PUTRAJAYA: Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk memberikan cuti umum selama dua hari bagi sambutan perayaan Deepavali. Pada masa kini, Malaysia diberikan cuti umum satu hari untuk perayaan tersebut yang kebanyakannya disambut oleh masyarakat India. "Deepavali adalah perayaan penting yang disambut oleh penganut Hindu, kaum India (dan) Sikh di seluruh dunia. "Sebelum ini ia merupakan perayaan yang disambut satu hari, kini ia telah menjadi perayaan 30 hari. "Saya akan bercakap dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai cadangan itu) dalam masa beberapa hari kerana semua orang mendapat dua hari, bukan? "Orang Cina juga mendapat dua hari (cuti umum Tahun Baru Cina)," kata Palanivel ketika menyampaikan mesej Deepavali dari pejabatnya di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, di sini, Rabu.
|