CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 186|Reply: 0

Cerah masa depan!

[Copy link]
Post time 19-11-2011 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Goh-Lim pamer potensi walaupun kalah\rWALAUPUN gagal menumbangkan juara dunia dan Olimpik, Markis Kido-Hendra Setiawan, tetapi Goh Wei Shem-Lim Khim Wah menjelmakan bayangan positif sebagai pasangan masa depan negara. \r\n\n\n\n\r  Ketua jurulatih beregu, Tan Kim Her mengakui prestasi anak didiknya itu perlu dipuji kerana mampu menghadirkan tentangan sengit sebelum tunduk 13-21, 21-17, 19-21 dalam saingan separuh akhir di Istora Senayan, semalam.\r\r\n\n\n\n\n  “Pengalaman milik Markis-Hendra menyelamatkan mereka pada kedudukan genting 19-19 set penentuan. Jika tidak, perlawanan itu pasti menjadi milik beregu negara.\r“Apapun, saya puas hati dengan persembahan Wei Shem-Khim Wah kerana bukan mudah beraksi di depan ribuan penyokong fanatik Indonesia, tetapi mereka membuktikan sebaliknya dengan memberi tentangan sengit.\r“Ini adalah pengalaman berguna kepada Wei Shem-Khim Wah dan saya tidak mahu mereka cepat puas hati, sebaliknya perlu bekerja lebih keras untuk meningkatkan lagi prestasi,” katanya.\rKekalahan pasangan itu menyaksikan cabaran negara berakhir tanpa sebarang pingat emas kali ini. \r\n\n\n\n\rPada Sukan SEA 2009 di Laos skuad badminton menyumbang dua emas menerusi acara berpasukan dan beregu wanita.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 05:05 PM GMT+8 , Processed in 0.196207 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list