CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1848|Reply: 6

10 Negara Anti Blogger

[Copy link]
Post time 22-3-2012 09:43 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by mysweetisha at 22-3-2012 21:51


Burma merupakan Negara yang memantau dengan ketat saluran media cetak dan juga media massa.Kini burma juga mulai menghadkan aktiviti Blog dan Internet. Tekanan bagi pengguna internet peribadi sangat kuat,sehingga banyak penduduk burma mengakses internet melalui cyber cafe. Kerajaan burma juga membuat peraturan yang ketat bagi cyber cafe dan saluran internet. Bahkan kerajaan burma juga memantau email dan cara komunikasi lainnya dan juga menutup akses blog milik kelompok pembangkang. Setidak-tidaknya ada dua blogger yang telah masuk penjara,seperti Maung Thura yang dikenali dengan nama Zarnagar.Zarnagar dipenjara kerana telah membuat video mengenai Cyclone Nargis 2008.


Negara Iran tidak segan-segan menahan para blogger yang mengkritik mengenai agama,ahli politik,revolusi islam dan simbolnya.kerajaan juga meminta seluruh blogger mendaftarkan blog  ke kementerian seni dan budaya.kerajaan iran juga telah menutup jutaan blog dan juga membentuk suruhanjaya khusus dalam menangani masalah internet dan blogger.Blogger Omidreza Mirsayafi telah dimasukkan ke dalam penjara kerana didakwa menghina pemimpin agama.


Kerajaan Syria menapis blog yang sensitif pada politik. Para blogger boleh ditahan jika terbukti membuat blog yang mengkritik kerajaan. Pada tahun 2008,menteri komunikasi memerintahkan para pemilik cyber cafe untuk mencatat setiap pelanggan yang melanggan akses internet di premis masing-masing dan mengirimkan maklumat tersebut secara berkala ke kementerian komunikasi. Whaed al-Mhana,seorang blogger mengenai arkeologi telah ditahan oleh kerajaan syria kerana membuat tulisan mengenai letupan di pasar bandar tertua di damaskus.


Semua saluran komunikasi melalui internet di mesir dikendalikan oleh syarikat milik kerajaan bernama Egypt Telecom. Setidak-tidaknya tercatat 100 blogger telah di tahan oleh kerajaan mesir pada tahun 2008. Blogger Abdel Karim Suleiman,yang dikenali dengan nama Karim Amer dipenjara selama empat tahun kerana menghina islam dan presiden mesir Hosni Mubarak


Seluruh saluran internet di tapis oleh kerajaan tunisia,dan kerajaan juga memantau email milik para aktivis dan para blogger. Penulis blogger Slim Boukhdhir dan Mohammed Abbou dipenjara kerana tulisannya yang mengkritik kerajaan tunisia


Hampir 300 juta orang menggunakan internet di cina,melebihi negara manapun di dunia. Namun kerajaan cina masih mampu mengawasi pengguna online di cina. Kawalan yang ketat juga dilakukan terhadap pengguna email di cina. Sekurang-kurangnya seramai 24 blogger telah dimasukkan ke penjara oleh kerajaan cina. Pada tahun 2008,pejabat kementerian yang bertanggung jawab dalam menghapus pornografi dan hak milik ilegal mengumumkan telah berhasil menutup lebih dari 2 juta blog haram di negara cina itu.


Di Cuba hanya pejabat kerajaan dan orang-orang dari parti komunis sahaja yang boleh mengakses internet. Pada umumnya,penduduk Cuba menggunakan internet melalui hotel dan cyber cafe yang dikawal ketat oleh kerajaan cuba. Kerajaan Cuba saat ini telah menahan seramai 21 blogger dalam satu dekad kebelakangan ini.


Para blogger di vietnam berani menceritakan berita-berita tentang politik di blog kerana media tradisional di sana telah dikawal oleh kerajaan. Namun akhirnya diketahui oleh kerajaan yang kemudian membuat peraturan khas untuk blogger. Blogger terkenal Nguyen Van Hai,yang lebih dikenali Dieu Cay dijatuhi hukuman 30 bulan penjara atas tuduhan mengelak membayar cukai. Dalam penyelidikan CPJ memberitahu bahwa hukuman tersebut sebagai balasan terhadap Nguyen yang berani mengkritik kerajaan vietnam. Pada oktober 2008,menteri komunikasi dan maklumat telah menubuhkan pasukan khusus untuk memantau internet


Sebanyak 400 ribu blog telah ditutup oleh kerajaan arab saudi berhubung dengan masalah politik,sosial dan isu-isu agama. Kerajaan dengan segera menutup blog yang mengkritik negara dan sistem perundangannya. Blogger Ahmed al-Farhan dipenjara tanpa diadili untuk beberapa bulan pada tahun 2007 dan 2008 kerana menyuarakan perubahan dan pembebasan tahanan politik.


Presiden Gurbanguly Berdymukhammedov telah membuka negaranya kapada dunia luar dengan menyediakan saluran internet bagi penduduk di negaranya. Namun cyber cafe pertama di negara tersebut pada tahun 2007 telah dijaga denga ketat 'setengah mati' oleh askar kerajaan. Walaupun jaringan telekomunikasi Russia MTS,telah memasuki pasaran turkmenistan yang menawarkan akses internet melalui telefon bimbit pada jun 2008,tetap juga tidak terlepas dari pengawasan oleh kerajaan turkmenistan dalam rangka usaha menghindari wujudnya blog yang mengkritik kerajaan turkmenistan.






.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2012 10:59 PM | Show all posts
Malaysia aman jer.....hehehe......
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 11:04 PM | Show all posts
Malaysia dunia tampa sempadan kaedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 11:43 PM | Show all posts
cmne diorg kawal pengguna internet ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:33 AM | Show all posts
malaysia bley ek?klu cmtu bley la tulis mcm2..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 09:53 AM | Show all posts
malaysia bley ek?klu cmtu bley la tulis mcm2..
toet2meoww Post at 23-3-2012 09:33



    nak tulis macam2 tu ade jugak batasannyer toet2...kt malaysia ramai kaki skodeng
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2012 09:57 AM | Show all posts
Reply 8# qidrani87


kat mesia ni, undang2 yg melibatkan blogger ni xbape ketat sgt..byk yg dorg amek tindakan bile melibatkan agama n politik..tp dorg kene tgk gak dr sudut lain..blog psl seks bersepah2..mmg xde tapis punyer..kdg2 aku nk search kat internet, jd hangin..sbb lain yg aku carik, lain yg kuar..sbb tu skrg ni bile nk bg budak2 gune internet, harusla dgn pengawasan ahli kuarge..klu x, senang je dorg nk carik mende2 xsenonoh ni..xyh beli cd kat pasar malam pun xpe..sbb kat internet lg byk n lg advance..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.039902 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list