CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayahjoe

UMRAH & HAJI XII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 10-10-2012 09:22 AM | Show all posts
haji_one posted on 9-10-2012 07:32 AM
Laaa..orang bangi jugak, ntah2 pernah terserempak kot cuma tak kenal je..

Pernah jugak pi pasar ...

takyah mintak elaun... mintak TH bagi tiap2 tahun dpt bertugas kat haramain...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2012 09:23 AM | Show all posts
missus_meow posted on 10-10-2012 09:13 AM
t kasih atas info - yelahkan, lbh mmudahkan bila dipos aje. bayaran pon amat2 bpatutan.

hehehe..sama-sama..betul tu, better di poskan je..yg paling baik adalah beli barangan utk sedara mara atau utk dibawa balik awal2, then terus pos pada awal musim haji (kalau sampai awal ke Mekah), then, lepas tu tak payah pikir lagi dah utk pos ke apa ke..cuma masalahnya jemaah haji kita mudah rambang mata..so, sampai nak balik ke Malaysia dia still shopping lagi..

Tapinya..tahun lepas, perkhidmatan pos ada disediakan kat Hujjaz, so, kalau rasa beg tu berat sangat..boleh pos kat situ je, tak payah dibawa masuk ke dalam timbangan bagasi, lebih jimat dan senang...cumanya, sebab lambat pos, maka  lambat la skit barang sampai berbanding tuan badan..hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 09:24 AM | Show all posts
msvbnet posted on 10-10-2012 09:22 AM
takyah mintak elaun... mintak TH bagi tiap2 tahun dpt bertugas kat haramain...

hahahahaha..betui jugak tu.., kalau mcm tu ingat tahun depan nak mintak pi bertugas  lagi la..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 09:26 AM | Show all posts
haji_one posted on 10-10-2012 08:20 AM
Sambung skit lagi..

Bila makanan jemaah haji dihantar kat maktab, pihak TH global akan ambil maka ...

kesah2 psl mkn ade dikongsi oleh pegawai2 TH - jgn komplen, jgn ckp sbarangan .... takot2 jd mcm dlm cite tn hj ... pegawai TH cite ade yg kate bila sampai mekah nk cuba mkn roti stail arab ... x nak mkn nasi ... mmg btl, bila sampai kat mekah ... langsung x boleh mkn nasi, perot x nk terima walopon sedap mana masakan tu. yg meow dgr dr kuarge, kwn2 yg pegi cara muassasah ... so far, xde yg komplen psl mkn ... boleh dikatakan terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 09:41 AM | Show all posts
missus_meow posted on 10-10-2012 09:26 AM
kesah2 psl mkn ade dikongsi oleh pegawai2 TH - jgn komplen, jgn ckp sbarangan .... takot2 jd mcm d ...

memang banyak benda sebenarnya kt sana, mcm2 issue. Cuma dlm hal ni, kita kena paham dan bertindak mengikut batasan, kalau makanan tak sedap, let say, basi, atau rosak, atau dah kotor dll sebab, boleh je kita datang jumpa dan salurkan dengan cara yg betul..masalah berlaku apabila orang kita cepat naik angin dan terus serang petugas.

Tanah haram ni kebanyakan waktu doa kita tak terhijab, cepat makbul..so, beringat2lah..yang penting jaga tatasusila dan tingkahlaku.

Banyak sangat kes jemaah haji yg mulut celupar dan dibayar cash kat sana..kalau nak cerita banyak benda yg saya dah tengok, yg di'bayar' terus depan mata pun ada.

Tapi tu la, bak kata penasihat agama maktab saya selalu cakap, iblis kat Mekah Madinah ni semua level general, bukan prebet..so memang kuat godaannya..

