View: 3539|Reply: 11
|
[Tempatan]
Peneroka Felda Kemahang 3: Mazlan Aliman, Mana Duit Pampasan Kami?
[Copy link]
|
|
peneroka kemahang 3 saman felda dan menang pada tahun 2010.. baki duit pampasan yg diawardkan oleh mahkamah, cuma lawyer firm ngan mazlan aliman jer yg tawu kat mana letaknya.. sekarang peneroka felda kemahang 3 saman mazlan aliman ngan lawyer firm plak.. ya mari sama2 meriahkan mahkamah dengan kes saman menyaman..
Semasa
Saman 273 peneroka Felda terhadap peguam, firma guaman didengar semula
8 Mei 2012
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan memerintahkan saman 273 peneroka Felda Kemahang 3 terhadap bekas peguam mereka dan sebuah firma guaman berhubung pembayaran pampasan berjumlah RM11.23 juta didengar semula oleh Mahkamah Tinggi Kota Baharu.
Panel tiga hakim dianggotai Datuk K.N.Segara, Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim sebulat suara memutuskan untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi itu yang membatalkan saman peneroka terbabit.
Berikutan keputusan ini, kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kota Baharu untuk perbicaraan.
Dalam penghakimannya, Hakim Segara memerintahkan peguam Wan Rohimi Wan Daud dan Asmadi Abu Bakar memfailkan pembelaan mereka dalam tempoh dua minggu mulai hari ini.
Mereka juga diperintah membayar RM10,000 sebagai kos perundangan kepada peneroka terbabit.
Mereka adalah antara 354 peneroka yang menang dalam saman terhadap Felda selepas Mahkamah Persekutuan pada 2010 menolak permohonan agensi itu untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membayar ganti rugi sebanyak RM7.8 juta.
Jumlah itu kemudian meningkat kepada RM11.23 juta bersama faedah terkumpul.
Peneroka terbabit menyaman Felda berhubung pembayaran hasil kelapa sawit dan mendakwa agensi itu memberi nilai yang rendah terhadap mutu buah yang dihasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga menyebabkan mereka rugi.
Abdullah Che Hassan bersama 272 peneroka kemudian memfailkan saman terhadap kedua-dua peguam yang merupakan rakan kongsi firma guaman Tetuan Wan Rohimi & Asmadi, dan menuntut mereka mendedahkan jumlah yuran perundangan, kos mahkamah serta jumlah sebenar pampasan yang sepatutnya dibayar kepada mereka.
Setiap peneroka sepatutnya mendapat pampasan sebanyak RM30,000 namun mereka mendakwa hanya menerima RM19,000 yang membabitkan sejumlah RM6.72 juta secara keseluruhan.
Pada 2 Okt 2011, Mahkamah Tinggi Kota Baharu membatalkan saman peneroka terbabit selepas membenarkan permohonan Wan Rohimi dan Asmadi.
Terdahulu, peguam Mohd Yaacob Bakanali yang mewakili peneroka memberitahu mahkamah pelanggannya mahu responden mendedahkan akaun di mana wang pampasan itu dibayar kerana mereka mendakwa terdapat baki sebanyak RM4.5 juta daripada jumlah tersebut serta faedah RM85,589.
Beliau berkata anak guamnya juga beberapa kali cuba bertemu responden bagi mendapatkan baki pampasan untuk dibayar kepada semua peneroka yang terbabit
dalam kes itu, namun gagal.
Sementara itu, peguam Yusfarizal Yusof berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul apabila membatalkan saman peneroka terbabit selepas mendapati ia tidak dapat dipertahankan kerana dalam penyataan tuntutan, mereka menuntut ganti rugi, sedangkan mereka sepatutnya menyaman responden untuk mendapatkan baki wang pampasan berkenaan.
Wan Rohimi dan Asmadi memfailkan saman RM25 juta terhadap peneroka berkenaan atas dakwaan konspirasi dan fitnah. Kes itu belum selesai. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak anak takleh pegang duit byk2 klu tak camnie la jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
Abdullah Che Hassan bersama 272 peneroka kemudian memfailkan saman terhadap kedua-dua peguam yang merupakan rakan kongsi firma guaman Tetuan Wan Rohimi & Asmadi, dan menuntut mereka mendedahkan jumlah yuran perundangan, kos mahkamah serta jumlah sebenar pampasan yang sepatutnya dibayar kepada mereka.
Errr kat mana pulak yg kata presedin anak kena saman or didesak bayar pampasan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Wan Rohimi dan Asmadi memfailkan saman RM25 juta terhadap peneroka berkenaan atas dakwaan konspirasi dan fitnah. Kes itu belum selesai.
pakat2 saman menyaman.... |
|
|
|
|
|
|
|
Loyar buat kerja mesti dpt yuran. So loyar fees 30% hasil pampasan kah?
Berpatutan la tu. K-economy.
|
|
|
|
|
|
|
|
pampasan 11 jota, mana bole dpt 100%..maybe diorang tak baca agreement kot. Kalo tak menang, FOC tp kalo menang 30% ok la tu...rasa byk firm yg buat mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
ni kes HIGH PROFILE. lawyer pun lg besar syaitannye. dia tau org awam tak pandai undang2 dan aggrement jd dia suh sign jeklah aq dulu nyaris2 kena sign aggrement kahwin dengan wonder girls |
|
|
|
|
|
|
|
Tu dia spammer babee hutan sampai.. tak boleh nak berbincang langsung.. aku rasa kurang kasih sayang kot spammer nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Peneroka Tegar 5 Inci Bulan di Tipu Geng2 Anwar
|
|
|
|
|
|
|
Mazlan Aliman Ketua Anak Tipu dan Curi Duit Peneroka Felda |
|
|
|
|
|
|
|
laa... negara berkebajikan....loyer fees pn hantam kaw kaw ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Pikir posted on 2-1-2013 08:48 AM
laa... negara berkebajikan....loyer fees pn hantam kaw kaw ke?
Cari makan bahh.. susah nak dapat kastemer skarang.. so bila dh dpt, hantam kaw2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|