CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2606|Reply: 11

[Tempatan] {7} Anjing panjat & tidur tempat jual ayam dan ikan org Islam !

[Copy link]
Post time 20-6-2013 09:32 PM | Show all posts |Read mode

Beberapa anjing liar berkeliaran di pasar basah Jerantut pada waktu malam ini hingga menimbulkan  ketidakselesaan dalam kalangan pengguna Islam.

JERANTUT - Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memastikan kawasan pasar basah dijaga dengan baik pada waktu malam kerana menjadi tempat anjing liar mencari makanan.
       
        Pengunjung, Mohd Rafizi Hamdan, 30, berkata, dia yang melalui kawasan di pasar basah itu pada malam hari melihat banyak anjing liar berkeliaran di dalam pasar itu untuk mencari makanan.
       
        Menurutnya, bukan itu sahaja anjing liar itu juga memanjat tempat peniaga meletakkan ikan, daging, ayam dan sebagainya menyebabkan timbul rasa jijik.
       
        “Dalam hal ini kita minta PBT memastikan kawasan pasar basah itu dapat dijaga dengan baik pada malam hari atau dibina pagar supaya dapat ditutup bagi menghalang
        kemasukan anjing pada malam hari.
       
        “Jika dilihat perkara ini boleh menimbulkan kebimbangan kepada pembeli Islam kerana was-was dengan kawasan yang dipanjat oleh anjing liar itu. Kemungkinan kawasan tempat jualan itu dijilat anjing liar dan pastinya air liur binatang itu boleh menimbulkan keraguan,” katanya kepada Sinar Harian.
       
        Mohd Rafizi berkata, selain itu dia juga minta peniaga Islam supaya memastikan tempat meletakkan barangan jualan  seperti  ikan, daging, ayam atau sayuran ditutup dengan kemas sebelum pulang ke rumah.
       
        Menurutnya,  dengan  menutup kawasan itu dengan kemas ia tidak dapat diselongkar oleh anjing liar itu.
       
        “Kita  juga minta peniaga supaya dapat membersihkan kawasan perniagaan masing-masing supaya tidak meninggalkan sebarang sisa jualan yang boleh menarik anjing ke kawasan perniagaan mereka.
       
        “Dalam hal ini kita minta supaya semua pihak bekerjasama dalam memastikan tahap kebersihan pasar basah, peniaga dan kawasan perniagaan supaya tidak menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan pembeli Islam,” katanya.

p/s uwekk...ntah2 muntah berak dan bekas jilatan pun ada...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2013 09:42 PM | Show all posts
erk..terasa loya lak kalau betul ada bekas jilatan n muntah berak
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2013 09:54 PM | Show all posts
so jom ikut pahaman sunni maliki......kalu ikut sunni lain... payah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 01:36 AM | Show all posts
oh tidak... semestinya tempat tu basah2. kena samak tiap2 hari la kalau macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 03:10 AM | Show all posts
oh myyyy
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 10:01 AM | Show all posts
erkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2013 10:07 AM | Show all posts
@Maideen. sila bawa fatwa tanam sayur guna baja taik babi
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 10:14 AM | Show all posts
nasib bek bukan babi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2013 04:23 PM | Show all posts
pihak berwajib cepat amik tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 04:28 PM | Show all posts

takkan takde saper2 yg repot kat pihak yg berkenaan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 04:41 PM | Show all posts
hantar aje orang vietnam ...setlle sekelip mata ....
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2013 05:04 PM | Show all posts
wah ni kampung wife nih..pak mertua mmg selalu g beli kt situ...segar2 dan fresh katanya...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.044857 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list