Contohnya, ni kisah lepas wukuf la ni..ada jemaah haji buat aduan kat saya, ada jemaah haji bergaduh kat sottoh (sottoh ni bumbung, tempat orang sidai kain), berlari saya ke tingkat sepuluh, bila pi sampai (nak tunggu lift lambat, time tu waktu kemuncak nak pi masjid)..mengah saya dibuatnya. Bila saya sampai kt sottoh, saya tengok ada dua jemaah haji tengah bertengkar, siap tinggikan suara, yg lelain pakat tengok..jemaah haji perempuan tu.

Saya pi la bagi salam, berkenalan dll..(ada la skillnya utk hadapi orang yg bergaduh ni..sentuhan psikologi skit..), saya ajak duduk jap dan saya dengar la mereka berdua bercerita, yang sorang tu dah sidai kain ihram suaminya, dah nak kering la, pastu mai sorang wanita lagi pi sidai kain ihram yg baru dibasuh (kat sana takdak mesim basuh nak spin bagi kering), yg jemaah haji wanita ni pi tindan skit kain ihram yg basah ni kat kain ihram yg nak kering tu..lebih kurang2 inci je tertindan, jadi yg jemaah haji wanita yg dah sidai lama ni marah la sebab kain ihram dia ni dah nak kering.

Pastu saya pun pergi la ke tali penyidai tu, saya betulkan semua kain yg disidai tu agar tak bersentuhan..sama jugak dgn kain ihram yg bertindan tadi, dah siap tu..saya bagitau kat jemaah haji tadi, kes dah selesai, cuma saya minta jemaah haji wanita yg tindan kain ihram basah tadi minta maaf pada wanita yg sorang lagi sebab dah basahkan skit kain ihramnya..so, mereka saling bermaafan.

Kata sorang jemaah haji tu pada saya, bergaduh sampai sejam..penyelesaiannya mudah sekali..hehehehe..betulkan kain ihram tu je agar tak bertindan..hehehehe..
Last edited by haji_one on 10-10-2012 09:44 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 10:07 AM | Show all posts
aisya_hadi posted on 10-10-2012 08:49 AM
saye gi thn lepas muassasah, dok kat mina berdepan je ngan khemah pakej2 swasta rayhar andalusia s ...

Aisya pi tahun lepas maktab berapa dan tinggal di bangunan mana di Mekah?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2012 11:07 AM | Show all posts
saya perg haji than 2003, melalui muasassah juga..maktab 81..time saya, makanan dihantar ke bilik setiap hari..
saya berada dalam kumpulan ketiga terakhir berlepas dari KLIA..tak silap saya KT107..tahun itu saya rasa memang mencabar sungguh buat haji...kerajaan arab saudi telah menggandakan kuota haji..malaysia sebelum2nya dibenar hantar jemaah seramai 25,000+ tetapi pada tahun itu diberi kelonggaran kepada 50,000+...ini tidak termasuk bilangan jemaah daripada negara2 lain.
Berbalik kepada pasal makanan...hari pertama kami tiba, kami diberi makanan, tidak silap saya untuk makan malam..juadahnya nasi putih, sayuran dan daging begitulah. Kami pun makan lepas tuh bersiap nak pergi masjid...dipendekkan cerita lepas rutin di masjid, balik ke maktab, badan letih terus tidor.  Tiba2 tersedar dalam keadaan perut memulas sakit sangat dan rasa hendak membuang..saya ingat seorang sahaja yang mengalaminya, rupa2nya kempatbelas kami dari dua bilik mengalami cirit-birit.  Masing2 bergegas ke tandas yang satu. Tuhan sahaja yang tahu keadaan kami waktu itu.
Maktab yang saya diami, satu unit ada dua bilik dengan satu bilik air.  Kami diletak tujuh orang satu bilik..jadi dua bilik ada empatbelas kesemuanya..empatbelas orang kongsi satu bilik air.  Pandai-pandailah masing2 bertolak-ansur, adjust masa nak guna bilik air.  so far masa dok situ tiada masaalah sangat...cuma masa terkena cirit-birit yang haru sikit.


