CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52700|Reply: 438

Zara Zya-heroin I Luv U Mr.Arrogant Nafi Guna 'Orang Dalam' Utk Raih Populariti

[Copy link]
Post time 1-11-2013 08:22 AM | Show all posts |Read mode


Jika menyebut nama Zara Zya, pasti ada yang masih tidak mengenali siapakah gerangannya empunya nama. Tapi jika menyebut nama Zaara Amirah, peranan utama dalam drama bersiri slot Akasia yang kini digemari ramai, ‘Love You Mr. Arrogant’ (LYMA) siaran TV3, pastinya ramai yang mengenalinya.

Siri yang kini menjadi fenomena itu mendapat sambutan sangat menggalakkan. Memegang rekod tersendiri di media sosial dengan drama bersiri itu menjadi trending di Twitter hampir setiap episod, pastinya ramai beranggapan Zara Zya merupakan pelakon baru, sedangkan dia sebenarnya telah berkecimpung selama hampir 10 tahun dalam industri hiburan.

“Saya sudah hampir 10 tahun bergelumang dalam bidang seni dan saya betul-betul serius dalam tiga tahun kebelakangan ini. Namun begitu, tawaran yang saya dapat tidak begitu konsisten. Kadang-kadang ada, kadang-kadang tidak. Namun begitu, semenjak drama Supermak (TV3), Wasiat (Astro Prima) dan Tanahmerah (ntv7), rezeki saya semakin murah. Kini saya tampil dengan drama bersiri Puteri Malam (TV9) dan drama bersiri yang betul-betul memberikan impak kepada saya adalah LYMA. Saya bersyukur kerana saya dapat capai sasaran peribadi saya,” jelas pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin ini.



Zara juga menegaskan yang dia tidak menggunakan mana-mana jalan pintas ataupun ‘orang dalam’ untuk dia mendapatkan peranan sebagai heroin dalam LYMA di samping Azlee Khairi, Hanez Suraya, Keith Foo dan Anzalna Nasir.

“Ada mulut-mulut jahat yang berkata saya dapatkan watak heroin LYMA dengan menggunakan orang dalam ataupun ‘kabel’ kerana sebelum ini saya kurang dikenali. Tapi dengan penerimaan yang sangat menggalakkan terhadap drama tersebut, saya dapat buktikan bahawa tanggapan itu sebenarnya salah,” tegas gadis yang mahu masyarakat mengenalinya menerusi bakat lakonan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2013 08:24 AM | Show all posts
guna kabel pun x pa aih....menjadi betul kimia dgn azleen dgn watak zara dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:27 AM | Show all posts
bgus camni org xkenal tapi berlakon tak kayu mcm LOPAK tu..kenal ngan cite xbest berlakon KAYU sangat..

i pon igt dia perlakon baru... tpi dia nya watak mmg mnjadi.. camni lah org ckp BERBAKAT..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:28 AM | Show all posts
muker die macam memey + izreen..

lakonan best gak.. bersahaja... tpkadang2 pakai tudung..nmpk comot skit..layak lah ngan laki die si am yg berbulu mc abangla tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:28 AM | Show all posts
Kulit sheols berkerak. Dicadangkan jangan pakai seksi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:29 AM | Show all posts
MsCinderella posted on 1-11-2013 08:24 AM
guna kabel pun x pa aih....menjadi betul kimia dgn azleen dgn watak zara dia tu

eloklah cuba heroin muker2 fresh.. macam neh menjadi jeh.. pairingnnyer..

balik2 muker hero heroin sama..recycle berbalik... kowser...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2013 08:29 AM | Show all posts
Santeira posted on 1-11-2013 08:28 AM
Kulit sheols berkerak. Dicadangkan jangan pakai seksi.

stuju yg ini... ahahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:37 AM | Show all posts
lakonan dia mmg bagus..
harap ada lg tawaran utk dia lepas ni..
dia lawa..muka melayu yg lawa..
boring jgk asyik2 muka yg persis kacuk cantik sokmo tp lakonan biasa2 jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2013 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
La... dh lama ke ada dlm indusri ni... tp mmg LYMA naik kn nama dia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:40 AM | Show all posts
skymania posted on 1-11-2013 08:29 AM
stuju yg ini... ahahahaha...

ko kalo bab menghina ngan bab mencerca nombor satu jeh kann



Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:41 AM | Show all posts
dah lama perasan dia ni..alhamdulillah rezeki lebih dikenali lepas LYMA
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sgt bes dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:41 AM | Show all posts
dia ni berbakat..

harap jangan gedik..
jaga adab dan tatasusila orang timur

semoga lama dalam industri..

tak macam pelakon baru - wawa, tasha
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:43 AM | Show all posts
skymania posted on 1-11-2013 08:28 AM
muker die macam memey + izreen..

lakonan best gak.. bersahaja... tpkadang2 pakai tudung..nmp ...

aku rasa macam izreen + julia ziegler + sh sakinah.. he he

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:45 AM | Show all posts
Xpnah nmpk dia berlakon selum ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:46 AM | Show all posts
talented n natural bila berlakon..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2013 08:47 AM | Show all posts
zaraaaaa

bestnya semalam dah rasmi

dia brlakon sangat bagus, sesuai betul dengan AK , dengan Anzalna pun menjadi jadi BFF
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:48 AM | Show all posts
kadang2 cara dia cakap mengingatkan pada pelakon rina khan tu. dia memang berbakat. tapi mungkin die macam si tiz tuh hanya sesuai watak bertudung sajo.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:53 AM | Show all posts
kdg2 kesian tgk dia kena buli dgn laki sendiri... ego katakan...  dia berlakon natural jek.. tapi ntah knp sgt tak suka dgn hanez suraya yang harapkan bibir merah menyala itu... plsssss... lagi2 mak mertua yg jahat itew... si norish karman tu tak sukanya... kan dah kena stroke... org kaya yg jahat ni gitulah... hina sgt kalau menantu org kg... walhal dia dulu pun asal-usul kg gak... menyampah tahap gaban org2 kaya yg berlagak tak hingat...

i suka watak bapak dia si mustafa kamal tu.. a rational guy... scene best masa dia lempang anak pompuan dia ckp kurang ajar kat suami... haaaa.. mcm tu la baru lelaki yg tak dayus
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 08:53 AM | Show all posts
siyes aku x penah pasan dia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.058270 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list