View: 2856|Reply: 14
|
[Tempatan]
Wanita dakwa dikurung majikan nekad terjun dari tingkat tiga
[Copy link]
|
|
Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengusung seorang wanita warga Indonesia masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital akibat kecederaan yang dialaminya setelah terjun dari bangunan di Jalan Beserah Kuantan. - Gambar Bernama
KUANTAN – Seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa dirinya dikurung majikan, bertindak terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan Beserah, dekat sini.
Dalam kejadian 7.30 malam tadi itu, wanita terbabit yang dikenali sebagai Marry, 22, berasal dari Pelembang, Indonesia, cedera di kaki dan bahagian pinggang dalam usahanya melepaskan diri.
Tindakan wanita itu yang pada mulanya menggunakan tali selepas keluar menerusi tingkat untuk ke tingkat bawah bangunan itu, disaksikan beberapa pekerja sebuah restoran berhampiran.
Seorang pekerja restoran itu, Shamir Muhammad, 32, berkata dia yang baru selesai solat Maghrib ternampak wanita berkenaan menggunakan seutas tali untuk ke tingkat bawah.
“Saya terdengar suara wanita meminta tolong dan mahu turun. Apabila saya keluar, secara tiba-tiba saya lihat dia bertindak terus terjun dari tingkat tiga.
“Saya cuba menyambut dia tetapi hanya sempat menahan leher dan badannya daripada terhantuk ke dinding,” katanya kepada pemberita di sini.
Wanita itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Dia mendakwa telah dikurung majikannya sejak tiga hari lepas.
“Saya mahu lari, saya tidak mahu dikurung begini, telefon bimbit dan pasport saya dipegang oleh majikan menyebabkan saya tidak dapat pergi ke mana-mana.
“Saya baru sampai ke Malaysia sejak beberapa hari lepas untuk bekerja sebagai pencuci tetapi saya dikurung pula, saya mahu pulang ke Indonesia,” katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi berkata polis masih menyiasat kejadian itu meliputi dakwaan dan majikan wanita terbabit. – Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Wanita dakwa dikurung majikan bertindak terjun bangunan tiga tingkat
KUANTAN: Seorang wanita warga Indonesia yang mendakwa dirinya dikurung majikan, bertindak terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan di Jalan Beserah, Kuantan.
Dalam kejadian 7.30 malam tadi itu, wanita terbabit yang dikenali sebagai Marry, 22, berasal dari Pelembang, Indonesia, cedera di kaki dan bahagian pinggang dalam usahanya melepaskan diri.
Tindakan wanita itu yang pada mulanya menggunakan tali selepas keluar menerusi tingkat untuk ke tingkat bawah bangunan itu, disaksikan beberapa pekerja sebuah restoran berhampiran.
Seorang pekerja restoran itu, Shamir Muhammad, 32, berkata dia yang baru selesai solat Maghrib ternampak wanita berkenaan menggunakan seutas tali untuk ke tingkat bawah.
"Saya terdengar suara wanita meminta tolong dan mahu turun. Apabila saya keluar, secara tiba-tiba saya lihat dia bertindak terus terjun dari tingkat tiga.
"Saya cuba menyambut dia tetapi hanya sempat menahan leher dan badannya daripada terhantuk ke dinding," katanya kepada pemberita.
Wanita itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Dia mendakwa telah dikurung majikannya sejak tiga hari lepas.
"Saya mahu lari, saya tidak mahu dikurung begini, telefon bimbit dan pasport saya dipegang oleh majikan menyebabkan saya tidak dapat pergi ke mana-mana.
"Saya baru sampai ke Malaysia sejak beberapa hari lepas untuk bekerja sebagai pencuci tetapi saya dikurung pula, saya mahu pulang ke Indonesia," katanya ketika ditemui di sini.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supt Abdul Aziz Ahmad ketika dihubungi berkata polis masih menyiasat kejadian itu meliputi dakwaan dan majikan wanita terbabit.
Berita mula diterbitkan pada: Oktober 09, 2013 17:53 (MYT)
Tag: Indonesia, Marry, Kuantan, Shamir Muhammad, terjun, dikurung, majikan, Hospital Tengku AMpuan Afzan
Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... ga-tingkat-23541?cp
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 9-10-2013 06:38 PM
Wanita dakwa dikurung majikan bertindak terjun bangunan tiga tingkat
KUANTAN: Seorang wanita warga ...
ni ke yg miaw cerita tadi?
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 9-10-2013 06:39 PM
ni ke yg miaw cerita tadi?
bukan
bukan yang ni
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 9-10-2013 06:42 PM
bukan
bukan yang ni
duhh..banyak nau terjun2 ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 9-10-2013 06:43 PM
duhh..banyak nau terjun2 ni.
ni hidup
yang kita cite td tergelincir, meninggal
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 9-10-2013 06:45 PM
ni hidup
yang kita cite td tergelincir, meninggal
owh yeke? yg tergelincir tu orang mesia ke org luar?
|
|
|
|
|
|
|
|
tapibukanaku posted on 9-10-2013 06:46 PM
owh yeke? yg tergelincir tu orang mesia ke org luar?
mesia rasa nya
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 9-10-2013 06:49 PM
mesia rasa nya
owh ok. anyway..
kesian kepada kedua-dua kes ni
|
|
|
|
|
|
|
|
"Saya baru sampai ke Malaysia sejak beberapa hari lepas untuk bekerja sebagai pencuci tetapi saya dikurung pula, saya mahu pulang ke Indonesia," katanya ketika ditemui di sini.
agaknya dia ingat dia datang sini boleh hepi hepi.. sesuka hati nak kerja atau tidak.. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg musim terjun2 la skrg. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
sekali kes terjun, ramai pula yg nak terjun
kes anak terlanggar, byk pula cerita yg sama |
|
|
|
|
|
|
|
majikan dia berbangsa cina? |
|
|
|
|
|
|
|
sashin: majikan dia berbangsa cina?
Erk?
Mungkin kot.
Nama Mary tu. Xtahulah~ |
|
|
|
|
|
|
| |
|