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 12:40 PM | Show all posts
seronok betul baca pengalaman haji masing2...citerla lg yek...terutamanye haji_one...hehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2012 01:31 PM | Show all posts
aziefa posted on 9-10-2012 02:23 PM
Assalamualaikum frapa..
Best jugak ye kalau ada gathering kat Bangi...terutama kalau dgn Haji o ...

Kaunter Pertanyaan bergerak TH..
Waalaikumslm.
best kalau dpt jumpa org yg byk ilmu dan info terkini
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 01:54 PM | Show all posts
haji_one posted on 10-10-2012 09:41 AM
memang banyak benda sebenarnya kt sana, mcm2 issue. Cuma dlm hal ni, kita kena paham dan bertindak ...

mmg btl tn hj, psl kat mane nk gantung kain/baju pon leh jd isu kalo x gadoh pon. penah gak tkena tp x terok mane tp ms umrah ... xde lah lama sgt. kalo perlu, anta dobi ajerlah. kuar duit sket, yg penting, x de yg stress psl nk gantung laundry ... teringat zaman dok asrama - berebut tmpt sidai baju. bila pk2 mmg rs diri ini bodoh sgt sbb stress psl mende yg amat remeh.

t kasih tn hj n sume forumers sbb share cite ... sgt seronok baca. dpt ilmu n pengajaran skali.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 01:56 PM | Show all posts
haji_one posted on 10-10-2012 08:20 AM
Sambung skit lagi..

Bila makanan jemaah haji dihantar kat maktab, pihak TH global akan ambil maka ...

AsSalam Haji One

Pada akak lunch & dinner yang TH provided adalah berbaloi dengan harga yang kita bayar. Akak makan je he he.

Kalau rasa jemu nak makan nasi kami beli roti atau ayam panggang.  Bilek akak kongsi 7 orang jadi kalau tak nak makan nasi yang diberi kami simpan dalam fridge dan esok buat nasi goreng. Yang best maktab kami (walau nampak buruk) tapi ada dapur he he. Jadi kami beli kuali, minyak & etc, sempat lagi buat cecodok pisang (pisang & tepung beli kat Bin Dawood).

Pernah sekali tu akak tak ambik nasi masa lunch, ambik buah je tiba tiba ada jemaah suruh akak ambik nasi tu bagi pada dia, katanya nak buat nasi goreng he he sharing is caring.



Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 02:02 PM | Show all posts
haji_one posted on 10-10-2012 09:41 AM
memang banyak benda sebenarnya kt sana, mcm2 issue. Cuma dlm hal ni, kita kena paham dan bertindak ...

Saya pun ada pengalaman saksikan pergaduhan pasal sidai kain naik takut pulak kita yang saksikan. Jemaah perempuan ni gaduh kata tali ampaian tu dia punya, yang jemaah lelaki ni kata dia punya masing masing tak nak mengalah. Last last kami kata ampaian kosong banyak kat situ tumpang lah sekejap lepas kering angkat he he

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 02:03 PM | Show all posts
forselab posted on 10-10-2012 12:40 PM
seronok betul baca pengalaman haji masing2...citerla lg yek...terutamanye haji_one...hehe...

hehehe..saya ni orang muda lagi, banyak benda nak kena belajar dgn tuan puan kat sini..hehehe..takpa, cerita tu banyak, tapi taktau nak mula tang mana..hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 02:04 PM | Show all posts
frapamocha posted on 10-10-2012 01:31 PM
Kaunter Pertanyaan bergerak TH..
Waalaikumslm.
{:1_132: ...

hahaha..apalah sangat saya ni..tapi takpa, nak tau apa2, soal je dlm thread ni..nanti saya cari la jawapanya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 02:10 PM | Show all posts
missus_meow posted on 10-10-2012 01:54 PM
mmg btl tn hj, psl kat mane nk gantung kain/baju pon leh jd isu kalo x gadoh pon. penah gak tkena  ...

isu mengenai sidai kain ni sebenarnya banyak kes berlaku. Tempoh maksimum penggunaan tempat sidai kain adalah sejurus selepas balik dr operasi Masyaier, kiranya jemaah haji balik dr Mina tu, benda pertama yg diaorang nak buat adalah mandi dan membasuh.

