CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6428|Reply: 53

[Tempatan] Ibu berfikiran waras ketika dera anak

[Copy link]
Post time 21-9-2013 09:46 AM | Show all posts |Read mode


IPOH – Seorang suri rumah, Ching Mee Chin, 30, yang dituduh menganiayai dan mendera anak perempuannya, Ho Yan Hui, 5, pada 12 Ogos lalu hingga mengakibatkan kematian, disahkan layak untuk dibicarakan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Md Yusof mengemukakan laporan dikeluarkan Hospital Bahagia Hulu Kinta mengenai perkara tersebut apabila kes itu disebut di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hasil laporan menunjukkan, tertuduh menghidapi gejala kemurungan, namun pada masa kejadian, dia waras.

“Keadaan mental Mee Chin stabil dan layak dihadapkan ke mahkamah bagi membela diri dan dibicarakan,” katanya ketika membacakan laporan itu di hadapan Majistret Suhaima Mohd Nor.

Pada masa sama, mahkamah turut menolak permintaan peguam bela, Chong Kok Yew, yang mewakili Mee Chin, supaya tertuduh terus diletakkan di bawah pemerhatian pakar psikiatri Hospital Bahagia kerana didakwa masih tertekan.

Suhaima kemudiannya menetapkan 25 Oktober depan untuk sebutan semula kes mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 325 Kanun keseksaan sama tarikh dengan sebutan semula pertuduhan bagi Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap Mee Chin.

Mee Chin didakwa memukul kepala dan seluruh badan anaknya menggunakan rotan di ruang tamu rumahnya di Taman Wang Menglembu, kira-kira jam 9 pagi, 12 Ogos lalu.

Dia turut didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Ketika dihadapkan ke mahkamah, 20 Ogos lalu, kanak-kanak terbabit masih tidak sedarkan diri dan dirawat di unit rawatan rapi pediatrik (PICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Bagaimanapun, Mee Chin sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh mangsa pada tarikh, masa dan tempat yang sama selepas Yan Hui meninggal dunia di HRPB, pada kira-kira jam 2.40 petang, 25 Ogos la

sumber=sinar harian


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2013 09:47 AM | Show all posts
ni mendiang anak nya



Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 09:55 AM | Show all posts
anak sendiri pun jenis ni dera sampai mati apa lagi orang gaji
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 09:56 AM | Show all posts
perghh teruk dia dera anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 10:01 AM | Show all posts
mental torture mak dia ni...tapi kenapa mesti dera anak smpi mati

tengok tangan dia pun tau dia ni keje susah..hidup dalam kekesalan la dia lepas ni..lagi perit
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 10:03 AM | Show all posts
waras ke kalau dah macam ni??


memukul sampai cedera,membunuh bukan satu tindakan waras pun...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2013 10:04 AM | Show all posts
dia pakai buju kurung ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2013 10:05 AM | Show all posts
lepapilon posted on 21-9-2013 10:04 AM
dia pakai buju kurung ke

ye
dia pakai baju kurung masa kat mahkamah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2013 10:10 AM | Show all posts
rospinki posted on 21-9-2013 10:01 AM
mental torture mak dia ni...tapi kenapa mesti dera anak smpi mati

tengok tangan dia pun tau di ...

suami dia keje ape...tak sanggup  nak tengok pic anak dia yg kene dera..aku nak bc pon kesian...tp comel anak dia sebelum kene dera...

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 10:11 AM | Show all posts
lepapilon posted on 21-9-2013 10:04 AM
dia pakai buju kurung ke

ha ah......

syaitan macam nie patut pakai baju kawat duri....!
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 10:11 AM | Show all posts
Ank2 aku yg kecik2 ni lau dpt dia ni agaknya dah lama babai2.bleh tahan pangai...aku ni ari2 mendidih ng pangai masing2
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 11:50 AM | Show all posts
Dah bersalah buat muka innocent pakai baju kurung walaupun selama ini haram sepatah Bahasa Malaysia pun tak pernah cakap. Motif tak pakai tudung sekali???
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 11:54 AM | Show all posts
rospinki posted on 21-9-2013 10:01 AM
mental torture mak dia ni...tapi kenapa mesti dera anak smpi mati

tengok tangan dia pun tau di ...

beb tgn gitu sbb kurus sgt kot
or byk wat keje berat
or byk angkat berat
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 12:08 PM | Show all posts
poyohabis posted on 21-9-2013 10:10 AM
suami dia keje ape...tak sanggup  nak tengok pic anak dia yg kene dera..aku nak bc pon kesian...tp ...

tak tau la ...tgk kt gmbr sotkabar lepas biasa2 je...ada jugak cina susah  yang aku nampak biasa2 kt sini, macam kita jugak, life is hard, anak2 pun tak macam anak cina kaya lain dapat gi kelas belet, music...art class..hidup pun tensen je..dapatlak anak mcmni, iman tkde macam diorg memangla lepas geram kt anak...aku rajin jumpa cina2 belah pesisiran pantai kt klang ni, gi tesco/giant dtg sengkek je ramai2 ngan anak2 dia, bini pun biasa2..pakai je selipar jepun sluar koyak2 anak2 cina ngan tok nek diorg ramai2..hmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 12:12 PM | Show all posts
Suchi posted on 21-9-2013 11:54 AM
beb tgn gitu sbb kurus sgt kot
or byk wat keje berat
or byk angkat berat

keje keras ...dari kecik idup susah, kawin lak ngan laki tk kaya..cukup2 makan, kenala keje penat2 anak2 lak kecik lagi..badan kurus tk cukup makan makan hati lagi. pelakuan dia memang tk dpt dimaafkan..tpi dia juga manusia biasa yg cukup diuji dugaan yg mungkin dia tk mampu hadapi lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 12:12 PM | Show all posts
cmne leh tau waras time dera anak tu?

dktor tu ada dpn mak dia ke masa mak dia dera anak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2013 12:26 PM | Show all posts
terima kasih kepada maknya, anaknya kini confirm masuk syurga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 01:38 PM | Show all posts
kalau waras x denye lah sanggup nak dera nk sampai macam tu sekali..
mungkin waras + tak de perasaan gamaknya mak dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 01:57 PM | Show all posts
Bapak dia ape cite?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2013 02:31 PM | Show all posts
batmana posted on 21-9-2013 12:12 PM
cmne leh tau waras time dera anak tu?

dktor tu ada dpn mak dia ke masa mak dia dera anak?

adik aku penah citer..bila polis dpt tangkap seseorg lps disoal siasat kalo tak meyakinkan...dia org guna doc...doc nie pakai mesin leh tau og yg di soal tu tipu atau tidk...sama gak nak uji seseorg tu waras atau sebaliknye...tp adik aku citer selalunye kalo org yg kurang sihat(gila)...kadang2 tak pakai mesin pon dah leh tau dia tak betul...mula2 jawan soalan ok..lepas tu merapu tak tentu hala...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.260236 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list