM18.9 juta) adalah sebahagian Jelajah PGA AS yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:04 PM GMT+8 , Processed in 1.261302 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list