Biasanya waktu mcm ni memang selalu ada jemaah haji yg bergaduh, samada rebut tempat sidai, isu tali penyidai mahupun dari awal lagi iaitu mandi terlalu lama (sebab disekalikan dengan membasuh baju..so take time la), jemaah haji yg ahli bilik lain mula bengang sebab diaorang pun nak guna bilik.

Aduan demi aduan memang ada, so, tengok kes, kekadang petugas wanita yg pi tengok..kena paham jugak, tak semua jemaah haji ni ada common sense yg bagus, sesetengah tu memang pentingkan diri sendiri.

Ada juga kes jemaah haji tu, bila dia nak sidai..tengok tempat dah penuh, pastu, dia check kain yg dah kering, dia kumpulkan dan letak kat lantai (utk dapatkan ruang dia plak menyidai), pastu nampak kat tuan baju yg dah kering tu..siap la, bergaduh, dlm hal ni kita susah nak leraikan pertengkaran, kecuali kita mintak masing2 beredar dr tempat tu..resultnya, bermasam muka la. Tapi nak buat mcmana..semua nak menang. Tak semua kes saya boleh handle sebenarnya, ada sesetengah tu, saya masuk campur..dengan saya sekali kena 'basuh' dgn jemaah haji.



Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 02:13 PM | Show all posts
aily posted on 10-10-2012 01:56 PM
AsSalam Haji One

Pada akak lunch & dinner yang TH provided adalah berbaloi dengan harga yang ki ...

Betul tu, kalau jemu boleh cari lauk tambahan kat luar, kat Mekah, masakan Pakistan banyak (untuk menu berasaskan nasi dan kari), kalau nak masakan berasaskan kebab, masakan turki banyak.

masakan dr negara indonesia pun banyak kalau kita cari kat area mekah ni..mesti ada la.

Saya pun selalu beli ayam golek utk buat lauk tambahan..hehehe..



Ayam golek ni, kalau ikutkan kaedah masakan ada dua, satu yg panggang sekor mcm dlm gambar tu, satu lagi yg panggang atas batu panas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2012 02:20 PM | Show all posts
aisya_hadi posted on 10-10-2012 08:49 AM
saye gi thn lepas muassasah, dok kat mina berdepan je ngan khemah pakej2 swasta rayhar andalusia s ...

Nak tambah skit, ni roti canai yg Aisya maksudkan kat Mina.

Memang famous roti canai ni, walau tak la sehebat kat malaysia (sebab takdak kuah..makan kosong je), dah tu kulitnya tebal mcm duit syiling 20 sen, tapi bila makan reramai..sedap jugak.

p/s - sorry la terpromote muka sendiri..hihihihihi..


Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 02:37 PM | Show all posts
nak cerita skit pengalaman kat Mina, ni tahun 2011.

Masa jemaah haji masuk ke Mina (dr Mudzalifah), saya adalah pasukan pendahulu..jadi saya tak ke Mudzalifah utk bermabit, sebaliknya waktu tengahari, dlm jam 3.00 petang begitu, saya dan 2 petugas haji lain akan dihantar ke Mina, kiranya tak bermabit la.

Bila sampai, saya akan buat semakan akhir, terutamanya dr segi paip air dan sebagainya.

Then, jemaah haji mula masuk start dr lepas tengahmalam (mereka dah selesai bermabit di mudzalifah), Bila sampai saya akan buat urusan sambutan, saya dibantu dgn petugas lain akan tunjuk arah dimana lokasi lot jemaah haji maktab kami.



