View: 2351|Reply: 8
|
[Tempatan]
Lelaki maut digilis treler
[Copy link]
|
|
IPOH - Seorang pembantu kedai maut selepas motosikal ditungganginya digilis sebuah treler dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Kuala Kangsar malam kelmarin.
Mangsa, Tan Hak Liang, 40, dari Kampung Tawas dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat waktu kerja pada kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 malam itu.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superitendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata mangsa yang menunggang motosikal bersendirian mati serta merta di tempat kejadian.
Menurutnya, kejadian berlaku sewaktu pemandu treler memandu kenderaannya keluar dari kawasan perindustrian IGB Tasek untuk pulang ke rumahnya di Simpang Pulai.
“Ketika treler tersebut baru bergerak di lorong kiri jalan, tiba-tiba muncul motosikal yang ditunggang mangsa dari arah belakang telah bergesel dengan tayar sebelah kiri kenderaan tersebut.
“Akibatnya, mangsa gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh dan digilis dengan kenderaan tersebut ketika ia bergerak ke lorong kanan jalan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Katanya, keadaan jalan sehala dua lorong itu lurus serta bersimpang tiga lampu isyarat dan cuaca ketika kejadian baik serta aliran trafik tidak sibuk.
Tambahnya, motosikal yang ditunggangi mangsa turut mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan itu.
“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta beberapa bahagian badan yang lain dan mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu kenderaan secara melulu hingga menyebabkan kematian,” katanya.
Wan Sharuddin berkata, pemandu treler yang berusia 45 tahun yang tidak mengalami sebarang kecederaan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
gambirnya mana?
berita xde gambir mcm sex tanpa orgasme |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 18-7-2013 02:27 PM
gambirnya mana?
berita xde gambir mcm sex tanpa orgasme
sex tanpa orgasm level ke 12 dlm disiplin kamasutra...
|
|
|
|
|
|
|
|
Parah? Mesti hancurkan? Kate je la hancur... |
|
|
|
|
|
|
|
ingat tu forumer sekalian..
"Berita tanpa Gambar ibarat Sex tanpa Orgasme"
oleh itu hang buh la gambar pape pun.. berita pasal keretapi tergelincir hang buh gambar kambing tgh mkn pun bole.. janji ada gambar.... ok!
|
|
|
|
|
|
|
|
kene gilis treler... mmg sadis kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
dragger posted on 18-7-2013 02:35 PM
ingat tu forumer sekalian..
"Berita tanpa Gambar ibarat Sex tanpa Orgasme"
letakla gambir seangkatan...letak caption gambir hiasan
jangan jadi mcm sapa tah bmw warna merah.... burxxa psal suriah tepek gambir sedutan final destination siap letak caption bukti
|
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya ada gambar dr petikan berita tu. tp aku tak sampe hati nak share.
kesian tengok.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|