SEREMBAN - Seorang lelaki warga Pakistan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas kesalahan meliwat seorang remaja orang kurang upaya (OKU) bawah umur.
Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Shoukat Ali, 41, dan mensabitkannya dengan pertuduhan.
Beliau dalam penghakimannya itu turut menimbangkan hujah Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Abu Hassan Ramli supaya mahkamah mengambil kira kepentingan awam dalam menjatuhkan hukuman.
kah kah kah..nasib baik pakistan ni tk berporum...ada je gayah2 tua nk melayan bekunyit...sama ketoronan plak tu...rompon2 india pakistan mamak... kah kah kah