Then, pagi tu, selepas saya melontar jamrah kubra, datanglah 6 orang pakcik yg tua-tua kat depan pejabat maktab di Mina. Pengurus saya kata, "hajiwan..handle kes ni..semua orang tak boleh buat dah..", saya pun tertanya2 la apa kesnya.

Saya pi jumpa jemaah haji yg tua2 tu..then tanya la apa masalahnya. Rupa2nya dlm lot khemah (tapak) mereka ni ada lebih kurang 15 orang, tetapi ahli lot khemah yg sama dgn pakcik2 warga emas ni halau pakcik2 ni keluar dr lot khemah mereka sebab sempit.

Saya pun pi la kat lot khemah yg dimaksudkan, saya tengok rakan setapak pakcik2 yg datang mengadu ni agak muda la, dlm baya 40an mcm tu..saya bagi salam, masuk dan duduk disebelah group yg halau pakcik tu. Saya cuba la buat diplomasi agar mereka dapat terima dan berkongsi tapak tu sama mcm jemaah haji lain.

baru je saya nak memujuk, terus kena sembur dgn group jemaah haji tu, komplen..kata mereka sepatutnya TH kena la dapatkan lot khemah yg besar dan selesa utk jemaah haji malaysia, saya pun bagitau yg semua ni adalah dr arab saudi, di mina, arafah dan mudzalifah ni TH takdak apa2 kuasa pun..pastu banyak lagi la yg mereka komen..bas lewat dr mudzalifah (kekadang takdak kaitan pun isu perkongsian lot khemah dgn pakcik2 warga emas tu)..dekat sejam saya cuba dapat persetujuan mereka utk terima balik pakcik2 tu, tapi memikirkan puak2 tak reti bahasa ni nak selesa dioarng je.

pakcik2 yg tengok saya yg dah ala-ala bertekak dgn jemaah haji tu mengalir air matanya..pastu saya pun dah abih idea, then, saya jumpa pengurus maktab, atas persetujuan bersama, kami allocatekan pakcik2 yg dihalau dr geng muda2 tu di khemah petugas skit, khemah orang sakit skit.

Saya kata kat pakcik2 tu, "saya sebagai anak saya mintak maaf sebab tak dapat nak bantu, jemaah haji di lot pakcik tu sangat pentingkan diri sendiri dan sombong, tapi saya harap dilot khemah (lot petugas dan orang sakit) ni saya harap pakcik2 lebih selesa"..menitik air mata saya time tu, kalau ikutkan hati saya mau je saya tampar jemaah haji yg tak reti bahasa tu..tapi atas dasar saya pun sedang buat ibadah (haji), saya pendamkan je rasa marah tu..ada ke dibandingkan Mina tu mcm diaorang pi melancong kat London?



hakikatnya orang di lot khemah yg lain, sesetengah tu berbadan besar tetap boleh mengalah dan bertahan semasa di Mina, bukan lama pun, 4 hari je.

kumpulan jemaah haji yg degil tu akhirnya datang saya (siap peluk lagi) masa hari terakhir mereka nak keluar mekah (pi madinah)..



Last edited by haji_one on 10-10-2012 02:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 02:55 PM | Show all posts
haji_one posted on 10-10-2012 02:20 PM
Nak tambah skit, ni roti canai yg Aisya maksudkan kat Mina.

Memang famous roti canai ni, walau  ...

Cerita pasal roti canai .......
Kami order roti telur. Bila tanya, tukang tebar kata dia tau apa roti telur.
Bila sampai ...... telur goreng di tepek kepada roti canai   
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2012 02:58 PM | Show all posts
transporter posted on 10-10-2012 02:55 PM
Cerita pasal roti canai .......
Kami order roti telur. Bila tanya, tukang tebar kata dia tau apa  ...

hehehe..kat sana,bahasa standard utk roti canai ni adalah murtabak telor..tapi kalau tengok, memagn roti canai pun..hehehe..tapi ok la tu, dia tempek je telur atas roti tu..kiranya roti canai la tu..hihihihihi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.066637 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list