View: 4475|Reply: 21
|
[Jenayah]
papa jahat mengaku tidak bersalah rogol anak sulung
[Copy link]
|
|
Bapa kepada lima anak ini mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen semalam, atas dua pertuduhan merogol anak sulungnya.
KUALA TERENGGANU - Seorang bapa kepada lima anak dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas dua tuduhan merogol anak sulungnya yang baru berusia 16 tahun.
Bagaimanapun, dia yang berusia 38 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram terhadap mangsa.
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa di sebuah bangsal kebun simpang Santong Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, kira-kira jam 3.30 pagi, 16 Ogos lalu.
Dia yang mempunyai dua isteri itu turut didakwa mengulangi perbuatan sama terhadap mangsa di alamat sama, kira-kira jam 9.30 malam, pada 12 September lalu.
Bagi setiap pertuduhan itu, lelaki terbabit berdepan hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.
Wan Fadhilah Nor menetapkan 19 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.
Mahkamah turut membenarkan dia diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat dia tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi bagi kes berkenaan.
Sinar Harian keluaran 1 Oktober lalu melaporkan mengenai seorang penjaga dusun yang tergamak menjadikan anak sulungnya sebagai pemuas nafsu sejak mangsa berusia 10 tahun dan perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun.
Perbuatan jijik si bapa terhadap mangsa terbongkar selepas dipaksa ibunya menceritakan kejadian sebenar apabila dimaklumkan perubahan sikap mangsa yang cuba melarikan diri, serta terlalu takut setiap kali berhadapan suspek.
Dah berak siapa nk mengaku kan!
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat terengganu wei.... Malu kokram. Terengganu darul sumbang mahram. |
|
|
|
|
|
|
|
ada 2 bini pun nak tibai anak jugak! |
|
|
|
|
|
|
|
dasar bapak durjana...!! bukan ke bapak tu tempat ank2 bergantung utk lebih dewasa mengenali dunia...harap dpt pengadilan yg setimpal dgn apa yg dilakukannye..!!puiihh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
bongok...ade dua bini pn dok mkan anak lg...nafsu setan ke ape ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kes rogol merogol memang MELAYU no 1# |
|
|
|
|
|
|
|
elok dikasikan aja lelaki begini |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz posted on 14-10-2013 01:48 PM
elok dikasikan aja lelaki begini
Kasi kat siapa??... kat kau? |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki zaman sekrg mmg ramai yg berperangai cenggini, ini lah akibatnya bila otak di letakkan di kepala *tuut* |
|
|
|
|
|
|
|
nafsu bertingkek tingkek xboleh kawal....tu lah ada dua bini pun masih megorol.......... |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tulah aku kata
perkahwinan bukan penyelesai segala masalah
penyelesai segala maslah adalah BOM |
|
|
|
|
|
|
|
dua bini tapi still merogol anak sendiri..
emmm |
|
|
|
|
|
|
|
Harap diberi hukuman paling berat... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa membuatkan orang terengganu bersikap aneh? |
|
|
|
|
|
|
|
koondoor posted on 26-1-2014 10:30 PM
Apa membuatkan orang terengganu bersikap aneh?
nasi dagang kah??
|
|
|
|
|
|
|
| |
|